Friday, June 22, 2012

Salam

Assalamualaikum sumer~ Apa khabar? Nampaknya blog aku nih dah bersarang kot.. Lama tak update.. Anyway, blog aku ni aku makin banyak post pasal nota pulak kan? Aku tak tau nak post apa, so, aku post pasal nota untuk memudahkan orang mencari nota yang berkaitan. Kebanyakan nota ni, nota yang aku guna sebelum ni.. So, aku nak post balik nota ni supaya ada manfaat kat orang lain pulak.. Lau ada orang yang baca nota yang aku post ni, Alhamdulillah.. At least dapat pahala gak kan.... Ok la... Aku malas nak taip panjang-panjang.. Lain kali kalau aku ada masa, aku akan post pasal benda lain yang menarik perhatian aku.. Bai-bai...

Tajuk 1: Pengurusan bilik darjah Sekolah rendah


Kompetensi pengajaran dan pembelajaran


Kompetensi P&P yang harus dipupuk oleh guru efektif ialah seperti berikut:
1. Kandungan mata pelajaran:
-Meliputi lebih daripada fakta, istilah dan konsep umum.
Contoh: Guru yang efektif akan berusaha memperoleh ilmu dan kemahiran cara mengurus idea serta membuat perkaitan antara idea, kemahiran berfikir dan berhujah, pola perubahan yang terkandung dalam satu-satu disiplin, dan kebolehan memindahkan idea antara satu disiplin ke disiplin yang lain.
2. Strategi pengajaran
-Seiring dengan penggunaan pendekatan konstruktivis dalam proses P&P
Contoh: Guru yang efektif akan member penekanan kepada kolaborasi antara murid dalam usaha mereka menuntut ilmu, dan memahami diri sendiri.
3. Kemahiran penentuan matlamat dan perancangan pengajaran.
Contoh: Guru yang efektif akan memperuntukkan masa dan usaha yang mencukupi dalam memastikan pelaksanaan pengajaran adalah selaras dengan perancangan dan matlamat tercapai.
Dalam masa yang sama, beliau akan membuat refleksi bagi mendapat maklum balas dan menambahbaik pengajaran agar menjadi lebih baik,menarik pada masa seterusnya.

Kemahiran mengurus bilik darjah
Merupakan salah satu aspek bagi seorang guru yang efektif.
Kebolehannya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan membentuk peraturan bersama murid-murid, memantau aktiviti bilik darjah, dan menangani masalah tingkah laku murid.

Kemahiran motivasi
Seorang guru yang efektif semestinya mempunyai strategi-strategi tertentu untuk memupuk motivasi kendiri murid-muridnya melalui peluang pendidikan yang diberikan dan pengalaman pendidikan yang disediakan selaras dengan minat dan matlamat dan kebolehan mereka.

Kemahiran komunikasi
Meliputi komunikasi lisan dan bukan lisan.
Contoh: Guru efektif yang mengamalkan prinsip bercakap bersama dan bukannya kepada murid-murid, ibu bapa, pentadbir, dan sebagainya. Seterusnya guru efektif juga mengekalkan kritikan pada tahap minimum, mempunyai gaya komunikasi bersifat asertif berbanding agresif, manipulatif atau pasif, dan yang terakhir berusaha meningkatkan kemahiran komunikasi mjurid-murid melalui latihan, praktis dan sebagainya.

Kemahiran teknologi
Guru efektif seharusnya menguasai kemahiran teknologi selaras dengan perkembangan sains dan teknologi semasa dan seterusnya mengintegrasikan teknologi tersebut dalam proses P&P di dalam kelas serta mempelbagaikan bahan multi-media sebagai alat sokongan.

Wednesday, May 9, 2012

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010



PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010

PendahuluanModal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara mencapai Wawasan 2020 yang telah digagaskan. Merekalah yang akan meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara dalam mendepani cabaran dan tekanan besar persaingan abad ke 21. Agenda membina dan memupuk modal insan yang menjadi benih generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara.
Ringkasan Teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010
· Membina negara bangsaMemperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa.

· Membangunkan modal insanMeningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, memupuk pelajar memiliki kemahiran, ketrampilan dan disiplin.

· Memperkasakan Sekolah KebangsaanMenambah program prasekolah, memantapkan kepimpinan pengetua/guru besar dan kualiti guru serta kurikulum dan kokurikulum.

· Merapatkan jurang pendidikanMembangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar, mengurangkan keciciran dan meningkatkan bilangan guru terlatih di kawasan pedalaman.

· Memartabatkan profesion keguruanMenambah baik sistem pemilihan dan persekitaran kerja guru, memantapkan latihan perguruan, kerjaya, perancangan dan pengurusan sumber manusia.

· Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikanMemilih guru berkebolehan dan berkemahiran tinggi dan mewujudkan sekolah kluster yang memberi lebih autonomi kepada sekolah.

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA



1.0 FASA 1 -  Zaman sebelum penjajahan British (1400 – 1786)

Zaman Kerajaan Melayu Melaka (1402 – 1511)
-          Ulamak Islam dari Mekah
-          Menyebarkan ajaran Islam kepada raja, kerabat diraja dan rakyat
-          Al-Quran, tafsir al-Quran, al-hadith, bahasa Arab (nahu/tatabahasa), Feqah, Tauhid (Rukun Islam & Rukun Iman dan Tasauf (akhlak)


1.1      PERINGKAT PERTAMA

Rumah Tok Guru
-          Belajar mengaji al-Quran dan fardu ain
-          Ibu bapa serahkan 100%  tanggungjawab kepada Tok Guru – Rotan (simbolik)
-          Percuma – murid tolong Tok Guru di kebun, sawah, ternak binatang (khidmat sosial)
-          Zakat/sedekah daripada ibu bapa

Generasi muda yang berilmu, bertakwa dan beriman
-          Imam, bilal, siak (urusan perkahwinan & kematian)

Tok guru sebagai role model – mewarisi para nabi & disanjung tinggi dalam masyarakat

Matlamat Pendidikan: Mengabdikan diri kepada Allah SWT


1.2      PERINGKAT KEDUA

Masjid, surau/madrasah
-          Bilangan murid bertambah ramai
-          Pelajar senior mengajar pelajar junior
-          Tok guru lulusan dari Mekah
-          Tok guru mengajar raja & kerabat diraja di istana


1.3      PERINGKAT KETIGA

Sekolah pondok (sebahagian sekolah pondok masih kekal sehingga sekarang)

-          Tiada sukatan pelajaran piawai
-          Kurikulum Masjid al-Haram, Mekah
-          Kelulusan tidak diiktiraf oleh kerajaan
-          Melanjut pelajaran secara persendirian di Mekah, Kaherah (Mesir), Pakistan, India dsn.
           1511 – Agama Kristian (Roman Katolik) – Portugis

-          Roman Protestant – Belanda
-          Pendidikan Inggeris (1786 – Francis Light di Pulau Pinang)


2.0      FASA KEDUA – Zaman penjajahan Inggeris (1786 – 1956)

           1786 – 1942 (156 tahun)

           1942 – 1945 (3 tahun 8 bulan) – penjajahan Jepun


2.1      Sistem Pendidikan di Tanah Melayu

  1. Pendidikan Rendah
  2. Pendidikan Menengah
  3. Latihan Perguruan
  4. Pendidikan Vokasional & Teknik
  5. Pendidikan Tinggi

  1. Pendidikan Rendah - 5 tahun

Objektif:
  1. Kemahiran asas mengira (Ilmu Hisab) – berniaga secara kecil-kecilan
  2. Kepentingan nilai murni – kesucian peribadi, kebersihan dsn.
  3. Kefasihan BI dlm kalangan anak raja dan pembesar negeri (bangsawan)

Bacaan sendiri: Ms 7 – 29 (Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Choong Lean Keow)

  1. Pendidikan Menengah
  2. Latihan Perguruan
  3. Pendidikan Vokasional & Teknik
  4. Pendidikan Tinggi

2.2      Penyata Razak (6 Mei 1956)

Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussein, Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu

Sistem Pendidikan Kebangsaan
  1. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa pengantar utama
  2. Kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling tanah air
  3. Sukatan pelajaran yang mempunyai isi kandungan yang sama bagi semua sekolah
17 cadangan dalam Penyata Razak, antaranya:

  1. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib bagi semua SR dan SM
  2. BI, BC dan BT menjadi bahasa pengantar bagi sekolah jenis kebangsaan
  3. Peperiksaan awam yang berpusat
  4. Guru-guru SK dan SM yang berkelayakan
  5. Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan

Matlamat Penyata Razak? – Untuk perpaduan rakyat

2.3      Latihan Perguruan:

Kirkby Teachers’ Training College, England    (Guru BI di SR)    
Brinsford Lodge, England                                 (Guru BI di SM)

  1. Maktab Perguruan Telok Belanga, Singapura (1878)
  2. Maktab Perguruan Melayu Taiping (1878)
  3. Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (1900)
  4. Maktab Perguruan Melayu Matang (1913)
  5. Maktab Perguruan Sultan Idris (1922)
  6. Maktab Raffles di Singapura (1928)


3.0      Perkembangan Sistem Pendidikan Selepas Merdeka
           (1957 – 2011)

  1. Penyata Rahman Talib (1960)
-          Pendidikan percuma di SR
-          Kenaikan darjah automatik sehingga tingkatan 3
-          Pendidikan moral dititikberatkan
-          Latihan perguruan diberikan penekanan

  1. Akta Pelajaran (1961)
  2. Laporan Hussein Onn (1971)

  1. Laporan JK Kabinet (1979) – Penyata Mahathir
-          3M
-          BI sebagai bahasa kedua
-          Pendidikan sehingga tingkatan 5
-          Penerapan nilai diberikan penekanan

4.0 Pendidikan Semasa di Malaysia

4.1      Akta Pendidikan 1996
-          Memantapkan sistem pendidikan kebangsaan
-          Pusat Kecemerlangan Pendidikan bertaraf dunia
-          Menggariskan perundangan dalam pendidikan

Ø  Prasekolah diberikan penekanan dan dimasukkan dalam sistem pendidikan kebangsaan

Ø  Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

Ø  Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2010)

Ø  Menaakul = reasoning (Berfikir secara aktif dan boleh memberikan sebab dan musabab tentang sesuatu kejadian/fenomena)

Ø  Pengkorporatan universiti
-          Kuasa autonomi untuk mendapatkan sumber kewangan
-          Pensyarah pakar di universiti dibenarkan membuat kerja sambilan selepas waktu pejabat dengan syarat tidak menjejaskan tugas rasmi di universiti

Pendidikan tinggi swasta – twinning program antara IPTA dengan IPT luar negara

BM – bahasa pengantar utama di semua sekolah kecuali di SJKC dan SJKT
BM – mata pelajaran wajib di semua sekolah


5.0      Dasar Pelajaran Kebangsaan (1961)

Misi KPM

  1. Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia
  2. Memenuhi aspirasi negara kita – Wawasan 2020

Matlamat Pendidikan Kebangsaan

  1. Melahirkan bangsa Malaysia yang bersifat taat setia dan bersatu padu
  2. Melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu, beriman, berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera
  3. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan negara
  4. menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua warganegera Malaysia

Pendidikan wajib untuk rakyat Malaysia sejak 2003

Ibu bapa yang sengaja tidak mendaftarkan anak untuk memasuki SR

RM5 000 atau dipenjara tidak lebih daripada 6 bulan atau kedua-duanya sekali

-          Sekolah Bestari (1990-an)
-          Sekolah Wawasan
-          PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam BI 2003 - 2009) – lebih kurang 6 tahun

-          KIA 2M (Kelas Intervensi Awal Membaca & Menulis)


6.0 PIPP – Pelan Induk Pembangunan Pendidikan – 2006 hingga 2010) – ms 66 (111 – MSS)

Teras 1 – Membina negara bangsa
Teras 2 – Membangunkan modal insan
Teras 3 – Memperkasakan SK
Teras 4 – Merapatkan jurang pendidikan
Teras 5 – Memartabatkan profesion keguruan
Teras 6 – Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa


KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa

Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASIONAL
Mackey(1965), salah seorang penganjur pendekatan situasi, berpendapat bahawa pernyataan lisan bukan sahaja merangkumi semua unsur kefahaman mendengar serta penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola-pola nada dan intonasi yang betul tetapi juga merangkumi pemilihan kata-kata dan unsur-unsur infleksi serta penyusunan unsur-unsur tersebut dengan betul supaya tergambar makna yang betul. Pendekatan situasi yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teori pembelajaran behaviouris beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan memerlukan seseorang penutur menguasai beberapa kemahiran kecil bagi menangkap, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa yang betul.
Pendekatan ini berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mestilah berlandaskan prinsip pengajaran seperti pengajaran kemahiran lisan memerlukan usaha guru yang banyak dan setiap gerak balas yang betul perlu diteguhkan supaya gerak balas itu diulangi lagi. Murid-murid tidak boleh bertutur dengan lancar jika mereka hanya mendengar pertuturan orang lain sahaja. Jadi, para pelajar perlu diberi mereka peluang untuk bertutur.  Antara aktiviti berturtur yang boleh dijalankan di dalam bilik darjah bagi pendekatan situasi ialah latih tubi,dialog dan nyanyian serta latihan pandang dan sebut.

Latih  Tubi
Latih tubi dijalankan bagi melatih murid menguasai bahasa, sebutan dan pola
yang digunakan oleh guru.latihan ini dimulakan dengan  penyebutan guru, kemudian murid meniru dan mengulangi sebutan tersebut. Sekiranya murid masih bermasalah dengan sebutan tersebut, murid harus mengulanginya lagi. Latih tubi meliputi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi fonem yang diambil dibahagian dialog kemudian dibaca oleh murid. Pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang paling kecil tetapi dapat menghasilkan makna digunakan. Contohnya, daki dengan laki, tari dengan lari,malu dengan balu.

Dialog dan Nyanyian
Dialog atau perbualan merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan lisan. Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapat menyuruh murid meniru dan menghafal dialog. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran lisan kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak, nada yang betul.

Latihan Pandang dan Sebut
Gambar-gambar boleh digunakan bagi menghasilkan pertuturan. Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan. Carta bergambar,bahagian filem dan slide juga digunakan. Semua alat digunakan supaya murid-murid dapat menghasilkan pertuturan yang baik


PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN
TEKNIK PERMAINAN BAHASA
Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu merangsang interaksi verbal pelajar, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan dan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan. Permainan dapat menimbulkan situasi pembelajaran yang mengembirakan murid. Guru dapat memupuk semangat bersaing di antara murid-murid. Dapat menanamkan semangat kerjasama antara ahli kumpulan. Selain itu, guru juga dapat melatih murid-murid untuk mengaktifkan kecekapan bahasa mereka serta mengembangkan penguasaan keempat-empat kemahiran bahasa.
Tujuan Teknik Permainan
Mewujudkan satu suasana pembelajaran bahasa yang selesa dan
Menggembirakan serta membolehkan murid-murid menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan semasa bermain. Selain itu, dengan menggunakan teknik permainan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meneguhkan penggunaan unsur-unsur bahasa tertentu tanpa disedari oleh murid-murid. Teknik ini juga dapat mewujudkan situsi sosial yang sihat bagi membolehkan murid berinteraksi dengan rakan sebaya mereka dan mendorong minat murid untuk berkerjasama bagi menjayakan sesuatu tugas yang diberi.

Contoh  Permainan
Terdapat pelbagai contoh permainan yang dapat diaplikasikan dalam teknik permainan. Antaranya ialah permainan yang berasaskan pemerhatian atau ingatan, permainan yang berasaskan huraian atau meneka, permainan yang berasaskan interaksi kumpulan atau antara individu , permainan kad atau permainan dam.

PEMBELAJARAN BERASASKAN BAHAN / AKTIVITI
Aktiviti bermaksud gerak kerja atau tindakan. Dibawah konteks pendidikan, ia melibatkan segala gerak kerja yang dilakukan oleh guru dan murid untuk mencapai objektif pelajaran. Dengan kata lain, aktiviti mengandungi segala tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Aktiviti juga merupakan suatu pendekatan utama dalam pendidikan moden. J. Dewey (1910) mengatakan  pelajaran haruslah berasaskan aktiviti murid. Melalui aktiviti murid, JERIS mereka dapat dikembangkan secara menyeluruh dan seimbang. Murid-murid akan belajar dengan lebih berkesan melalui cara praktik. Di dalam konteks pendidikan moden, terdapat pelbagai aktiviti dan tugasan yang boleh digunakan di sekolah.
Antaranya aktiviti yang dapat dijalankan ialah membaca, menulis, mengira, bermain, berbincang, membuat model, melukis, menyelesaikan masalah, menyanyi dan sebagainya. Penggunaan pelbagai aktiviti P&P yang disarankan diatas telah menghasilkabeberapa kaedah mengajar yang berkaitan seperti kaedah penyelesaian masalah, kaedah perbincangan dan sebagainya. Kaedah ini juga digunakan untuk membimbing murid-murid menjalankan aktiviti.

PENGAPLIKASIAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BAHASA.


Berasakan projek
1.Apakah itu pembelajaran berasaskan projek?
Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul.

2. Senaraikan ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek?
• Ia boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.
• Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap.
• Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.
• Interaksi guru – murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses.
• Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap.
• Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data, dan pelaporan hasil juga refleksi kendiri.
• Sesuai dengan murid dan kurikulum.
• Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid.

3. Mengapakah pembelajaran berasaskan projek penting dalam sistem pendidikan bestari?
• Mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif di kalangan pelajar
yang pelbagai.
• Menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian dalam proses P & P.
• Menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan.
• Menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri.
• Mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu komuniti.
• Menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat.
• Memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza.

4. Apakah strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek?
• Memberi tugasan mengikut kurikulum.
• Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat.
• Menentukan jadual kerja.
• Pastikan bilangan ahli kumpulan kecil.
• Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan.
• Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek.
• Penilaian haruslah dilaksanakan sepanjang tempoh projek.
• Pelaksanaan dan perancangan projek haruslah berperingkat.
• Penyediaan JPT dan PMM
• Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek
• Memastikan pelajar membuat refleksi dari semasa ke semasa sepanjang pelaksanaan projek

Berpusatkan masalah.
Dilaksanakan dengan penyeliaan guru. Boleh dilakukan secara kumpulan atau individu. Pelajar harus dapat mengatasi rintangan untuk mencapai matlamat. Memerlukan proses penakulan yang tinggi. Antara langkah yang perlu dipatuhi ialah kenal pasti masalah, mencari maklumat, membuat andaian(hipotesis), menguji hipotesis, menilai dan membuat rumusan. Semasa proses penyelesaian dilakukan pelajar boleh bertukar pendapat,bekerjasama, meningkatkan pemahaman dan ingatan Penglibatan pelajar adalah dituntut sepenuhnya .

PENGAPLIKASIAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BAHASA. (Berpusatkan bahan)


Strategi ini lebih memberi penekanan kepada alat-alat bantu(ABM) yang digunakan bagi membantu pengajaran guru. Alat-alat bantu ini terbahagi kepada dua iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran ialah semua bahan yang digunakan oleh guru. Bahan pembelajaran ialah semua bahan yang disediakan oleh kegunaan pelajar. Bahan tersebut memudahkan guru untuk membantu pembelajaran pelajar menjadi lebih mudah.
Bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan. Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah penggunaan dapat meningkatkan minat dan kefahaman pelajar. Tidak semua sesi pengajaran memerlukan bahan.
Penggunaan bahan yang berlebihan dalam satu-satu masa boleh mengakibatkan masa terbuang dan isi pelajaran yang utama tidak dapat disampaikan. Oleh itu, guru hendaklah menguasai kemahiran menggunakan alat-alat yang ada terutamanya alat-alat teknologi. Selain itu, bahan pengajaran yang sistematik dapat membantu pelajar mengikuti pelajaran tanpa kehadiran guru.
Peranan guru menjadi dominan apabila mengendalikan proses PnP. Pelajar hanya perlu memberi tindak balas terhadap soalan-soalan yang diberikan. Dapat memupuk sifat berdikari dalam kalangan pelajar kerana mereka perlu menghasilkan projek atau ujikaji tanpa kehadiran guru. Dapat melatih diri menjadi satu pasukan yang saling bekerjasama bagi memastikan sesuatu projek dapat disiapkan dengan sempurna dalam masa yang ditetapkan.

PENGAPLIKASIAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BAHASA. (Berpusatkan murid.)


Ciri-ciri utama KBSR dan KBSM adalah menjadikan  pelajar sebagai pemain utama dalam proses PnP. Pelajar lebih digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara.
Punca utama pelajar menjadi bosan atau tidak berminat untuk mengikuti sesuatu mata pelajaran ialah kurangnya pemahaman yang akan berakhir dengan kekecewaan dan kebencian terhadap mata pelajaran tersebut. Ianya berpunca daripa kurangnya penerapan pembelajaran berpusatkan pelajar, tetapi lebih kepada berpusatkan guru. Kaedah tradisional yang digunakan kebanyakan guru iaitu kaedah kuliah dan kaedah penerangan terutamanya yang lebih berbentuk teori dan fakta akan membuatkan pelajar bosan dan kurang berminat untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Guru banyak menggunakan kaedah penerangan di dalam kelas (kuliah/ syarahan). Ilmu lebih berbentuk hafalan di mana guru lebih kepada pendekatan meminta pelajar membuat nota dan hafal. Tiada berbincangan secara berkumpulan di kalangan pelajar digalakkan untuk membolehkan berlakunya proses penukaran. Pelajar lebih banyak bergantung kepada guru untuk memahami sesuatu topik yang diajar Pengajaran kadang kala membosankan keranan tiada aktiviti yang melibatkan penglibatan aktif pelajar dibuat. Guru lebih menumpukan kepada penyediaan dari segi nota yang lengkap dan kerja rumah/ latihan secara individu. Pengajaran guru banyak bergantung kepada buku teks tanpa sebarang aktiviti yang menarik.
Strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar. Kaedah ini boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat memperkembangkan kreativiti pelajar supaya pelajar dapat menyertai aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif. Komunikasi berbentuk dua hala antara guru dan pelajar dalam aktiviti soal jawab amat sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan berbanding dengan strategi berpusatkan guru dan matlamatnya adalah untuk memperkembangkan kemahiran pemikiran kritis serta kreatif.
Dalam melaksanakan pembelajaran berpusatkan pelajar , pelajar-pelajar akan diberi tugasan tertentu sama ada secara individu atau kumpulan dan mengikut tahap kebolehan pelajar. Pelajar kemudiannya akan mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber untuk menyiapkannya. Semasa proses menyiapkan tugasan, pelajar-pelajar digalakkan sentiasa berhubung dengan guru. Dalam perkembangan berkaitan, guru berperanan sebagai fasilitator dan satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah guru mesti memantau proses yang dilakukan oleh pelajar sepanjang masa dan secara berterusan. Dengan lain perkataan, guru hendaklah memastikan diri mereka mudah diakses oleh para pelajar pada setiap masa dan untuk tujuan tersebut,
Langkah yang terakhir dalam pembelajaran berpusatkan pelajar ialah pembentangan hasil tugasan Semasa pembentangan, rakan-rakan sebaya digalakkan memberi pendapat, pandangan atau mengemukakan soalan. Ini akan menggalakkan pemikiran secara kreatif dan kritis di kalangan para pelajar.
Dalam proses pengaplikasian pembelajaran berpusatkan pelajar, masa banyak diperuntukkan kepada pelajar untuk meneroka dan menyelesaikan masalah pembelajaran dengan bantuan guru. Komunikasi dua hala berlaku dalam proses ini.
Guru mengamalkan corak kepimipinan demokratik di mana pelajar bebas untuk bertanya dan memberikan pendapat mereka. Lebih diberi penekanan terhadap pencapaian objektif pembelajaran . Teknik perbincangan dijalankan lebih banyak untuk memupuk sifat kerjasama dan toleransi dalam kalangan pelajar yang mempunyai pelbagai corak kebolehan dan minat.
Selain itu, guru berpeluang berinteraksi dengan pelajar dan boleh mengesan kelemahan mereka di peringkat awal lagi. Masalah tersebut dapat diatasi lebih awal lagi. Hasilnya, pelajar dapat berkembang mengikut kesediaan mereka.

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA



1.      Teori Behaviorisme
·         Diasaskan oleh Ivan Parlov( gunakan anjing sebagai subjek penyelidikan), dan Leonard Bloomfield.
·         Dikembangkan oleh Watson, Skinner dan Thorndike
·         Pembelajaran telah berlaku melalui perubahan tingkah laku manusia.
·         Permerolehan sesuatu perlakuan  terjadi melalui ulangan dan latih tubi.
·         Semua bentuk pembelajaran tidak ada kaitan dengan keupayaan mental.
·         Tingkah laku manusia adalah ditentukan oleh persekitaran dan pengalaman lampau mereka
·         Dalam proses pembelajaran, aliran ini menekankan kepentingan rangsangan dan tindak balas.
·         Penekanan kepada latihan yang berulang perlu diberikan perhatian.
·         Dalam P & P bahasa, aliran ini satu latihan.
·         Bahasa merupakan sesuatu yang hidup  dan berubah, perlu dipelajari dalam suasan lisan.
·         Latihan adalah perlu untuk membentuk kebiasaan dalam berbahasa
·         Penggunaan bahan sokongan adalah penting untuk mendapatkan gerak balas yang sempurna
·         Teori behaviurisme bersandarkan kepada perubahan tingkah laku (learning leads to a change in behaviour), iaitu pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku. Dengan melakukan sesuatu secara berulang-ulang maka tingkah laku itu akan dikuasai secara automatik. Pavlov (1849–1936) yang menjalankan eksperimen menggunakan anjing, makanan dan loceng membuktikan bahawa apabila loceng dibunyikan, secara automatik anjing akan mengeluarkan air liur kerana makanan akan disajikan. Thorndike (1874–1949) pula mengemukakan Teori S-R atau Stimulus-Response Theory (teori pelaziman operan), yang mana rangsangan terlazim menghasilkan respons terlazim. Misalnya, kucing yang lapar "belajar" membuka sangkarnya (respons terlazim) untuk mendapatkan makanan yang dihidang di luar sangkar (stimulus terlazim). Thorndike percaya bahawa hubungan neural terbentuk antara stimulus dengan respons apabila respons adalah positif, dan pembelajaran berlaku apabila hubungan itu membentuk corak tingkah laku yang dikehendaki. Lanjutan daripada itu, Skinner (1904–1990) mengemukakan teori Contiguity of Feedback/Reinforcement, iaitu tingkah laku boleh dibentuk dengan memberi peneguhan secara positif atau negatif. Misalnya, pelajar diberi
·         ganjaran/pujian (peneguhan positif) apabila berjaya melakukan sesuatu seperti menghabiskan kerja rumah atau sebaliknya dihukum (peneguhan negatif) kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Teori ini tidak dapat menerangkan tentang proses pembelajaran dan proses pemikiran, ia hanya dapat menerangkan pembentukan tingkah laku melalui proses rote-learning.

2.      Teori mentalis
·         Teori dipelopori oleh Noam Choamsky
·         Ahli-ahli psikologi yang sealiran dengan fahaman ini ialah Jean Piaget, Robert Glazer, John Anderson, David Ausaubel, Bruner, Gagne, dan lain-lain.
·         Fahaman ini menekankan kepentingan keupayaan berfikir secara memproses dan menilai data tindakan dapat dilakukan.
·         Menurut mereka lagi, manusia adalah haiwan, tapi bersifat lebih rasional dan aktif dalam menyelesaikan masalah.
·         Sistem pengolahan informasi dapat dikawal dengan baik oleh fikiran dan pengetahuan yang sentiasa dalam berada dalam keadaan sedar.
·         Teori kognitif memfokus kepada proses di sebalik tingkah laku yang ditunjukkan. Perubahan tingkah laku yang diperhati dijadikan sebagai petunjuk kepada apa yang mungkin berlaku dalam minda pelajar. Teori ini menerangkan pembelajaran sebagai proses yang melibatkan pemerolehan dan penyusunan semula struktur kognitif kepada bentuk yang bermakna dan mudah diingat oleh pelajar. Bermula dengan teori perkembangan kognitif Piaget (1926 dalam Good & Brophy, 1990) teori ini menerangkan bahawa skema (the internal knowledge structure) berkembang apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitarannya dan skema itu sentiasa berkembang dan berubah kerana menyerap dan menyimpan maklumat baru. Gagne (1985) pula menerangkan terdapat tiga peringkat pemprosesan maklumat, iaitu daftar deria (sensory register) dalam ingatan aktif (working memory, WM), ingatan jangka pendek (short-term memory, STM) dan ingatan jangka panjang (long-term memory, LTM). Maklumat baru yang dipelajari akan didaftarkan dalam WM dan jika diperlukan buat sementara waktu, ia akan disimpan dalam STM. Selepas digunakan beberapa kali, maklumat ini menjadi kekal dan disimpan dalam LTM untuk tempoh masa yang lama. Apabila maklumat ini perlu diingat kembali, ia akan diaktifkan semula dan dibawa ke WM untuk digunakan. Menurut Gagne, maklumat dalam minda sentiasa diproses dan diadaptasikan apabila maklumat baru diterima dan proses ini dinamakan proses pembelajaran. Ausubel (1978) menyokong teori pembelajaran ini melalui kajiannya yang mendapati bahawa jika pembelajaran itu memberi kesan kepada pelajar, maka ia akan lebih mudah dipelajari, diingat dan dihubungkaitkan dengan skema sedia ada, serta lebih kekal dalam ingatan. Bidang kajian ini dinamakan Sains Kognitif.

3.      Teori konstruktivisme
·         Diasaskan oleh Lev Semenovich Vygotsky.
·         Memberi penekanan khsus kepada perbezaan individu.
·         Mengaitkan pengaruh budaya dengaqn proses p & p.
·         Pengalaman pelajar menjadi perkara pokok dalam pembelajaran
·         Cara berfikir kanak-kanak dipengaruhi oleh unsur alam seperti sikap, kemahiran,idea dan sebagainya.
·         Pelajar harus mengeksploitasi unsur alam tersebut demi pembelajaran mereka.
·         Kanak-kanak mempunyai pandangan yang berbeza dengan orang dewasa mengenai unsure
·         Diperoleh murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah – rakan/ guru.
·         Cth: dalam pembinaan ayat.
·         Pembinaan semula ayat dianggap sebagai pembangunan semua minda untuk mencipta sesuatu yang baru.
·         Guru boleh membantu pelajar mengurangkan jurang perbezaan antara pandangan pelajar dengan orang dewasa.
·         Guru akan bertindak sebagai pemudah cara. Antara konsep yang penting dalam teorinya ialah:
o   Zon perkembangan proksimal
o   Perancah
o   Perantaraan semiotik
o   Peraturan batin


4.      Teori Intraksonalisme
·         Pelopor : Halliday
·         Mementingkan aktiviti komunikasi.
·         Seseorang menghasilkan bahasa apabila memerlukannya.
·         Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif & proses interaksi bahasa.
·         Melalui interaksi terhasillah ayat penyata & ayat perintah.
·         Melibatkan apa sahaja yang bersangkut paut dengan cara hidup satu kumpulan manusia atau masyarakat.
·         Manusia dapat bertindak balas secara peka terhadap pengalaman. Dengan ini mereka dapat memperkembangkan kepercayaan mereka terhadap dunia disekeliling mereka.
·         Kanak-kanak yang dilahirkan adalah bergantung sepenuhnya kepada orang lain. Mereka tidak dapat memperkembangkan
·         Dalam konteks pengajaran,aliran ini berpendapat sekolah ialah satu kumpulan sosial dan pelajar harus mengembangkan kapasiti sosial mereka semaksima mungkin.
·         Dalam proses pembelajaran, pelajar harus dapat belajar dalam situasi dan konteks sosial yang sebenar, yang memberi peluang mereka berinteraksi, kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, bertanggungjawab dan penuh keyakinan diri.
·         Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan mereka bebas untuk membuat pilihan. Pengaruh persekitaran tidak berupaya untuk mempengaruhi mereka.
·         Manusia saling memerlukan pengaruh antara satu dengan lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...