Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda.
Kata Tunggal
Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata
yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar yakni tidak menerima apa-apa
bentuk imbuhan atau kata dasar lain. Kebanyakan kata tunggal dalam Bahasa
Melayu mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan bentuk terbitan.
Kata tunggal boleh terdiri daripada
satu suku kata dan dua atau lebih suku kata. Contoh:
satu suku kata – am, dan, roh, skru
dua suku kata – itu, ubi, aku
Berasaskan perlaksanaan tatabahasa,
kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga jenis:
a) Kata tunggal yang merupakan unit bebas
dan dapat berdiri sendiri sebagai satu perkataan yang bermakna. Contoh : orang,
gitar, pen, botol
b) Kata tugas, iaitu unit yang yang tidak
dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas
untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh : dari, dan, pada, demi, untuk
c) Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan
melalui proses penggabungan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan
yang utuh. Bentuk-bentuk singkatan ini terdiri daripada suku kata atau
huruf-huruf tertentu. Contoh :
berdikari – berdiri di atas kaki
sendiri
komuter – keretapi berkomputer
kugiran – kumpulan gitar rancak
pawagam – panggung wayang gambar
Kata Terbitan
Kata terbitan ialah bentuk kata yang
mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan. Kata terbitan ini
terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu proses yang menggandingkan imbuhan
pada kata dasar dan menghasilkan empat bentuk kata terbitan :
a) Kata Terbitan Berawalan
b) Kata Terbitan Berakhiran
c) Kata Terbitan Berapitan
d) Kata Terbitan Bersisipan
Imbuhan ialah unit-unit bahasa yang
ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya.
Imbuhan dapat dibahagikan pada empat jenis :
a) imbuhan awalan
-
unsur imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata
dasar.
Contoh
: imbuhan ‘ber’ dalam ‘bersukan’ à ber+sukan
b) imbuhan akhiran
-
unsur imbuhan yang hadir selepas kata dasar
Contoh : imbuhan ‘-an’ dalam ‘makanan’ à makan+an
imbuhan ‘-kan’ dalam ‘kembalikan’
à kembali+kan
c) imbuhan apitan
-
imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar iaitu dua
bahagian imbuhan yang hadir serentak pada awal dan akhir perkataan
Contoh
: imbuhan ‘men…..kan’ dalam ‘mendebarkan’ à men+debar+kan
imbuhan ‘pe….an’ dalam ‘pendidikan’à pen+didik+an
d) imbuhan sisipan
-
unsur imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Bentuk ini
tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, iaitu kata terbitan baru
tidak lagi dibentuk dengan imbuhan sisipan
Contoh : imbuhan ‘…er…’ dalam
‘keruping’
imbuhan ‘…el…’ dalam ‘telunjuk’
Kata Terbitan Berawalan
Kata terbitan berawalan dapat wujud dalam
kata nama terbitan, kata kerja terbitan,dan kata adjektif terbitan. Contoh :
a) Kata Nama : pelari, perakus ( imbuhan
‘pe’)
pembawa, pembuat (‘pem’)
suprakelas, supranasional (‘supra’)
b) Kata Kerja : melawan, mengikat, merasa
(‘me’)
berjalan, berganti, berserta (‘ber’)
c) Kata Adjektif : terbesar, tercantik
(‘ter’)
secerah, setebal, senipis (‘se’)
Kata Terbitan Berakhiran
Kata terbitan berakhiran dapat wujud
dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja. Contoh :
a)
Kata Nama : pakaian, jahitan,
mainan (‘-an’)
sasterawan, angkasawan (‘-wan’)
budiman, seniman (‘-man’)
peragawati, seniwati (‘-wati’)
nasionalisme, patriotisme (‘-isme’)
b)
Kata Kerja : gunakan, besarkan,
buatkan (‘-kan’)
duduki, turuti, berkati (‘-i’)
Kata Terbitan Berapitan
Kata terbitan berapitan dapat wujud dalam
kata nama terbitan, kata kerja terbitan,dan kata adjektif terbitan. Contoh :
a)
Kata Nama : pelaksanaan,
perasaan (‘pe…an’)
kelainan, kedukaan (‘ke…an’)
b)
Kata Kerja : memainkan,
melukakan (‘me…kan’)
beralaskan, berlaukan (‘ber…kan’)
diyakini, disirami (‘di…i’)
dipergunakan (‘diper…kan’)
memperdagangkan (‘memper…kan’)
keselesaan (‘ke…an’)
c)
Kata Adjektif : kemelayuan
(‘ke…an’)
Kata Terbitan Bersispan
Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam
pembentukan kata terbitan, yakni kata terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan
sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu
dan tidak dapat hadir dalam perkataan –perkataan lain kecuali dalam beberapa
istilah yang baru dicipta. Kata terbitan bersisipan dapat wujud dalam kata nama
terbitan dan kata adjektif terbitan. Contoh :
a)
Kata Nama : kelingking,
telunjuk (‘..el..’)
keruping, seruling (‘..er..’)
b)
Kata Adjektif : kelebak,
selerak (‘..el..’)
gemilang, semerbak (‘..em..’)
Kata Majmuk
Kata majmuk didefinisikan sebagai bentuk
kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu
kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai
satu unit dan dieja terpisah, melainkan kata majmuk yang telah mantap.
Kata majmuk terbahagai kepada tiga :
a)
Kata Nama Majmuk. Contoh :
setiausaha, warganegara, tandatangan, uji kaji, kebolehubahan
b)
Kata Kerja Majmuk. Contoh :
menandatangani, bertanggungjawab, memberitahu
c)
Kata Sifat Majmuk. Contoh : sukacita,
dukacita
d)
Kata Tugas Majmuk. Contoh :
apabila, apakala, apahal, apalagi, bagaimana
Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat
dipisahkan kepada tiga kelompok:
a)
Kata majmuk yang terdiri
daripada rangkaian kata bebas.
Contohnya gambar rajah, biru laut, terima kasih, kuning
langsat. Dalam kategori ini termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran
seperti perdana menteri, raja muda, menteri besar, profesor madya.
b)
Kata majmuk berbentuk istilah
khusus.
Contohnya
model linear, garis pusat, mata pelajaran, kertas kerja, kanta tangan.
c)
Kata majmuk yang mendokong
maksud kiasan iaitu simpulan bahasa.
Contohnya kaki
ayam, buah hati, duit kopi, makan angin, pilih kasih.
Kata majmuk dapat dibentuk melalui
pelbagai cara:
a)
dua perkataan digabungkan dan
ditulis sebagai satu perkataan. Contoh :
duka + cita =
dukacita
jawatan +
kuasa = jawatankuasa
b)
perkataan dan fakta digabungkan
dan ditulis sebagai satu perkataan. Contohnya walaupun dan adalah.
c)
dua perkataan digabungkan
tetapi tidak dieja sebagai satu perkataan, sebaliknya kekal sebagai dua
perkataan. Contohnya uji bakat, ulang tayang, temu janji, hak milik.
d)
dua perkataan bebas dijadikan
satu perkataan dengan menggunakan imbuhan apitan dan ejaannya mestilah
bercantum. Contoh :
pindah milik à dipindahmilikkan
tukar ganti à ditukargantikan
e)
kata majmuk yang menerima
imbuhan awalan atau akhiran sahaja tidak dicantum. Contoh :
campur aduk à bercampur aduk
temu bual à ditemu bual
Terdapat sebilangan kecil kata majmuk
yahg penggunaanya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh.
Walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar, perkataan
yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan. Contohnya antarabangsa,
beritahu, bumiputera, jawatankuasa, setiausaha.
Penggandaan kata majmuk melibatkan
penggandaan unsur pertama kata sahaja, contohnya alat-alat tulis, balai-balai
raya. Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap melibatkan seluruh
unsur. Contohnya setiausaha-setiausaha, pesuruhjaya-pesuruhjaya.
Kata Ganda
Menurut Nik Safiah Karim, kata ganda
ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata
dasar, sama ada kata ganda tersebut diulangi secara keseluruhan atau pada
bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
Arbak Othman memberikan definisi
penggandaan sebagai proses bagaimana suatu kata dasar atau sebahagian
daripadanya diulang.
Bahagian yang diulang ini dipanggil
gandaan yang boleh mendahului atau mengikuti dasarnya.
Terdapat tiga jenis kata ganda :
a)
Penggandaan penuh
-
proses yang menggandakan
keseluruhan kata ganda. Gandaan penuh boleh dibuat pada kata akar dan kata
terbitan. Kata nama, kata kerja dan kata sifat jua boleh digandakan. Contohnya
pulau-pulau, cantik-cantik, anak-anak dan lari-lari. Kata nama yang mengandungi
imbuhan juga boleh digandakan sepenuhnya, iaitu pemimpin-pemimpin,
pelatih-pelatih.
b)
Penggandaan separa
-
proses yang menggandakan
sebahagian kata dasar. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata
terbitan. Penggandan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata
dasar. Contohnya kekura, pepohon, berlari-lari, kecil-kecilan.
c)
Penggandaan berentak
-
proses yang menggandakan kata
dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan
berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau
diubah.
-
Penggandaan berentak boleh
dibahagikan kepada tiga jenis :
i)
Penggandaan berentak
pengulangan vokal - penggandaan yang
mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu, iaitu terdapat
ciri-ciri keharmonian vokal. Contohnya sayur-mayur, selok-belok, hina-dina
ii)
Penggandaan berentak
pengulangan konsonan - iaitu penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan
pada bunyi-bunyi konsonan tertentu. Contohnya gunung-ganang, batu-batan,
mandi-manda.
iii)
Penggandaan berentak bebas -
iaitu penggandaan yang tidak mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal
atau konsonan. Contohnya susur-galur, sahabat-handai, tinggi-lampai.
Terdapat sekurang-kurangnya lima makna
dalam penggandaan kata.
a)
gandaan sebagai penanda jamak,
iaitu jumlah yang banyak. Contohnya meja-meja, bukit-bukau
b)
gandaan sebagai penanda nama
haiwan. Contohnya biri-biri, rama-rama dan kupu-kupu
c)
gandaan sebagai penanda makna
serupa. Contohnya langit-langit, gula-gula
d)
gandaan sebagai penanda pelbagai
jenis. Contohnya sayur-mayur, kuih-muih.
e)
Gandaan sebagai penanda tidak
tentu. Contohnya apa-apa, siapa-siapa.
thanks,,,
ReplyDeletethanks,
ReplyDelete