Sunday, March 4, 2012

golongan kata kerja


3.6 Golongan Kata Kerja

Kata kerja ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.


3.6.1 Jenis Kata Kerja

Terdapat dua jenis kata kerja:
a)   Kata kerja transitif
b)   Kata kerja tak transitif

Setiap kata kerja dapat disertai oleh kata bantu (sudah, telah, belum) atau diperluas dengan perkataan dengan (berjalan dengan cepat, menendang dengan kuat).


3.6.2 Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang diikuti objek. Kata kerja transitif tidak boleh berdiri sendiri tanpa objek. Kata kerja transitif seperti menendang bola, menelefon kawan, memukul anjing, dan memakan nasi. Penggunaan kata kerja transitif dapat diperlihat seperti dalam contoh ayat:

Subjek
Kata Kerja Transitif
Objek
1. Ammar
2. Ibu
3. Penjaja
4. Bapa
membaca
menanak
menjual
membasuh
buku setiap pagi
nasi
ikan
kereta semalam

Oleh sebab itu, setiap ayat yang mempunyai kata kerja transitif perlu mempunyai objek untuk menerangkan dengan lengkap tentang perbuatan yang dilakukan.


3.6.3 Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya dan dapat berdiri sendiri dalam ayat dengan tidak memerlukan objek. Kata kerja tak transitif seperti menangis, berenang, berdering, dan mendarat. Kesemua contoh kata kerja tersebut tidak perlu diikuti objek kerana maknnya sudah sempurna. Contoh:
1.   Jam loceng itu berdering (pagi tadi).
2.   Gadis itu menangis (kerana bapanya meninggal dunia).
3.   Air sungai itu mengalir (deras).
4.   Pesawat itu mendarat (di landasan).


3.6.4 Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kaerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut sesudahnya, dan boleh berdiri sendiri sebagai frasa predikat seperti contoh berikut:

Kata kerja tak transitif tak berpelengkap
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.Contohnya:

1. Semua orang sudah datang.
2. Dia suka menyanyi.
3. Emak sedang berdoa.

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap yang diikuti unsur keterangan. Contohnya:

1. Semua orang sudah datang ke majlis itu.
2. Budak itu menyanyi pada malam hari.
3. Dia suka bergurau dengan adik kecilnya.
4. Emak sedang berdoa dengan khusyuknya.

Kata kerja tak transitif berpelengkap pula mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Pelengkap hadir selepas kata kerjat tak transitif, seperti dalam contoh-contoh berikut:



3.6.5 Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif
a)   Kata nama sebagai pelengkap. Contohnya:
1.   Dia menjadi guru bahasa Melayu.
2.   Saya ada wang.
3.   Rumahnya bertiangkan batang menanti.

a)   Kata adjektif sebagai pelengkap. Contohnya:
1.   Buah-buahan itu menjadi busuk.
2.   Kesihatan Ahmad bertambah baik.
3.   Peserta itu tidur lena.

a)   Frasa sendi nama sebagai pelengkap. Contohnya:
1.   Adik berjalan-jalan di tepi pantai.
2.   Burung itu hinggap di dahan pokok.
3.   Pelajar itu melawat ke Putrajaya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...