Thursday, October 10, 2013

Blinq Beauty Drink!!

Assalamualaikum...
wah...dah lama dah tak update!!!
last update Februari lepas...dh hampir 9 bulan tak update..huwahahaha..
 
apapun ari ni nak cerita sikit pasal Blinq Beauty Drink yang semakin popular dan hangat di pasaran..
saya ada menjual minuman kesihatan Blinq Beauty Drink (BBD)..rugi tak cuba tau..even Diana Amir pon minum blinq nih..FYI, blinq ialah 100% buatan bumiputera dan HALAL!! blinq mengandungi habbatus sauda yang merupakan salah satu makanan sunnah..
so, apa tunggu lagi?? jom berblinq bersama-sama..

You want to look younger??? want to look gorgeous??
want to loose your weight and at the same time want to stay healthy???
try BLiNQ Beauty Drink (BBD)..
BBD helps promote beautiful, healthy, youthful looking skin, helps you to get your ideal weight and can help prevent cancer!!!

so get your BBD now for only RM150/box of 30 sachets..

murah dan berbaloi-baloi...

jom like page https://www.facebook.com/blinqblinqhealth

Sunday, February 24, 2013

ISL WAJ3101 (TITAS) M1

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA.


Definisi Tamadun
Pandangan/ dari sudut
Huraian
Bahasa Arab
·         Tamadun berasal dari bahasa Arab iaitu tamaddun dan telah diterima pakai dalam perbendaharaan Melayu.
·         Terminologi yang disamakan dengan tamadun ialah Hadharah, Umran, dan Madaniyyah.
·         Istilah-istilah ini secara literalnya bererti maju atau mencapai kemajuan. Makna kemajuan ini akan dipakai sebagai suatu makna tamadun yang sama dan mudah difahami.
Bahasa Melayu
·         Penggunaan istilah tamadun dikenali sebagai fenomena peminjaman mengikut teori antara bahasa.
Bahasa Inggeris
·         Civilization atau civilisation
·         Berasal dari istilah Latin iaitu civitas yang bermaksud Bandar atau kota.
·         Civilization berasal dari bahasa Perancis bererti city (bandar).
Dari sudut etimologi
·         Berasal dari perkataan maddana dalam bahasa Arab.
·         Madanna merupakan kata kerja yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti.
·         Dari madanna wujud madani. Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji.
·         Perkataan maddana dan madani sendiri sebenarnya berasal daripada perkataan al-deen iaitu agama yang menggambarkan kehidupan beragama (Chanda Muzaffar, Che Wan Jasimah Wan Mohd. Radzi, Hashim Hj. Musa, Mohd. Zuhdi Marsuki, 2002:3).
Ibrahim Anis et al. (1960)
·         Kata terbitan daripada kata kerja madanna iaitu pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran.
Ibrahim Mustafa et al. (1989) dalam Al-Mu’jam al-Wasit
·         Erti yang sedikit berbeza iaitu hidup dalam suasana kehiduoan orang bandar  dan menikmati kehidupan yang maju.




Tamadun Menurut Sarjana Barat
Tokoh
Makna Tamadun
Arnold Toynbee
Suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai 4 elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, system politik, pengetahuan dan seni.
J.K. Fiebleman
Kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat.
E.B. Taylor
Rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.
Oswarld Spengler
Tamadun Barat lebih mementingkan kebendaan, kerana kebendaan itu membawa kepada kemajuan.
Will Durant
Peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran kebudayaan dan ia merangkumi 4 elemen iaitu sumber ekonomi, system politik, tradisi moral dan kesenian.

Tamadun Menurut Sarjana Islam
Tokoh
Makna Tamadun
Ibn Khaldun
Kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industry yang boleh meningkatkan kualitinya termasuk keperluan kepada bahan-bahan makanan, pakaian, peralatan rumah tangga dan sebagainya.
Muhammad Rasyid Redha
Agama adala asas tamadun. Hal ini kerana peningakatan unsur maknawi (spiritual) akan mendorong kebangkitan fizikal. Rasionalnya semua tamadun di dunia ini ditegakkan
berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya.
Sayyid Qutb
Segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan politik, ekonomi, dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah bercirikan nilai-nilai moral Islam.
Said Hawa
Terbahagi kepada 2 kategori, Islam dan Jahiliah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan itu. Tamadun Jahiliah pula ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral.
Umar Audah Al-Khatib
Himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, kesenian dan seluruh kehidupan.
Muhammad Al-Bahiy
Keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan lain-lain.

Tamadun Menurut Sarjana Melayu
Tokoh
Makna Tamadun
Abu Bakar Hamzah
Sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan-perkembangan yang lahir daripadanya, sama ada sesuatu yang merupakan niskala (abstrak) mahupun yang berupa sekala (material).
Wan Hashim Wan Teh
Pencapaian tinggi pemikiran ahli masyarakatnya dalam aspek budaya dan kesusasteraan, agama dan moral, pelbagai aspek kesenian, tatasusila, budi pekerti serta organisasi politik atau kemampuan mewujud dan menguruskan sesebuah kerajaan yang demokratik. Termasuk dalam konsepsi tamadun ialah kemajuan dalam pengurusan ekonomi dan perdagangan serta peningkatan dalam teknologi yang berkemampuan meningkatkan keselesaan hidup manusia.

Ciri-ciri Utama Tamadun
1.    Petempatan kekal
  • Ciri utama kemunculan tamadun
  • kehidupan manusia yang sistematik bagi memastikan bekalan makanan berterusan
  • Kemajuan dalam bidang pertanian terutama dari segi penanaman, penyimpanan makanan dan penternakan binatang.
  • Mencipta peralatan baru seperti cangkul dan teknologi pengairan bagi meningkatkan hasil pengeluaran makanan bagi menampung pertambahan penduduk.
2.     Stratifikasi dan organisasi sosial
  • Peningkatan penduduk menyebabkan wujud kehidupan berorganisasi yang mencakupi aspek sosial, ekonomi dan politik.
  • Bermula daripada sistem keluarga kemudian menjadi sebuah masyarakat yang kompleks.
  • Kebiasaannya sistem sosial berbentuk piramid dan bersusun lapis.
                         
3.    Sistem pemerintahan dan politik yang teratur
·         Dibentuk untuk menjalankan pentadbiran akibat pertumbuhan masyarakat yang besar.
·         Pemimpin atau raja menggunakan unsur magis atau mendakwa mereka sebagai wakil Tuhan demi mendapat pengikhtirafan sebagai pemerintah.
·         Sistem perundangan dicipta.

4.    Perkembangan Sains dan Teknologi
·         Kesan daripada peningkatan produktiviti manusia.
·         Barangan atau produk dihasilkan oleh kumpulan tertentu melalui kepakaran kumpulan tersebut.
·         Membawa kepada pertukaran barang (Sistem Barter) yang menjadi asas kepada aktiviti perdagangan.
·         Berlaku hubungan dengan tamadun luar dan menyebabkan penyebaran ilmu pengetahuan, teknologi dan budaya berlaku antara masyarakat.
·         Kemajuan-kemajuan ini dapat dilihat dalam tamadun awal seperti Mesir dan Mesopotamia.
·         Penemuan bajak dan roda menambahkan lagi daya produktiviti manusia
·         Contoh: penemuan bajak menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga haiwan bagi membantu meringankan pekerjaan mereka.
·         Haiwan seperti kuda dan kerbau di latih untuk mengangkut barang atau membajak sawah.

5.      Agama dan Kepercayaan
·         Mengamalkan kepercayaan animisme iaitu percaya bahawa terdapat kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling.
·         Unsur-unsur alam seperti pokok, batu, matahari dan laut dipercayai mempunyai semangat dan harus dihormati demi menjaga keamanan dan kemakmuran hidup.
·         Secara evolusi kepercayaan bertukar menjadi agama.
·         Tamadun awal mengamalkan politeisme iaitu kepercayaan menyembah banyak tuhan.

6.    Bahasa dan Sistem Tulisan
·         Akibat daripada perkembangan ilmu pengetahuan.
·         Antara Bahasa yang tertua ialah  bahasa Yunani dan Sanskrit.
·         Contoh tulisan awal ialah:

Contoh Tulisan
Keterangan
Heiroglif
Tulisan orang Mesir Purba yang dipahat dengan cantik , halus dan penuh kesenian pada makam dan batu.
Cuneiform
Tulisan bergambar yang dipermudahkan dengan bentuk simbol yang ditulis pada kepingan tanah liat oleh masyarakat mesopotamia.  Sistem tulisan ini berbentuk pepaku yang dihasilkan oleh orang Sumeria.
Piktograf
Tulisan masyarakat Indus yang masih belum dapat ditafsirkan lagi.
Histogram
Tulisan yang berbentuk simbol/ tulisan orang China yang banyak mengandungi simbol seperti kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai.

7. Urbanisasi – Proses pembentukan pembandaran atau dikenali sebagai bandar.
8. Revolusi Pertanian
·         Zaman neolitik juga dianggap perintis perkembangan tamadun manusia berikutan kegiatan ekonomi mereka.
·          Antara ciri tamadun dalam aspek ini ialah berlakunya revolusi pertanian. Revolusi ini bermula pada zaman neolitik.
·         Manusia telah pandai mengusahakan kegiatan pertanian untuk mendapatkan bekalan makanan.
·         Mereka tidak lagi bergantung kepada sumber hutan, sebaliknya mula bercucuk tanam dan menternak haiwan.
·         Ekonomi pertanian secara besar-besaran yang menghasilkan lebihan makanan dan menggalakkan aktiviti perdagangan.
·         Kesuburan tanah dan penghasilan makanan yang mencukupi untuk menampung penduduk telah mencetuskan revulusi urban atau perbandaran.
·         Berlakunya Revolusi Pertanian akhirnya membawa kepada kemunculan bandar-bandar Memphis dan Dhilkah dan Thebes.

Faktor Kelahiran dan Kejayaan Tamadun
      i.        Politik yang kukuh
    ii.        Kedudukan yang strategik
   iii.        Rangsangan keagamaan
   iv.        Penghayatan tinggi terhadap moral dan nilai terpuji
    v.        Pengalaman kesengsaraan hidup
   vi.        Toleransi dengan tamadun lain.

Faktor Kemerosotan dan Keruntuhan Tamadun

      i.        Ketidakadilan dan perbezaan jurang
    ii.        Penindasan dan kezaliman
   iii.        Keruntuhan moral dan nilai masyarakat
   iv.        Sikap tertutup dari menerima perubahan
    v.        Malapetaka dan bencana alam.


Rumusan

Jelas kita lihat, dari segi definisi, tamadun Barat lebih mengutamakan aspek kebendaan atau material sebagai penanda aras atau kayu ukur bagi sesebuah masyarakat bertamadun.  Manakala, tamadun Islam mengimbangi di antara pembangunan material dan spiritual. Begitu juga dengan Tamadun Melayu yang meletakkan aspek keagamaan dan moral penting selain pembangunan lahiriah kerana menerima pengaruh besar dari Tamadun Islam. Ciri-ciri tamadun amat berkait rapat dengan definisi dan takrifan dari setiap tamadun sama ada Barat, Islam atau Melayu. Di samping itu, kesinambungan dan kelangsungan kewujudan sesebuah tamadun diberi penelitian berdasarkan faktor-faktor penyumbang kepada kelahiran, kejayaan dan keruntuhan tamadun itu sendiri.

Bagaimanapun, Islam meletakkan agama sebagai nadi utama di dalam pembinaan tamadun. Seperti dalam firman Allah dalam Surah Al-Hujurat ayat 13 yang maknanya:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).”


Rujukan:

Al-Quran al-Karim.

Sazelin Arif et al.. (2007). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Shah Alam, Selangor:
Mc Graw Hill Education.

Bab 1-Konsep Tamadun Islam. Diambil daripada

Ciri-ciri Tamadun. Diambil daripada http://cikgucyril.webs.com/13ciriciritamadun.htm  pada
            14 Januari 2011.

Pengajian Tamadun Islam 2. Diambil daripada

Sejarah STPM Kertas 1: Tamadun Dunia. Diambil daripada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...