Wednesday, January 26, 2011

tension

tension la idup gni..
da xtau nk wat cmne..
kne sbr je..

tolong laaa, jgn xxxxx lg..
ak da xbleh thn da...bosan dgr tau..
jd, klu bleh tlg la..klau nk xxxxx pon, jgn la xxxxx kt tuttt..
bleh wat ak tension jgak tau..
ak bkn nk tutt tp ak blh tutt laaa...
lau xnk bg org len tutt, jgn la xxxxx kt sni...
blh tlg ak x?sdh laa..xde org fhm perasaan ak nih..
ak kne pndam je..jd tlg fhm ak ea...
dh2 la tu..ok?

Saturday, January 22, 2011

raye 2010

ni la gambar raya tahun lepas....saje je nak post skit2...hehhee..


ni keluarga ak ngan tok, tokki, pak kamal dan keluarga and sepupu2 ak..hehee



ni la sepupu ak..nme dia badrisyah,panggil bad or ibu ak pnggil dia abdul rahman lee..xde kaitan pon ngan nama dia, cuma muka dia macam orang cina skit sbb tu panggil dia lee, dan abdul rahman tu nama ibu ak nak

ni la kuarga kesayangan ak..adik ak plak xde..

ni sepupu ak..hee



bosnnye

ni kne wat presentation plak nih..huhuu


 gmbr yg xde kena mengena dgn tjuk..
hehee..
urmm...tgk cite dlu laa

kenangan lameeeee

ARGHHHHHH, ak bosan!!!!!!!!!!!!
ak tak faham dengan sikap mereka..hati mereka perlu dijaga..silap sedikit, terus merajuk
kadang-kadang mereka hanya mementingkan perasaan mereka sahaja
langsung tidak mempedulikan perasaan orang lain
apa, orang lain tak de perasaan ke? hanya dia sahaja yang ada perasaan?
semua orang ada perasaan masing-masing
kamu perlu ingat bahawa kita dianugerahkan dengan perasaan
perasaan gembira, suka, sedih, kecewa..kecewa, ye, ak kecewa dengan sikap kamu
kamu langsung tidak cuba untuk memahami perasaan orang lain
adakah bagi kamu perasaan orang lain tidak penting???hanya perasaan kamu yang penting?
tidakkah kamu sedar bahawa kita hidup bermasyarakat?semua hati orang perlu dijaga
ak sudah jaga hati kamu, tapi adakah kamu jaga hati ak?

tepuk dada, tanya hati...
mengapa semua orang hanya mementingkan diri mereka?ak tau, ak juga merupakan salah seorang daripada mereka yang mementingkan diri...tapi, ak akan cuba untuk menjaga hati orang lain...
jika ak tgk orang lain terasa dengan ak, ak akan mula berfikir apa silap ak..ak xkan selesa melihat orang di sekeliling ak terasa hati denganku..ak sedar jika orang lain buat perkara sama kat ak, ak akan marah...
maafkan ak jika ak ada membuat kamu sedih, tetapi ak hanya manusia biasa yang banyak kekurangan, manusia biasa yang banyak kekhilafannya
jadi, kamu harus faham, ak juga akan cuba memahamimu, tp apakan daya, walau ak cuba untuk memahamimu, kamu semakin menjauh..ak tau, ak bukanla sempurna...tp ak akan cuba, jadi, tolongla, tolonglaa, cuba fahami diri ak dan tolong, jika kamu ada ketidakpuasan hati, tolong beritahu ak,
jangan pernah bercakap buruk di belakang ak..ak juga ada perasaan seperti kamu
jika kamu tau ada orang mengata di belakang kamu, kamu akan marah, begitu juga ak, apatah lagi jika orang yang mengata ak itu orang yang rapat dengan ak
jadi, tolong jangan buat lagi...ak sedih dengan sikap kamu, walaupun kita cuma rakan, tapi, ak tetap sayang kamu...ak xkan pernah lupa kamu...kamu tau itu, jadi tolong jangan buat ak sedih lagi
kita tetap kawan walau apa yang telah terjadi...kawan lebih baik daripada kekasih...walaupun kita tidak lagi berhubung...walaupun kita tidak lagi berjumpa...kita tetap kawan selamanya
once a friend will always be my friend, itu definisi kawan dalam hidup ak...walaupun ak tidak tahu sama ada kamu juga begitu..
kerana ak tau
hanya ak saja yang masih ingat kenangan kita...hanya ak yang masih ingin kita berjumpa...apakah ak ini seorang yang bodoh? kerana mengharapkan apa yang tidak pasti? kenapa?adakah ianya salah?
kamu pernah mengatakan , always dash forward or look forward and never look back
tapi, maafkan ak, ak tidak dapat melupakan kenangan kita...kita pernah suka bersama, sedih bersama
jadi ianya akan menjadi kenangan yang tak kan ak lupakan, ak sayang kamu, ak sentiasa akan ingat kamu
walau kita berjauhan, walau kita tidak lagi berjumpa
terima kasih atas kenangan kita...terima kasih atas segalanya..............



Tuesday, January 18, 2011

Fogging

kali ni ak nk bt entry psal fogging plak..
urmm, smlm kn ad la org dtg ipg nih,nk fogging...
pas2, nk dijadikan citer nih, ktorg kne la kosongkn hostel kn..
then, ktorg pon kuar la lepak kt cafe..
smpai kt cafe, org yg nk fogging tu blm stat, so ktorg agak bngang la..
then, ktorg bercerita laa..
tgh ktorg bercerita tuh, dgr la bnyi org fogging, kuat gle..hehh
so, ad la kwn ak ni ckp..
'bnyi je kuat, tp nyamuk xmati2..nyenyeh je kt org fogging tuh..haha'
ak rse btl gak, sbb xde bau pon, asap pon xde..bnyi je yg kuat..
blk je blik, ak nmpak semut kt bwh tu blh jln ag..
kte kwn ak lg, klu smut pon xmati, apatah lg nyamuk..'nari2 main je nyamuk tuh'
kekekekee...yela..btul la tuh..klu smut pn xmati, apatah lg nyamuk kn..hehhee
2 je yg ak nk tulis kt sni ari nih..hahahaahah

Monday, January 17, 2011

Bloglist istimewa untuk blogger baru





td ak kne tag oleh rumet tersyg iaitu waniy..urmm,jd ak kne la bt menda nih kn..
ok3..ak mmg agak tertarik jgk la dgn menda nih..
 kak ayu bt page nih utk blogger2 baru la kn..
jd disebabkn ak pon termasuk la dlm blogger2 baru nih, ak pn bt la entry nih..hehee
so, ni kne tag la nih?para blogger baru?urmm..
ak tag ye, ak tag nih..hehee
ekin
sorie
sekut tawar

Lee Min Ho..

td ak bce dlm AKP psal Lee Min Ho..


ni yg bt ak tertarik nk tulis nih..ngee~
Lee Min Ho nk cari kekasih tp dia xde mse sbb busy..(ak xksh pon psal nih)
tp, ad satu part yg bt ak ketawa jht..hahaa

mesti kwn ak tegur ak tulis entry ni..ngeh3..
urmm..korg da tgk personal taste ep 10??
entry ni ad skit berkisar ttg hal tuh..hahaa
Lee Min Ho kte dia confident dgn part tuh..lau kwn ak bce ni, msti dia tau kn part ap yg ak ckp nih?
ni ak tuju utk kwn2 ak laa..
dia kte dia xla reti mane part tuh, tp dia yakin plakon wanita berasa puas ati dgn dia lau bt part tuh..hehee
so, amacam?stuju??kekekee..
kpd kwn2 ku, sori ek, rse btl2 tertarik nk bt entry nih..ngeh3..

Saturday, January 15, 2011

aduii

aduii..sakitnyeee
blkg ak ni sakit dari smlm ag..aduii
knp la sakit sgt ni..
xleh dduk lme2 ni..
tp klu xdduk,xkn nk baring kot..
lg xbezz..huhuu
sakit nihh..lenguh2 blkg ak..da la blh kiri jer..
huhuuu..

tulisan korea

ni la vokal2 dlm bahasa korea..
urmm..ak mls la nk taip, sng upload je gmbr ni..ngee~
dlm gmbr ni xltk ㅇkt dpn vokal2 ni, tp pndai2 la bt ek..
sbb ㅇ ni cuma gnti konsonan kt dpn 2..huhuu
oh ya, dlm gmbr ni, ad skali ngan komplex vokal..
komplex vokal ni gabungan 2 vokal laa..
umm..sng cte nk knl kompleks vokal ni, vokal yg ak xpost lg laa..hahaa
ak mls la nk taip satu2..sng upload gmbr ni..korg leh tgk dgn jelas kn..hee


ok, korg msih igt x dgn konsonan2 bhsa korea nih? da lupa ke?
urmm..ak upload lg skali gmbr dia ek..


ni la sume perkataan2 dlm bhsa korea ni..
bhasa korea disebut hangeul yer..hehee..^^

perkataan korea


ni la perkataan2 dlm bhsa koea..ni ak ltk gmbr spya perkataan2 yg ak ad lpe ltk tu korg bleh tgk kt sni..
ni ak skali cre nk sbut perkataan ni..so, sng la skit kn nk sbut..
sblm ni ak juz ltk perkataan je, xde cre nk sbut kn..
btw, xsemua perkataan ad dlm ni, mcm komplex vokal n konsonan gabungan xde..
sblm ni ak de post konsonan kn..dlm konsonan 2, ak da cmpur ngan konsonan gabungan..
lain kali ak smbung ngan komplex vokal..hehhee

Friday, January 14, 2011

konsonan2 bahasa korea

ni la konsonan2 yg ad dlm bhsa Korea ni..hehee

 g/k - ㄱ
b   - ㅂ
j    - ㅈ
d   - ㄷ
s   - ㅅ
m  - ㅁ
n   - ㄴ
ng - ㅇ
r   - ㄹ
h  - ㅎ
q  -ㅋ
t   - ㅌ
c  - ㅊ
p  - ㅍ
bb - ㅃ
jj   - ㅉ
dd - ㄸ
kk - ㄲ

sng je kn?hehee..pasni ak post complex vokal plak..

Perkembangan bahasa Melayu


Bahasa Melayu digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke-7 dan dianggap satu daripada 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Antara Kerajaan Melayu yang wujud pada masa itu ialah Kalingga, Kendiri, Singgahsari dan Majapahit.
Salah satu faktor meluasnya penggunaan bahasa Melayu adalah disebabkan ciri-ciri keterbukaannya di samping keupayaan menerima pengaruh bahasa-bahasa lain.

2.1 Bahasa Melayu pada Zaman Kegemilangan Melaka.

Bahasa Melayu berkembang pesat di Kepulauan Melayu pada abad ke-13 apabila Islam bertapak di situ. Faktor yang mempengaruhinya ialah:
· Peranan pendakwah
· Melaka sebagai pelabuhan yang terkenal
· Peranan golongan istana dan pedagang
Bermula dengan kejatuhan Melaka pada tahun 1511, penjajah bersilih ganti bermula dengan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Peranan yang dimainkan oleh Inggeris berjaya mempengaruhi golongan bangsawan. Rakyat kebanyakan dan sebilangan kecil cendekiawan masih memberi sokongan untuk mendaulatkan bahasa Melayu.
Selepas kejatuhan Melaka, pusat kesusasteraan perkembangan Islam beralih ke Riau, Acheh dan Palembang.

2.3 Bahasa Melayu pada Zaman Pramerdeka

Semangat untuk mengembangkan bahasa Melayu di Nusantara termuat dalam Sumpah Pemuda (1928) yang mendaulatkan bahasa Melayu/ bahasa Indonesia sebagai bahasa politik dan perjuangan. Perkembangan politik di Indonesia turut mempengaruhi Tanah Melayu dalam usaha mencapai kemerdekaan.
Di Tanah Melayu Persatuan Penulis ASAS 50, pelajar-pelajar Sekolah Inggeris, pelajar-pelajar SITC, pelajar Timur Tengah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap British.
Persoalan bahasa terus dibincangkan sehingga kemuncaknya pada tahun 1955-1959 apabila wujudnya Laporan Razak (1956). Antara perkara penting dalam laporan tersebut ialah:
· Satu sukatan pelajaran yang sama
· Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib.
· Pada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3 yang berlangsung pada 16-21 September 1956 bertempat di Johor Bahru dan Singapura telah bersetuju menubuhkan Balai Pustaka yang kemudiannya dikenali sebagai Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.4 Bahasa Melayu Selepas Merdeka

Selepas Merdeka:-
* bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi negara.
* Perlaksanaan Laporan Razak untuk mendaulatkan bahasa Melayu.
* Dewan Bahasa dan Pustaka telah dipindahkan ke Kuala Lumpur.
* Menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan 1970, istilah bahasa Melayu telah ditukar kepada bahasa Malaysia untuk menimbulkan semangat kekitaan di kalangan rakyat. Selepas perlaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) istilah ini ditukar pula kepada bahasa Melayu.  

Asal usul bahasa Melayu


Asal-usul bahasa Melayu adalah dari filum Austrik. Filum Austrik terpecah kepada dua rumpun bahasa yang besar iaitu rumpun Austroasia dan rumpun Austronesia (dulu dikenali sebagai Malayo-Polinesia) Pemecahan rumpun Austronesia kepada 4 keluarga iaitu Indonesia (Nusantara), Melanesia, Mikronesia, dan Polinesia.
Dari keluarga Indonesia (Nusantara), bahasa Melayu terpecah kepada 16 subkeluarga atau bahasa iaitu bahasa Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Gorontalo, Tomini, Toraja, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi Selatan, Muna-Butung, Bima-Sumba, Ambon-Timur, Sula-Bacon, Halmahera Selatan-Irian Jaya. Dalam subkeluarga Sumatera termasuk bahasa Aceh, Batak, Minangkabau, Melayu, Nias, Lampung, dan orang Laut.

Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal dari golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan telah turun dalam dua gelombang pergerakan ke wilayah Asia Tenggara. Golongan pertama disebut Melayu Proto yang datang sejak tahun 2,500 sebelum Masihi.Tidak dijelaskan mengapa mereka berpindah. Mereka tinggal di kuala-kuala sungai dan pantai untuk memudahkan kerja-kerja mencari makan.
 Golongan kedua disebut Melayu Deutro yang datang kira-kira dalam tahun 1,500 sebelum Masihi. Perpindahan mereka juga tidak dapat dipastikan sebab-sebabnya. Melayu Deutro ini telah berpindah mengikut jalan dan laluan yang dilalui Melayu Proto. Apabila sampai di Selatan mereka mendesak golongan pertama ke daerah pinggiran, ke hulu sungai, ke kawasan gunung, atau ke tempat-tempat yang terpencil.  Manakala Melayu Deutro tinggal di kawasan tanah pamah, tanah rendah, lembah sungai dan di tepi laut.

Selain daripada itu, terdapat teori yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Tanah Besar Asia Tenggara. Pendapat ini didukung oleh pengkaji-pengkaji barat. H. Kern menyatakan bahawa penduduk di Kepulauan Asia Tenggara berasal dari Assam, di bahagian timur negara India. Beliau membuat kesimpulan demikian lantaran terdapat persamaan-persamaan adat resam beberapa suku di Sumatera dan Borneo dengan suku-suku di Assam seperti suku Naga di India.
            Henry Yule pula berpendapat seperti J.R. Logan iaitu tentang wujudnya persamaan adat resam antara penduduk-penduduk di daratan Asia Tenggara dengan yang terdapat di Kepulauan Melayu. Persamaan-persamaan ini menunjukkan bahawa mereka adalah daripada keturunan yang sama.
Berdasarkan kajian-kajian ini boleh dikatakan bahawa penduduk -penduduk kepulauan Asia Tenggara hingga ke Lautan Teduh berasal dari tanah besar Asia Tenggara. Tetapi tidak dapat dipastikan dari mana. Ada yang mengatakan dari Yunan, di barat daya negeri China, dari Assam, India, dari Asia Tengah dan ada juga yang mengatakan dari bahagian selatan tanah besar Asia Tenggara.

Thursday, January 13, 2011

Teori Pemerolehan Bahasa

Terdapat 4 teori pemerolehan bahasa dalam BM iaitu:-

1) Teori Behaviorisme
  • Diasaskan oleh Ivan Pavlov( gunakan anjing sebagai subjek penyelidikan), dan Leonard Bloomfield.
  • Dikembangkan oleh Watson, Skinner dan Thorndike
  • Pembelajaran telah berlaku melalui perubahan tingkah laku manusia.
  • Permerolehan sesuatu perlakuan  terjadi melalui ulangan dan latih tubi.
  • Semua bentuk pembelajaran tidak ada kaitan dengan keupayaan mental.
  • Tingkah laku manusia adalah ditentukan oleh persekitaran dan pengalaman lampau mereka
  • Dalam proses pembelajaran, aliran ini menekankan kepentingan rangsangan dan tindak balas.
  • Penekanan kepada latihan yang berulang perlu diberikan perhatian.
  • Dalam P&P bahasa, aliran ini satu latihan.
  • Bahasa merupakan sesuatu yang hidup  dan berubah, perlu dipelajari dalam suasan lisan.
  • Latihan adalah perlu untuk membentuk kebiasaan dalam berbahasa
  • Penggunaan bahan sokongan adalah penting untuk mendapatkan gerak balas yang sempurna
  • Teori behaviurisme bersandarkan kepada perubahan tingkah laku (learning leads to a change in behaviour), iaitu pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku. Dengan melakukan sesuatu secara berulang-ulang maka tingkah laku itu akan dikuasai secara automatik. Pavlov (1849–1936) yang menjalankan eksperimen menggunakan anjing, makanan dan loceng membuktikan bahawa apabila loceng dibunyikan, secara automatik anjing akan mengeluarkan air liur kerana makanan akan disajikan. Thorndike (1874–1949) pula mengemukakan Teori S-R atau Stimulus-Response Theory (teori pelaziman operan), yang mana rangsangan terlazim menghasilkan respons terlazim. Misalnya, kucing yang lapar "belajar" membuka sangkarnya (respons terlazim) untuk mendapatkan makanan yang dihidang di luar sangkar (stimulus terlazim). Thorndike percaya bahawa hubungan neural terbentuk antara stimulus dengan respons apabila respons adalah positif, dan pembelajaran berlaku apabila hubungan itu membentuk corak tingkah laku yang dikehendaki. Lanjutan daripada itu, Skinner (1904–1990) mengemukakan teori Contiguity of Feedback/Reinforcement, iaitu tingkah laku boleh dibentuk dengan memberi peneguhan secara positif atau negatif. Misalnya, pelajar diberi
  • Ganjaran/pujian (peneguhan positif) apabila berjaya melakukan sesuatu seperti menghabiskan kerja rumah atau sebaliknya dihukum (peneguhan negatif) kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Teori ini tidak dapat menerangkan tentang proses pembelajaran dan proses pemikiran, ia hanya dapat menerangkan pembentukan tingkah laku melalui proses rote-learning.
 2) Teori Mentalis
  • Teori dipelopori oleh Noam Choamsky
  • Ahli-ahli psikologi yang sealiran dengan fahaman ini ialah Jean Piaget, Robert Glazer, John Anderson, David Ausaubel, Bruner, Gagne, dan lain-lain.
  • Fahaman ini menekankan kepentingan keupayaan berfikir secara memproses dan menilai data tindakan dapat dilakukan.
  • Menurut mereka lagi, manusia adalah haiwan, tapi bersifat lebih rasional dan aktif dalam menyelesaikan masalah.
  • Sistem pengolahan informasi dapat dikawal dengan baik oleh fikiran dan pengetahuan yang sentiasa dalam berada dalam keadaan sedar.
  • Teori kognitif memfokus kepada proses di sebalik tingkah laku yang ditunjukkan. Perubahan tingkah laku yang diperhati dijadikan sebagai petunjuk kepada apa yang mungkin berlaku dalam minda pelajar. Teori ini menerangkan pembelajaran sebagai proses yang melibatkan pemerolehan dan penyusunan semula struktur kognitif kepada bentuk yang bermakna dan mudah diingat oleh pelajar. Bermula dengan teori perkembangan kognitif Piaget (1926 dalam Good & Brophy, 1990) teori ini menerangkan bahawa skema (the internal knowledge structure) berkembang apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitarannya dan skema itu sentiasa berkembang dan berubah kerana menyerap dan menyimpan maklumat baru. Gagne (1985) pula menerangkan terdapat tiga peringkat pemprosesan maklumat, iaitu daftar deria (sensory register) dalam ingatan aktif (working memory, WM), ingatan jangka pendek (short-term memory, STM) dan ingatan jangka panjang (long-term memory, LTM). Maklumat baru yang dipelajari akan didaftarkan dalam WM dan jika diperlukan buat sementara waktu, ia akan disimpan dalam STM. Selepas digunakan beberapa kali, maklumat ini menjadi kekal dan disimpan dalam LTM untuk tempoh masa yang lama. Apabila maklumat ini perlu diingat kembali, ia akan diaktifkan semula dan dibawa ke WM untuk digunakan. Menurut Gagne, maklumat dalam minda sentiasa diproses dan diadaptasikan apabila maklumat baru diterima dan proses ini dinamakan proses pembelajaran. Ausubel (1978) menyokong teori pembelajaran ini melalui kajiannya yang mendapati bahawa jika pembelajaran itu memberi kesan kepada pelajar, maka ia akan lebih mudah dipelajari, diingat dan dihubungkaitkan dengan skema sedia ada, serta lebih kekal dalam ingatan. Bidang kajian ini dinamakan Sains Kognitif.
3) Teori Konstuktivisme

  • Diasaskan oleh Lev Semenovich Vygotsky.
  • Memberi penekanan khsus kepada perbezaan individu.
  • Mengaitkan pengaruh budaya dengaqn proses p & p.
  • Pengalaman pelajar menjadi perkara pokok dalam pembelajaran
  • Cara berfikir kanak-kanak dipengaruhi oleh unsur alam seperti sikap, kemahiran,idea dan sebagainya.
  • Pelajar harus mengeksploitasi unsur alam tersebut demi pembelajaran mereka.
  • Kanak-kanak mempunyai pandangan yang berbeza dengan orang dewasa mengenai unsur
  • Diperoleh murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah – rakan/ guru.
  • Cth: dalam pembinaan ayat.
  • Pembinaan semula ayat dianggap sebagai pembangunan semua minda untuk mencipta sesuatu yang baru.
  • Guru boleh membantu pelajar mengurangkan jurang perbezaan antara pandangan pelajar dengan orang dewasa.
  • Guru akan bertindak sebagai pemudah cara. Antara konsep yang penting dalam teorinya ialah: 
        o   Zon perkembangan proksimal
        o   Perancah
        o   Perantaraan semiotik
        o   Peraturan batin

4) Teori Intraksionalisme


  • Pelopor : Halliday
  • Mementingkan aktiviti komunikasi.
  • Seseorang menghasilkan bahasa apabila memerlukannya.
  • Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif & proses interaksi bahasa.
  • Melalui interaksi terhasillah ayat penyata & ayat perintah.
  • Melibatkan apa sahaja yang bersangkut paut dengan cara hidup satu kumpulan manusia atau masyarakat.
  • Manusia dapat bertindak balas secara peka terhadap pengalaman. Dengan ini mereka dapat memperkembangkan kepercayaan mereka terhadap dunia disekeliling mereka.
  • Kanak-kanak yang dilahirkan adalah bergantung sepenuhnya kepada orang lain. Mereka tidak dapat memperkembangkan
  • Dalam konteks pengajaran,aliran ini berpendapat sekolah ialah satu kumpulan sosial dan pelajar harus mengembangkan kapasiti sosial mereka semaksima mungkin.
  • Dalam proses pembelajaran, pelajar harus dapat belajar dalam situasi dan konteks sosial yang sebenar, yang memberi peluang mereka berinteraksi, kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, bertanggungjawab dan penuh keyakinan diri.
  • Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan mereka bebas untuk membuat pilihan. Pengaruh persekitaran tidak berupaya untuk mempengaruhi mereka.
  • Manusia saling memerlukan pengaruh antara satu dengan lain

Teori Huraian Bahasa

Terdapat 4 jenis teori huraian bahasa iaitu:

1.      1) Nahu Tradisional
  • Dipelopori oleh Panini (India). 
  • Bahasa ialah ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara.
  • Mementingkan bahasa tulisan
  • Penutur diwajibkan mematuhiperaturan, kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan
  • Pengajaran banyak tertumpu kepada nahu terjemahan
2) Struktural
  • Dipelopori oleh Edward Sapir, Bloomfield dan Leonard de Saussure.
  • Bahasa adalah sistematik, mempunyai tatabahasa sendiri hidup dan berubah.
  • Bahasa mempunyai satu sistem,mempunyai peraturan,, arbitrari dan digunakan untuk perhubungan.
  • Menumpukan kajian terhadap fonologi,morfologi dan sintaksis
  • Huraian bahasa dilakukan secara induktif.
  • Huraian bahasa tidak menentingkan makna dan analisis dibuat secara luaran 
 3) Transformasi Generatif
  • Dipelopori oleh Noam Choamsky
  • Manusia dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa.
  • Penutur natif berkebolehan membentuk dan memahami peraturan yang baru.
  • Daripada kebolehan ini akan membentuk rumus-rumus bahasa secara transformasi yang lengkap.
  • Penguasaan bahasa adalah berdasarkan penguasaan bahasa pertama terlebih dahulu.
  • Ayat mempunyai struktur dalaman dan luaran
  • Bahasa bersifat sejagat dan kreatif.
  • Binaan ayat mempunyai hubungan erat dan menggunakan simbol untuk menganalisis nahu 
 4) Teori Fungsional
  • Dipelopori oleh Haliday dan Wilkins.
  • Mengkaji tentang perubahan yang berlaku pada struktur  bahasa ketika seseorang berkomunikasi.
  • Anggap bahasa sebagai alat perhubungan.
  • Mementingkan aspek semantik
  • Pengukuhan bahasa boleh berlaku secara verbal dan non-verbal
  • Penggunaan bahasa dapat menggambarkan fikiran dan emosi penutur.
  • Turut memberi perhatian kepada fungsi bahasa sebagai alat komunikasi.
  • Aspek yang ditekankan ialah perubahan yang berlaku pada bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...