3.7 Golongan Kata Adjektif
Kata
adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah perkataan yang menjadi unsur
inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu
atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur lain seperti
kata bantu atau kata penguat. Ayat yang mempunyai kata adjektif adalah seperti
contoh yang berikut:
Ahmad sangat pandai bermain muzik.
Pemuda itu baik sungguh.
Buah cempedak itu
enak sekali.
3.7.1 Jenis-jenis Kata Adjektif
Kata
adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara, tetapi berdasar kriteria
makna, kata adjektif dapat dibahagikan sekurang-kurangnya sembilan (9)
kriteria, seperti berikut:
1. Kata
adjektif sifat / keadaan
Kata
adjektif sifat / keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat
atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama, seperti contoh berikut:
Contoh
perkataan: kuat pintar nakal
keras lemah sihat
bijak cergas jahat
Contoh ayat: 1.
Budak nakal selalu kena marah.
2. Dia lemah dalam matematik.
3. Kubu
pertahanan pemberontak itu amat kuat.
4. Anak
Pak Kamar bijak sekali.
5. Peserta
itu berdiri dengan cergas.
Kata
adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang
memberi pengertian warna, seperti contoh berikut:
Contoh perkataan: jingga perang hitam
putih biru kelabu
Contoh ayat: 1. Adik suka pakai
baju hijau.
2. Pakaian
pelajar sekolah berwarna putih.
3. Baju
kesukaan saya berwarna kuning.
4. Kereta
merah itu kepunyaan abang.
5. Dia
memiliki mata berwarna biru.
3. Kata
adjektif ukuran
Kata
adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang
memberi pengertian ukuran, seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan: tebal gemuk panjang
nipis kurus pendek
tinggi rendah kecil
Contoh ayat: 1. Buku
tebal itu sudah saya baca.
2. Anaknya masih kecil lagi.
3. Badannya semakin kurus.
4. Kertas nipis
itu tidak boleh digunakan lagi.
5. Pokok itu semakin hari semakin tinggi.
4. Kata
adjektif bentuk
Kata
adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang
memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut:
Contoh perkataan: lurus bulat bujur
bengkok leper bundar
lonjong buncit tajam
Contoh ayat: 1. Jalan
lurus mudah dilalui.
2. Bentuk
buah kelapa itu lonjong.
3. Mukanya
bujur sirih.
4. Pinggan
leper itu untuk pinggan makan.
5. Matanya
tajam memandang ke hadapan.
5. Kata
adjektif waktu
Kata
adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang
memberi pengertian konsep masa, seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan: kerap awal sering
jarang lewat silam
baharu dahulu lampau
Contoh ayat: 1. Kedatangannya lewat hari ini.
2. Dia berada di kampus sehari suntuk.
3. Kenangan silam
sukar dilupakan.
4. Nenek masih menyimpan barang-barang lama.
5. Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal.
6. Kata
adjektif jarak
Kata
adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang
memberi makna konsep ruang seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan: nyaris dekat
hampir jauh
Contoh ayat: 1. Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos.
2. Universiti itu dekat dengan lebuhraya.
3. Dia berdiri hampir dengan kereta saya.
7. Kata
adjektif cara
Kata
adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang
memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam, seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan: pantas deras ligat
lambat gopoh perlahan
laju cermat cepat
Contoh ayat: 1. Kereta itu dipandu
dengan laju.
2. Siapa cepat
dia dapat.
3. Gasing itu berpusing ligat.
4. Arus sungai itu sangat deras.
5. Dia cermat
apabila berbelanja.
8. Kata
adjektif perasaan
Kata
adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur keterangan
kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep perasaan, seperti contoh
yang berikut:
Contoh perkataan: kasih takut malu
sayang hendak geram
cinta rindu marah
Contoh ayat: 1. Dia masih marah kepada saya.
2. Nenek itu terlalu kasih akan cucunya.
3. Mereka amat rindu akan kampung halaman.
4. Kanak-kanak itu takut akan kucing.
5. Pemuda itu masih malu untuk bersuara.
9. Kata
adjektif pancaindera
Kata
adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau, dan rasa seperti contoh yang
berikut:
§
Indera sentuh
Contoh
perkataan: lembik kasar licin
halus kesat keras
Contoh ayat: 1. Lantai itu licin kerana baru dicuci.
2. Kulit
mukanya sangat halus.
3. Kain
yang kesat itu ialah kain lap.
4. Buku
itu berkulit keras.
5. Dawai
kasar itu untuk dibuat ampaian.
§
Indera dengar
Contoh perkataan: nyaring lembut mersik
merdu garau serak
Contoh ayat: 1. Suaranya merdu bagai buluh perindu.
2. Teriakannya
nyaring sungguh.
3. Kebanyakan
lelaki bersuara garau.
4. Saya
suka mendengar suaranya yang lembut.
5. Alunan
musik itu mersik.
§
Indera pandang
Contoh perkataan: comel hodoh molek
cantik buruk segak
Contoh ayat: 1. Pemuda segak
itu guru saya.
2. Kakaknya
suka berpakaian cantik.
3. Rumah
buruk itu tidak berpenghuni.
4. Dia
ingin mengahwini pemuda tampan.
5. Pakaian
pengantin itu molek sungguh.
§
Indera bau
Contoh perkataan: wangi hanyir harum
busuk hancing tengik
Contoh ayat: 1. Bunga ros itu harum baunya.
2. Bangkai
ikan itu menyebabkan bau hanyir.
3. Nasi
tengik itu tidak boleh dimakan.
4. Setiap
hari dia memakai minyak wangi.
5. Bau
busuk itu datangnya dari lori sampah.
§
Indera rasa
Contoh perkataan: manis kelat masam
masin payau lazat
Contoh ayat: 1. Setiap hari kita minum air tawar.
2. Semua
orang suka makanan lazat.
3. Buah
limau masam rasanya.
4. Saya
tidak suka minum ubat pahit.
5. Kuih
tradisional itu terlalu manis.
0 comments:
Post a Comment