JENIS AYAT
Terdapat empat jenis ayat berdasarkan
daya pengucapan atau intonasi dan tujuan ayat itu diucapkan.
Ayat Penyata
Ayat penyata diucapkan dengan maksud
membuat satu penyataan atau memberi keterangan mengenai sesuatu hal. Ia
dikenali juga sebagai ayat berita atau ayat keterangan.
Contoh : Anita seorang gadis yang
cantik.
Ayat Tanya
Ayat tanya digunakan untuk menyoal dan
mendapatkan jawapan atau reaksi mengenai sesuatu perkara.
Contoh : Siapakah yang menyediakan
makanan ini?
Ayat Perintah
Ayat perintah diucapkan dengan tujuan
menimbulkan sesuatu tindakan. Ia boleh dikategorikan kepada empat:
a) Ayat suruhan. Contoh : Kamu bersihkan
bilik ini sebelum pulang
b) Ayat larangan. Contoh : Jangan buang
sampah di sini
c) Ayat silaan. Contoh : Sila datang ke rumah
saya
d) Ayat permintaan. Contoh : Tolong
belikan saya sehelai baju
Ayat Seruan
Ayat seruan diucapkan dengan nada atau
intonasi untuk melahirkan sesuatu perasaan, sama ada takut, kagum, marah,
gembira dan sebagainya. Tanda seru diletakkan pada akhir ayat seru.
Contoh : Amboi, cantiknya!
Aduh, sakitnya!
0 comments:
Post a Comment