Tuesday, December 20, 2011

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Nota Kuliah Pertama
Falsafah Pendidikan
BAB 1
PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN  DI MALAYSIA
  • SEBELUM MERDEKA
  • SELEPAS MERDEKA
  • SEMASA MERDEKA
  • SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA (1400-1956)
Dalam sistem pendidikan bagi tempoh ini, ia dibahagikan kepada dua fasa, iaitu sebelum zaman kolonialisme British dan semasa zaman kolonialisme British.

FASA 1 (Sebelum Zaman Kolonialisme British)
Sistem pendidikan negara kita telah wujud sejak zaman kegemilangan empayar Melaka lagi.
Kedatangan Islam pada abad ke rantau Asia pada abad ke-15,menjadikan sistem pendidikan pada masa itu berteraskan agama Islam.
Pada zaman ini juga, agama Islam diajar di rumah-rumah guru, kemudian berpindah ke masjid, surau dan madrasah dan akhirnya berpusatkan di sekolah pondok.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM MERENTASI 3 PERINGKAT:
1. Peringkat Pertama : (berpusat di rumah guru)
    -murid-murid belajar mengaji al Kuran dan fardu ain daripada guru-guru yang di panggil ulama.Peringkat 2. Kedua :( berpusat di masjid, surau dan madrasah)
    -wujud untuk tampung bil. murid yang kian bertambah.
    -para ulama disanjung  tinggi oleh masyarakat. Kadang-kadang mereka di undang ke istana untuk mengajar kaum kerabat Raja.
3. Peringkat Ketiga:( berpusat di rumah pondok)
    -sekolah agama tradisional pertama
    -tiada sukatan yang piawai.
    -kurikulum berdasarkan masjid Al Haram di Makah.
    -subjeknya adalah tauhid, al-  Kuran, fekah, hadith, nahu, sufi, tasawwuf dan akhlak, b.arab dan jawi.
    -murid tinggal di pondok Tok Guru.
    -tamat pengajian, mereka akan berkhidmat di kampung masing-masing
    -ada juga yg melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi supaya dapat memasuki universiti tempatan.
Pada tahun1511, apabila Portugis menawan Melaka, mereka telah memperkenalkan pendidikan berasaskan agama kristian mazhab Roman Katolik.
Kemudian bertukar kepada mazhab Protestant apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda.
Tahun 1786, bila Inggeris memerintah tanah Melayu, sistem pendidikan bertukar kepada sistem pendidikan Inggeris.

SISTEM BAHASA


BAB 8
SISTEM BAHASA


 Pengenalan
Sistem Bahasa merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Fokus dalam Sistem Bahasa ialah pada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa.

Tatabahasa
Salah satu bukti kemahiran berbahasa seseorang ialah kebolehan menguasai tatabahasa. Ia meliputi kebolehan bertutur dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul, dan menulis dengan sistem ejaan yang tepat.  Oleh sebab itu, kecekapan berbahasa perlu diajarkan secara terancang dan bersesuaian dengan kinteks pembelajaran sejak murid berada di sekolah rendah lagi. Lazimnya, pengajaran tatabahasa di peringkat sekolah rendah menitikberatkan aspek penggunaan. Terdapat beberapa tujuan pengajaran tatabahasa (1995: 11 – 12), iaitu;

(a)  mengetahui kelainan erti perkataan yang imbuhannya berbeza-beza dan menggunakannya dengan betul, tepat dan gramatis dalam lisan dan penulisan;
(b)            menggunakan pelbagai jenis kata dalam pelbagai konteks;
(c)            menggunakan frasa yang betul;
(d)            membina ayat yang betul, tepat dan gramatis, dan
(e)            membina pelbagai jenis dan bentuk ayat dalam pelbagai konteks dengan betul.

Tatabahasa terbahagi kepada dua, iaitu aspek morfologi dan aspek sintaksis.

(a)    Morfologi
Secara mudah, aspek morfologi ialah berkenaan kajian tentang perkataan dan pembentukannya. Secara khusus, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR (2003) menerangkan morfologi sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata, dan golongan kata. Tiga aspek itu diajar sejak sekolah rendah lagi.

Yang dikatakan struktur kata ialah susun atur bentuk bunyi sesuatu perkataan apabila diujarkan. Ia juga merangkumi aspek susunan lambang-lambang huruf (tulisan) sehingga menjadi satu unit (kesatuan) bahasa atau perkataan yang bermakna. Maksud bermakna dalam konteks ini ialah bagaimana membunyikan setiap huruf dalam perkataan berkenaan hingga menghasilkan bunyi yang betul, atau susunan huruf yang betul apabila dibunyikan dan ada makna.  Contohnya, huruf vokal (v), huruf konsonan (k), dan pola suku kata. 

(a)              huruf vokal bahasa Melayu : [a], [e], [i], [o], dan [u]
(b)           Huruf konsonan bahasa Melayu : [b], [c], [d], [f], [g], [h], [j], [k], [l], [m], [n], [p], [q], [r], [s], [t], [v], [w], [x], [y] dan [z].

Terdapat dua pola suku kata bahasa Melayu. Pertama, pola suku kata asli bahasa Melayu, dan kedua, pola suku kata pinjaman bahasa Melayu. Setiap suku kata terdiri, sama ada, KV, VK, KVK, VKV, VKVK, KKVK dan sebagainya.  Manakala, yang dikatakan bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa (perkataan / gabungan huruf) yang bermakna. Bentuk kata boleh terdiri daripada;

(a)              kata tunggal (kata tidak menerima imbuhan dan ada makna);
(b)              kata terbitan (kata telah menerima imbuhan);
(c)              kata ganda (kata tunggal yang digandakan); dan
(d)    kata majmuk (terdiri daripada beberapa kata tungga yang membentuk satu makna). 

Kata terbitan ialah kata tunggal yang menerima imbuhan bagi menghasilkan perkataan lain. Makna kata terbitan adalah berbeza dengan makna kata tunggal. Dalam ilmu bahasa, penerimaan imbuhan itu dipanggil proses pembentukan kata. Ada tiga cara proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Pertama, pengimbuhan, iaitu kata tunggal menerima imbuhan dan menghasilkan perkataan baharu yang dipanggil sebagai kata terbitan.

(i)                 Imbuhan awalan : ber-, be-, bel-, me-, mem-, men-, meng-, menge-, memper-, di-, ter-, pe-, pem-, pen-, per-, peng-, penge-, pel-, se-, ke-,  maha-, tata-, pra-, pro-, dan anti-. 
                Kata tunggal   +   imbuhan awalan   =   kata terbitan
                         ( Lari            +             pe-                =       pelari )

(ii)               Imbuhan akhiran : -an, -i, -kan, -wan, -man, -wati, dan –nita. 
                       Kata tunggal   +   imbuhan akhiran   =   kata terbitan
                                ( Lari            +            -an                  =        larian )

(iii)             Imbuhan apitan : me- ... –kan, mem- ... –kan, men- ... –kan, meng- ...
–kan, menge- ... –kan, me- ... –i, mem- ... –i, men- ... –i,  meng- ... –i, ke- ... –an, pe- ... –an, pem- ... –an, pen- ... –an, peng- ... –an, penge- ... –an, per- ... –an, pel- ... –an, di-- ... –kan, dan di- ... –i.

Kata tunggal   +   imbuhan apitan   =   kata terbitan
                                         ( Lari             +        pe- ... –an        =        pelarian )

Kedua, kata tunggal menerima pengandaan dan menghasilkan perkataan baharu yang dipanggil sebagai kata terbitan. Formulanya;

Kata tunggal   +   pengandaan    =    kata terbitan
                                         ( Orang           +         orang            =    orang-orang )

Ketiga, kata tunggal menerima kata tunggal dan menghasilkan kata majmuk yang dipanggil sebagai kata terbitan, atau istilah atau metafora. Ia terdiri daripada beberapa kata tunggal, sama ada kata tunggal itu telah menerima imbuhan atau belum. Formulanya;
 Kata tunggal    +    kata tunggal    =    kata majmuk
                                         ( Segi            +          empat         =     segi empat )
                                          ( Merah       +          hati              =     merah hati )

Golongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi perkataan berkenaan. Terdapat empat jenis golongan kata dalam bahasa Melayu, iaitu;

(a)              kata nama (perkataan yang menggambarkan nama sesuatu);
(b)              kata kerja (perkataan yang menggambarkan perbuatan);
(c)              kata adjektif (perkataan yang menggambarkan sifat sesuatu); dan
(d)              kata kata tugas (perkataan yang menggambarkan fungsi sesuatu).

Kata tugas dalam bahasa Melayu terdiri daripada;

(i)                kata hubung
(ii)              kata seru
(iii)            kata tanya
(iv)            kata perintah
(v)              kata pangkal ayat
(vi)            kata bantu
(vii)          kata penguat
(viii)        kata penegas
(ix)            kata nafi
(x)              kata pemeri
(xi)            kata sendi
(xii)          kata pembenar
(xiii)        kata bilangan, dan
(xiv)        kata arah.

(b)   Sintaksis
Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan pembentukan ayat. Berbeza dengan morfologi yang mengkaji bentuk perkataan, sintaksis mengkaji gabungan beberapa bentuk kata yang membina ayat atau terhasilnya ayat. Aspek sintaksis yang dikaji ialah;

(a)                  komponen ayat, iaitu unsur-unsur utama yang terdiri daripada kata, rangkai kata, frasa, klausa, subjek, dan predikat ayat;
(b)                  jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan;
(c)                  ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif;
(d)                  susunan ayat, iaitu susunan biasa dan susunan songsang;
(e)                  binaan ayat, iaitu ayat dasar, ayat tunggal, ayat terbitan atau ayat majmuk;
(f)                    proses penerbitan ayat, iaitu konsep ayat terbitan, proses pengguguran, proses penyusunan semula, proses peluasan; dan
(g)                  aspek tanda baca dalam ayat.


Sistem Ejaan
Perkataan yang diberikan penekanan ialah (a) pola keselarasan huruf vokal, (b) ejaan kata pinjaman, dan (c) ejaan kata dasar dan kata terbitan.  Sistem ejaan rumi bahasa Melayu terdiri daripada keselarasan vokal, kata pinjaman, kata terbitan, kata ganti singkat, kata sendi / kata sendi nama, kata majmuk, kata nama, kata pertikel dan kata ganda. Sistem ejaan diajar agar murid dapat mengeja sesuatu perkataan dengan betul supaya makna perkataan bersamaan dengan maksud ujaran.

Sebutan dan Intonasi
Tekanan nada ketika membunyikan huruf atau perkataan (sebutan) dan intonasi nada adalah mempunyai maksud atau makna berlainan. Oleh sebab itu, murid wajar diajar cara-cara menyebut (membunyikan huruf atau perkataan) dan tekanan atau intonasi nadanya dengan cara yang betul. Kemahiran yang diperlukan ialah membezakan bunyi huruf atau suku kata dan tekanan nada dalam situasi yang berbeza supaya murid dapat menyampaikan maksud dengan tepat. Pengajaran sebutan hendaklah dalam bahasa Melayu baku. Manakala, pengajaran intonasi ayat hendaklah mengikut pola ayat yang betul berdasarkan jenis-jenis ayat. Di samping itu, pola intonasi bagi ayat panjang juga hendaklah diajar agar murid dapat menyampaikan maksud dengan jelas. Sebaik-baiknya, guru hendaklah memulakan pengajaran menggunakan ayat tuggal mudah. 

Kosa Kata
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR (2003)  menjelaskan bahawa kosa kata terdiri daripada kata-kata umum dan kata-kata khusus atau disebut istilah khusus. Setiap bidang ilmu mempunyai kata-kata khusus dengan ilmu dalam bidangnya. Murid hendaklah diajar mengenali dan membezakan istilah khusus setiap bidang ilmu. Misalnya, istilah ‘subjek’ ayat dalam ilmu bahasa adalah berbeza maksud dengan istilah ‘subjek’ yang merujuk nama-nama mata pelajaran. Demikian istilah ‘segi empat tepat’ hanya terdapat dalam Matematik atau Sains. Istilah itu tidak terdapat dalam bidang ilmu Sejarah atau Geografi. Guru hendaklah selalu mendedahkan kosa kata kepada pelajar agar pembendaharaan katanya bertambah dan pelbagai. Galakkan murid menggunakan istilah-istilah yang sesuai dengan bidang ilmu yang berkenaan. Salah satu aktiviti memperkayakan kosa kata ialah mencari makna seerti, makna berlawanan, atau menjawab teka silang kata.

Peribahasa
Yang dimaksudkan dengan peribahasa ialah rangkai kata yang mempunyai yang mempunyai makna tertentu. Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, dan kata-kata hikmah. Pengajaran peribahasa hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. Galakkan murid menggunakan peribahasa dalam karangan-karangan yang mereka hasil. Tujuannya, ialah agar karangan tersebut lebih bertenaga, bervariasi dan menarik dibaca.

Kesimpulan
Berdasarkan perbincangan didapati bahawa Sistem Bahasa turut berperanan menambahkan kemahiran berbahasa murid-murid.  Walaupun dalam setiap sesi pengajaran mempunyai objektif tertentu yang hendak dicapai, namun guru tidak boleh mengabaikan aspek bahasa kerana kebolehan murid berbahasa dengan baik akan mempengaruhi kejayaan objektif pengajaran guru. Sebaik manapun objektif, jika murid tidak dapat mengungkapkan isi pelajaran dengan menggunakan bahasa yang baik, pengajaran guru itu tetap dianggap gagal. Justeru, guru hendaklah memberi tumpuan terhadap aspek berbahasa murid. Malah, keberkesanan pengajaran guru dan kejayaan murid dalam pembelajarannya adalah bergantung kepada kemampuan guru dan murid menggunakan bahasa yang tepat dan berkesan.


Rujukan
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1995.
Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2003.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maniyamin bin Haji Ibrahim dan Ahmad Rasol bin Ariffin, 2007. Analisis
Kesilapan Ejaan Bahasa Melayu: Satu Kajian Kes. Bukit Mertajam: Jabatan Pengajian Melayu, Institut Perguruan Tuanku Bainun. 

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU

# Faktor2 kaedah pengajaran bhsa yg baik :-
  1. sesuai dgn KBSR dn KSSR
  2. sejajar dgn obktif yg hndk dcapai
  3. sesuai dgn tabiat/ltr blkng murid
  4. kesesuaian murid

KAEDAH NATURAL
  • berasaskan kpda penggunaan bhsa dlm situasi komunikatif
  • kurang menekankan rujukan kpda analisis à gramatikal, tatabahasa
  • istilah lain à kaedah Terus, baharu, analitik,tiruan
  • melibtkn dua cara utk memperkmbgkan teori bhsa iaitu 
    • penguasaan
      • cara smulajadi sprit knak2 mmperoleh bhsa prtama
      •  pemahaman dan penggunaan bahasa utk tujuan komunikasi yg bemkna
    • pembelajaran
      • peraturan2 scara sedar ttg bhsa yg diprkmbgkan dan berkesudahan
      • pngajaran frmal diperlukan utk mmbolehkn pmbelajran berlaku dan pmbetulan kesalahan dpt diatasi
  • Matlamat
    • tugasan yg memenuhi keperluan murid
    • utk memenuhi mtlmat, komunikasi murid tidak perlu menguasai bentuk dan struktur ayat hanya perlu mnerangkan sesuatu set topik tertntu yg diberikan shja.
  • Objektif
    • bergantung kepada keperluan murid, kemahiran bahasa dan pringkat yg akan diajar
    • slps beberapa jam bljr, murid harus dpt berckp atau berkomunikasi dalam bhsa sasaran tnpa mengalami sbarg masalah
  • Aspek2 Pnting Dlm Kaedah Natural  
    • mula dri kelas rendah
      • smenjk murid dri prasekolah atau thun 1
      • pnekeanan pda prsembhn input
    •  peranan murid berubah ikut thp perkmbgn linguistik
      •  murid boleh berlakon, kenal pasti rakan
    •  murid mmpunyai 4 tgjwb dlm kaedah ini :- 
      •  beri mklmat khusus ttg mtlmt khusus
      •  ambil bhgian yg aktif tk pmerolehan input 
      •  menentukan masa utk mlakan pghsilan pertuturan dn mmpertngktknnya
      •  latihan tatabahasa – masa ditentukan utk murid mnyiapkan
    •  guru mrupakan sumber utama – input pemahaman bole brlaku
    • BBM à  brosur, iklan, peta, jadual, buku yang sesuai dgn thp kebolehn murid #permainan 
  • Prosedur Kaedah Neutral
    • pelajaran dimula dgn arahaan Total physical response
    • guru guna TTR utk ajar bhgian tubuh
    • ajar nama2 dlm kelas dan lakukan ikut arahan
    • gunakan nama dan ciri2 fizikl dan pkaian utk deskripsi rakan
    • gunakan alat visual
    • gunakan beberapa gmbr dan murid tunjk gmbr yg sdg dicerita
 
KAEDAH TATABAHASA TERJEMAHAN
-    Kaedah nahu tradisional / kaedah klasik
-    memberi penekanan kpda kmhiran menulis dan bukan bertutur
-    x mementingkn fonetik, sebaliknya pentingkan ejaan dan penulisan
-    pengajaran dan vocabulary diberikan awal sesi pngajaran
-    cara yg pnting utk blajar vocabulary
  • Tujuan
-    murid2 faham tatabahasa sesuatu bhsa
-    latih murid2 mnulis dgn bhsa btul
-    murid dpt trjmhkan bhsa asing kpda bhsa natif
-    lngkapkan murid dgn prbndharaan kata
  • Prosedur
-    murid dikenalkn dgn hukum2 tatabahasa
-    berikan pnerangan ttg hukum tatabahasa diikuti dgn cnth
-    murid perlu mnghafaz hukum2 / rumus ttbhsa
-    bagi snarai ttbahasa
-    murid2 bina ayat dgn gunakn prbndharaan kata
  • Kebaikan Kaedah
-    jimatkn masa
-    jmtkn kos *xprlu bnyk wang
-    x prlukan ltihan intensif
-    BBM kurng disediakan
-    murid2 bleh blajar sndiri tnpa bntuan guru
  • Kelemahan Kaedah
-    sulit utk buat trejmhan
-    boleh mmbrikan tggpan slh dlm klgn murid
-    murid boleh fikir ngatif ttg pmbljaran struktur xpnting

KAEDAH TERUS
-    kaedah yg digunakan oleh tentera utk mlatih tentera dan diplomat dlm perang
-    kemhrian bahasa yg diperluakn utk operasi tntera adlh kmhiran lisan
-    kmhiran menulis TIDAK mnjadi MATLAMAT pnting
-    kdg2 ianya dikenali sbgai kaedah askar
-    latih tubi digunakan scara intensif mlalui guru bhsa
-    ditiru utk mngajar psukan sukarelawan amarika utk bljar bhsa asing
-    mengutamakan prinsip2 à ajar gunakan ilmu psiologi knk2
-    amat sesuai utk diajar sbgai pngjaran bhsa kedua
-    bhsa sasaran digunakan à bhsa kdua
-    pngajaran digunakan dgn mmnggunakan benda2 atay objk konkrit
Tujuan
-    membolehkn murid2 menguasai ke4 khiran bahasa scara brkesan
-    membolehkn murid2 guna bhsa yg dipelajari dlm msayrkt
4 Asas Kaedah
-    hubungn scara lgsung dgn prktaaan dgn bnda
-    pngjaran dikaitkan dgn pnglmn sdia ada
-    harus timbulkan prasaan ingin thu kank2/murid mlalui soalan
-    pndukan lunas2 knk2 utk mmpelajari bhsa ibunda mreka
Ciri-ciri Kaedah
-    kosa kata dan struktur bhsa sehari2
-    gunakan bnyk prkara bharu
-    tatabhsa diajar mlalui keadaan
-    pngajaran ttbahasa scara lisan
-    minggu prama khusus untuk latihan sbutan
Kebaikan dan kelemahan Kaedah
-    masa yg pnjng
-    guru trlatih
-    kmhiran mmbaca dan kmhiran lisan x dpt djlnkn srentak
-    pnerimaan murid tdk sma dgn mksud kata sbnar
-    murid2 lmah akan ktinggalan
Teknik Pengajaran kaedah terus
-    bhn2 yg dipilih mstilah brdasarkn pngalan murid2
-    trjmahan x digunakan lngsung
-    hukum tatabahasa hyna diajr slps murid2 kuaisai struktur ayat
-    guru prlu kaitkan prkataan / ayt dgn bnda sbenar
-    dilksanakn dgn guna teknik lakonan

KAEDAH AJUK HAFAZ
-    pengajaran dibhgikan kpda 2 cara :-
o    demonstrasi
§  berkaitan dgn ttbahasa, pertuturan, prbndaharaan kata
o    latih tubi
§  penutur jati akan baca beberapa ayat
§  akn mngajuk ayat berkali2 spaya hafal
-    murid tidk dikehendaki mnterjemah prkataan demi prkataan
-    guru harus menyediakan aktiviti yg berseuaian sperti :-
o    Ltihn dlm pertuturan
o    karangan2 lisan
-    dikenali juga sbgi Kaedah Audio Lingual

KAEDAH KOD KOGNITIF
-    menekankan bentuk dan makna
-    murid mngtahui sesuatu bahasa
Ciri-ciri kaedah
-    dlm PNP bhsa, lisan kurang diberi pnekanan. paling utama à membaca dan mnulis
-    diterapkan scara lngusng yg boleh dilakuakn melaluyi pndektan deduktif
-    amat memntingkn mkna
-    gunakan aplikasi tatabhasa trnsformasi generatif

KAEDAH LINGUSITK
-    kaedah moden scara saintifik à bndingkan antara bahasa yg dipelajri dan bahsa lain
-    pengetahuan bhsa murid 2harus tumpu pda bntuk dan fungsi bhsa
-    mementungkan pertuturan dan benarkan guna bhsa yg tlh dikuasai
-    mendahulukan bentuk dripada mkna
Tujuan
-    untuk membolehkan murid2 guna bhsa yg diketahuinya
-    menerangkan ttng nahu yg trdapat dlm ttbahasa
Cara mengajar
-    mulakan pngajaran dgn ajar sebutan bunhi perkataan
-    guru hndaklah mulakan dgn pringkat mudah
Kelebihan
-    pnyediaan bahsa adlh tersusun dan teratur
-    kanak2 dpt bertutur dalam bhsa ibunda mreka
Kelemahan
-    perlukan duru yg terltih
-    kos tinggi
-    hasilnya murid boleh bertutur tapi tidak kembgkn bhsa dgn baik
-    perlukan masa yg lama

KAEDAH BAHASA KOMUNITI
-    berkaitkrapat dgn amalan pngajran bahasa asing – Teknik Kemanusia
-    teknik yg dianggap mmpunyai emodi dan perasaan dismping pngethuan lingustik dan itngkhlaku
-    pembelajaran brlku dalam situasi komunikasi yg melibtkan guru dan murid dalam sati interaksi
-    kejayaan dlm memperoleh sesuatu bhsa berhubung kait dgn prhubungn baik antara murid dan guru dan sesame murid
PERINGKAT KAEDAH
-    5 peringkat
o    pringkat kelahiran
o    kebolehan muris berdikari dripada ibu bapa
o    murid bebas berckp dan bina identity sndiri
o    murid brasa slamat utk dikritik
o    murid majukan daya dan pngetahuan linguist yg sesuai – murid boleh jdi pngajar org lain
-    menekankan bhwa kejayaan menguasai bahasa berkait rpt dgn hub baik guru dan murid :: murid dan murid
-    aktiviti yg sesuai à terjemahan, kerja kumpulan, rakaman, gmbran dn pmerhatian
-    gunakan psikolgi kaunseling à pmbelajran manusia libtkan fktor kognitif dan afektif

KAEDAH ORAL-AURAL
-    Kaedah dgr dan tutur
-    membolehkan murid berkmbang melaluyi 4 kmhiran bahsa
-    kmhiran lisan asas utk pmbelajran baca dan tulis
-    gunakan dialog untuk dilafaz
-    latih tubi dialog dijlnkn dgn cara membrikan prhatian kpda intonasi yg betul
-    objektif – sebuatan penutur jati bahasa itu
-    alat pndang dengar dgunakan mluas
-    prbendaharaan kata dibrikan kpda murid scara beransur2
-    setelah murid kuasai bacaan, latihan diteruskn kpada aktivti menulis
Prosedur
-    guru memperdgrkan sbutan pnutur jati
-    murid diminta mnybut prkataan atau rgkai kata yg didengar
-    aktivti dijlnkn ikut kumpulan
-    apabila suda mhir sebutan, latih tubi pola2 ayat berdsrkn struktu bhasa diberi kpda murid
-    teks utk murid2 baca
-    latihan menulis à sesi akhir pngajaran
Kelemahan kaedah Oral-Aural
-    membebankan guru à bnyk mnjalankan latihan latih tubi
-    masa yg pnjang – boleh membosankan murid2
-    murid hilang keyakinan diri à krana tdk dpt mngajuk atau menyebut struktur2 ayat yg didengari dri rakaman
-    tumpuan oral shaja à sbutan

INDUKTIF  
- pendekatan mengajar yg melibatkan proses penakulan
- dimulakan dengn contoh à kesimpulan
Proses Pengajaran
1.        sblum mula, gru prlu faham idea keseluruhan yg libatkn proses pNp
2.        pelksanaan aktivti- mulakan plajaran dgn beri contoh – kukuhkan lagi dgn pnilaian xformal
3.        pnilaian aktiviti yg dibuat- libtkan proses keberkesanan murid
Strategi Pengajaran
-          penentuan struktur kognitif (guru prlu tentukan struktur isi yg hndk diajar   
-          penentuan kebolehan kognitif (kmahiran intelktual dan crdasan minda
-          melibtkan lngkh2 pngajaran yg dirancang
Proses
-          guru sdiakan cth2 yg sesuai
-          sediakan soalan utk bombing murid
-          xhuraikn isi pljaran
-          murid2 jga diglkn utk beri cntoh
Kelemahan
-          sukar dpt krjasama dri murid2
-          bazir masa – bnyk bljr contoh
-          bebankan guru – rph yg rapi
-          kurang brkesan à murid2 crdas dn pntar cpt bosan      

EKLEKTIK   
-          campuran atau gbungan
-          gabungan deduktif dan induktif
-          bertujuan utk mngjasilkan satu strategi pNp yg seimbang, berfaedah, berkesan ….
-          guru xperlu terikat mna2 pendekatan namun pngajaran luas dan mudah diubahsuai ikut kperluan murid
Prinsip Pendekatan
-          guru mula plajaran dgn beri contoh yg berkaitan dgn aspek bhsa
-          murid didorong utk bgi contoh
-          undg2 bhsa digunakan dlm konteks yg hmpir sma
contoh à generalisasi à contoh
generalisasi à contoh à generalisasi
Kebaikan
-          mudah diubahsuai, memudahkan guru2 mntadbir pnerangan mreka
-          sesuai digunakan kpda klas2 yg bnyk kebolehan
-          murid dpt belajar dan mengikuti pngjaran mreka dgn lbih berkesan
4 perkra pnting
-          tepat dan jelas mksudnya
-          gun imbuhan betul
-          struktus ayat yg betul      

DEDUKTIF  
-          pmbelajran scara holistic
-          menekankan kpda pembelajaran peraturan nahu sesuatu bhsa
-          Kesimpulan à Contoh
Prinsip
-          sesuatu mslh dn takrifan dikemukakan
-          murid perlu meniru dn hafaz ltihan yg diberi olh guru *bgi contoh2
-          generilasisi mstilah dismpaikan dgn jelas dan eksplisit
-          cth2 dipilih dan disedia msti sesuai
-          latihan dlm plbagai bntuk dan aneka
-          ksimpulan msti ada bukti
Ciri2 pndekatan
-          pntingkan pngetahuan btk kebiasaan
-          sifat ideolisme –> pngetahuan
-          dimlakan kserluhn ripda kpda yg kompleks   
-          guru lebih pntingkan pngajaran undang2 bhsa dripada pnggunaan bhsa
-          kefahamn lebih dutamakn
-          titiberatkan  kmhiran tulisan
Kelebihan
-          pendekatan tradisional yg sgt sesuai krana murid2 mudah memahami
-          pngajaran brmula dgn berikan generalisasi à contoh
-          kefhamn generalisasi hrus dinilai – mnta murid2 gunakan dlm situasi yg sma      

KOMUNIKATIF 
-          mengutamakan kecekapan berbahasa
-          berasaskan proses perolehan bhsa kanak2
-          proses perolehan bahasa meliputi proses kognitif dan interaksi
ciri-ciri pendekatan komunikatif
-          disusun ikut komunikasi
-          diajar ikut kprluan murid utk membolehkn murid berkomunikasi dgn baik
-          struktur bhsa msti sesuai
-          murid – ada pngetahuan ttg peraturan bhasa #bina struktur ayat yg betul
Prinsip Pendekatan
-          p&p dibuat dllm konteks wacana
-          pngajaran bhsa mngikut proses komunikatif sebenar
-          pelbagaikan aktivti komunikasi
-          murid harus faham tujuan aktivti       

will update

right..da lama da aku tak update blog nih..berbulan lamanya..tapi aku akan update blog nih punyer..cuma takde idea and ada sikit bercampur dengan kemalasan..anyway, tu je yang aku akan update pada pagi ini, iaitu aku akan update blog aku dengan sesuatu yang belum pasti..hihihihiii..tapi aku pasti akan update something dalam masa yang terdekat nih..mungkin lepas nih?entah..aku pon tak tau..

Monday, June 6, 2011

Because he reject her

Orang panggil aku, Honey, tapi nama sebenar aku jauh berbeza dengan nama panggilan aku itu. Nama aku ialah Zalina.. Aku sekarang berumur 20 tahun. Aku sedang belajar di Matrikulasi di tempat yang aku perlu rahsiakan atas sebab-sebab tertentu.

Pada suatu hari yang aman damai, aku terserempak dengan seorang awek. Nama dia Lia. Actually dia ni kawan aku laa.. Lia kelihatan sangat sibuk pada ketika ini dan amat moody. Aku tidak berani untuk menegurnya tetapi aku terpaksa kerana ada sesuatu yang aku perlukan darinya. Jadi, aku memberanikan diri untuk menegurnya.
" Lia, aku nak cakap skit ngan ko ni," Aku mulakan bicara.
" Hmm, pe?" Lia hanya menjawab sepatah.
" Ko ingat tak keje yang Prof Halim bagi kat kita minggu lepas? Aku ingat nak pinjam yang ko punya la, sebab nak buat reference skit.. Aku tak berapa faham la ngan penerangan yang Prof tu bagi,"
" Ohh, nak ti.."
" Bukan nak tiru, reference la, reference.."Aku memotong cakap Lia.
" Orait, aku boleh bagi tapi, ko kena buat sesuatu.." Lia memberi syarat.
" Apa?? Boleh je, tapi bukan benda pelik la.. Aku boleh buat tapi bergantung pada perkara tu la.."
" Ok, sebelum tu, aku nak cite skit kat ko pasal something yang baru je happen kat aku.. Err... Aku baru je kena reject laa..huwaaa...." Lia menceritakan kisah cintanya kat aku sambil menangis teresak-esak. Dia memberitahu ada seorang lelaki sangat handsome sehingga ramai wanita-wanita atau ramai girls tergila-gilakannya. Katanya, lelaki itu merupakan orang yang paling handsome di Matriks itu dan ramai orang yang minat kat lelaki itu. Tetapi, lelaki itu sangat kejam kerana dengan suka hatinya dia reject Lia di depan orang ramai sehinggakan Lia malu untuk berhadapan dengan rakan sekelasnya yang lain.


Saturday, May 21, 2011

24:7 and gula-gula? apakah???

Assalamualaikum sumer..
Sebenarnya saya da lama xmenaip ni, almaklumla exam week..urmm, disebabkan sekarang tengah malas lagi nak study, saya pon berblogwalking la ke blog2 lain dan amat terkejut membaca entry berkenaan 24:7 dan gula-gula..Apa itu 24:7 dan gula-gula?? Laa..ada yang tak tahu lagi ke? Ingatkan saya jer.. Ok la..disebabkan saya pon baru tahu pasal kumpulan ni tadi, baik saya cerita pasal mereka sikit.. Sebenarnya berita ni da lama dah, akhir bulan 4 kalau tak silap laa...
Kalau nak tahu, 24:7 dan gula-gula adalah kumpulan dari Malaysia, iaitu bakal penyanyi yang ambil konsep KPOP.. Well, I'm quite shock reading that they're a KPOP based group? When I read this, I fell like what da heck?? Siapa diorang nih? Macam haram je nama and bila da tengok gambar diorang nak termuntah rasa.Tangan aku masa menaip ni terketar-ketar sebab geram kerana mereka amat tidak munasabah.

Sunday, May 8, 2011

salam yang betul

Adab memberi salam Baginda Rasulullah SAW..

Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"


Thursday, May 5, 2011

letak video dari youtube ke dalam blog

haa..ni aku nak kongsi la skit cara-cara nak letak video dari youtube ke dalam blog kita nih..
ramai yang dah tahu tapi disebabkan aku baru je tahu, aku nak buat la post ni sebab aku takut aku tak ingat..
kalau aku tak ingat, aku boleh tengok kat sini..

Wednesday, April 27, 2011

What daa...


Sedang Z bersiap-siap untuk tidur, telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk. Z dengan pantasnya mencapai hensetnya dan dengan rakusnya membaca SMS yang berbunyi

Tuesday, April 26, 2011

keistimewaan Kuala Lipis

안녕하새요! 오늘,내가...음..Kuala Lipis..음..어..어
죄송합니다. I don't know write proper 한글 yet..
hari ni aku nak cite pasal Kuala Lipis.. Tempat aku belajar.. Kuala Lipis ni terkenal kerana tempat kelahiran penyanyi yang bernama Siti Norhaliza. Iyer, Siti Norhaliza tu laa..hurmm..sapa la tak kenal ngan Siti Norhaliza tu kan??alaa...aku yang tak dengar mana lagu-lagu Melayu pon tau, tak kan korang yang biasa dengar lagu Melayu tak kenal dia??

haa..tu la dia, Siti Norhaliza...=_=
ok2..aku bukan nak cite pasal Siti, tapi aku nak citer pasal Kuala Lipis..
betapa cantiknye Lipis nih..=_= ㅋㅋㅋ

Wednesday, April 20, 2011

durianlaa

haa...hari ni, rumet aku, *opss..bapak dia laa* bawak durian..
umi dia pon bawak la nasi untuk kitorang makan-makan..
erkk, xingat nak ambik gambar nasi tuh..=_=
anyway, kitorang sebenarnya sebelum tuh da pergi KFC..gile kenyang~
tapii setibanya di bilik...hullamaakkk...
ada nasi setong and ada durian..yay..
durian >_<
hahaa..oh ya..
durian ni dibuka oleh kawan kami..
iaitu ekin..ni bukan ekin mawi yer, tapi ekin harun..
ekin kami...=_=
ok laa..itu saja entry sayaaa...
bye yumm..>_<

Tuesday, April 19, 2011

ada apa dengan aranaz?

hurmm..aku tertanya-tanya..
ada apa dengan aranaz?
setahu aku, nama aku laa..aRa Naz..tapi, aku pelik sangat, bila aku search banyak la yang kuar..tu yang buat aku musykil tuh..*biasa la, aku taip ara naz kat google, nak tengok blog aku nih peymes ke x..tup2, kuar yang lainn..*=_=
jadi, aku pon tanya la pak cik google * dia da lama da kan?so, pakcik laa..*
then, keluar la menda nih...

Saturday, April 16, 2011

durian?

Aku nak try buat cerpen..hahaa..aku tau la aku ni xpandai sangat nak karang cerita, so sebab tu aku kata aku nak try buat cerpen..=_= jangan la nak patahkan semangat aku nih.. sebab semangat aku nih tengah berkobar-kobar..heheheee...
ok2, ni semua sebab aku tengah bosan, bosan duk sorang-sorang dalam bilik nih, xde orang nak ketuk pintu bilik aku tanya aku da makan ke, aku hidup lagi ke?
and and, sebijik mesej pon xmasuk ari nih..selalu ada la mesej dari pakwe ak, iaitu CELCOM masuk, tapi ari nih?? cuti kot celcom nih, xde mesej langsung..huhh..xpelaa, masa dapat mesej dari celcom bukan main la kata nak putus, tapi  celcom ni yang xmau putus (kononnye laa) tapi bila xdapat mesej, nak la pulak..
alaaa..aku sebenarnya nak dengar la bunyi mesej aku yang comel tuh ..( munchowasshong~) ala, tema mesej secret garden tuh..tapi adehh..ari ni langsung xmasuk mesej..


eh eh~masa aku tengah taip nih, ada mesej masuk~yay..dari abah aku laa...ahakss...
urmm...ok2 sambung yer..cerpen aku nak start dah nih..baca yerk... cerita ini dibuat sebab sekarang musim durian kot..sebab aku ada bau kat bilik senior buah durian..bez wehh..da la tahun lepas aku tak sempat makan durian sebab masa aku balik rumah, musim durian da habis laa.. >_<

Tuesday, April 12, 2011

lelaki: game vs awek

hahaa..ni aku terfikir nak buat entry nih...
aku teringat kawan aku ada bgtau aku ari tuh..da lama daa..
kalau lelaki nih, kalau diorang main game, mesti lupa nak mesej awek dia..
betul ke??hurmm...
opsss..aku xjumpa gamba lain daa...gambar Kiki jugak yang aku letak..huhuu

merapu-rapu

urmm..ni aku nak merapu jerk...da xtau nak buat apa..
seharian kebosanan..


header baru

urm..aku letak header baru laa..
aku conpius sebenarnye nak letak header apa...
then aku tertengok la gambar IPG aku nih..urmm..


comey x?*jgn kata hudus..*
hudus ke??huhuu..

vco catalyst

urm..apa nih vco catalyst?? =_=



urmm..aku pon tatau..hahahaa... *ish..dia nih, lepuk kang..*
wakakaa..aku nak wat lawak sikit xleh..huhuu..*ek elee..xlawak pom*

Giveaway zalin onceitalk.com

opss..tadi aku baru jek bace blog nih..upe-upenye rumet aku ada tag aku..
huhuu..xsedar la plak..almaklumla da lama xberblog nih..huhuu...
urmm...adiah dia topup..waaa...*clap3*

Wednesday, April 6, 2011

contest mencari follower bertuah

ahaa..ni ada lagi satu GA nih..nak tau, tengok je la gambar nih..kelik je gambar nih untuk maklumat lanjut yep..
tarikh tutup contest ni 1 Julai, lambat agi nih, so sesapa yang nak join tu bolehlaa...
adiah dia agak la lumayan..bez jugak lau menang nih..hehehee..
nak tag jugak..urmm..sapa ye??sorang laki and sorang pompuan..

Tuesday, April 5, 2011

1ST GA 2 TAHUN BUNGA KAT TAMAN TEMAN!!

Assalamualaikum..ari ni aku blogwalking,jumpa la satu blog nih..nama dia Bunga kat Taman Teman..

menarik nama blog dia, da la blog dia cantik..dengki laa...=_=
ok2, aku xnak cakap banyak, aku nak bagitau yang dia ada buat GA..hehee^^ I like..
well, adiah dia pon agak bez, iaitu TOPUP! waa..kalu aku menang bez nyerr...hehehee
nasib baik aku buka blog ari nih, sebab GA ni abis 10 aribulan..waa..nasib2..hehee..
ada can nak menang ke??huhuu

Thursday, March 31, 2011

PbS 1~smbungan

sambungan
ari 4
kat makmal komputer

murid darjah 1 tgk kampus astro

kelas BA


cikgu ambik gambar la, tengok2..senyum skit~


murid darjah 1 fav aku

skema je sbb ambk gmbr ramai2

bdk laki xleh nak ambk gmbr clear..dorg asyk gerak je


ni ijat, dia sgt baik n nakal~
zaharah n nabila~ mewarna~sapa lawa cikgu bg bintang..
urm, masuk semula kelas darjah 1..ni memang kelas favourite aku..
budak2 kelas ni memang bez laa...
aku memang suka kat budak dua orang ni..
cikgu,cikgu comey laa~
yeke?mekasih~
cikgu, duduk la sebelah saya..
ye2, jap agi ek...cikgu nak tengok budak lain warna dulu~
ari2 gini la aku ngan budak2 ni..hehee..

ari 5



orang putih mari sini~dia kata dia da 6 minggu kat sni
 aku sempat bercakap ngan orang putih ni..haha..speaking~~
urm, kitorang de ambik gmbar tapi gmbar tu ngan cikgu sekolah tu laa...huhuu
urm, we say cheese in english, what is in Malay?
aku gtau dia cheese is keju..
kecu?kesu?kegu?no, keju..K.E.J.U
okay, say KEJU~~

nabila n zaharah
 murid favourite aku..








cikgu, saya nak ambik gmbar cikgu..cikgu senyum~~
 disebabkan aku wat pbs ni sorg2, xde la kawan yang nak tolong ambik gmbar untuk aku..jadi, bebudak ni la yang tolong ambikkan..
cikgu,cikgu..saya nak ambik gambar cikgu..saya plop cikgu..cikgu senyum yer...


ngan budak2 laki darjah 1
ari last ni agak letih sebab ada sesi temu murni ngan ibu bapa..so, semua cikgu sibuk dan aku end up kena jaga kelas darjah 1..dari pukul 10 sampai 1..letih gile..da la xduk diam..
org kat depan tengah bertanding diorang kat belakang bising..
abis sume cikgu tengok kat aku..malu weyh..
ok2, tapi yang bez nye, budak2 ni dengar cakap aku..
pukul 12.30 kitorang masuk kelas, dorang sume da letih tapi masih ada mood bergurau..
aku da penat nak layan dorang n sedih jugak nak berpisah ngan dorang..
cikgu2, minggu depan cikgu masuk tak?
tak, ari ni ari akhir cikgu, minggu depan cikgu dop mari doh..
ari ahad ni cikgu mari dok?
dop, cikgu balik dah tmpat cikgu belajar..
cikgu masuk la minggu depan ye..
penat aku nak terangkan kat dorang yang ari tu ari last aku..tapi apakan daya, dorang masih kecik..

oklaa..tu je la cite aku masa pbs..ni pon pnjang sangat dah ni..
BYE YUM~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...