Sunday, March 4, 2012

jenis ayat


JENIS AYAT


Terdapat empat jenis ayat berdasarkan daya pengucapan atau intonasi dan tujuan ayat itu diucapkan.


Ayat Penyata

Ayat penyata diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan atau memberi keterangan mengenai sesuatu hal. Ia dikenali juga sebagai ayat berita atau ayat keterangan.
Contoh : Anita seorang gadis yang cantik.


Ayat Tanya


Ayat tanya digunakan untuk menyoal dan mendapatkan jawapan atau reaksi mengenai sesuatu perkara.
Contoh : Siapakah yang menyediakan makanan ini?

Ayat Perintah


Ayat perintah diucapkan dengan tujuan menimbulkan sesuatu tindakan. Ia boleh dikategorikan kepada empat:
a)    Ayat suruhan. Contoh : Kamu bersihkan bilik ini sebelum pulang
b)    Ayat larangan. Contoh : Jangan buang sampah di sini
c)    Ayat silaan. Contoh : Sila datang ke rumah saya
d)    Ayat permintaan. Contoh : Tolong belikan saya sehelai baju

Ayat Seruan


Ayat seruan diucapkan dengan nada atau intonasi untuk melahirkan sesuatu perasaan, sama ada takut, kagum, marah, gembira dan sebagainya. Tanda seru diletakkan pada akhir ayat seru.
Contoh : Amboi, cantiknya!
               Aduh, sakitnya!

BENTUK KATA


Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda.


Kata Tunggal


Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar yakni tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain. Kebanyakan kata tunggal dalam Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan bentuk terbitan.

Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata. Contoh:
satu suku kata – am, dan, roh, skru
dua suku kata – itu, ubi, aku


Berasaskan perlaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga jenis:

a)    Kata tunggal yang merupakan unit bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu perkataan yang bermakna. Contoh : orang, gitar, pen, botol
b)    Kata tugas, iaitu unit yang yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh : dari, dan, pada, demi, untuk
c)    Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk singkatan ini terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu. Contoh :
berdikari – berdiri di atas kaki sendiri
komuter – keretapi berkomputer
kugiran – kumpulan gitar rancak
pawagam – panggung wayang gambar


POLA KESELARASAN VOKAL




Bil.
Suku kata praakhir
Suku kata Akhir Tertutup
Contoh Penggunaan
1.
A
a
   asal          talak        halaman
2.
A
i
   alih           tarik        parit
3.
A
u
  asuh          datuk       baruh
4.
e (pepet)
a
  emas         kelam      selam
5.
e (pepet)
i
  betik        ketil        lebih
6.
e (pepet)
u
  belut          telur       perut
7.
e (taling)
a
  elak          dewan     perang
8.
e (taling)
e (taling)
  belek        gelek       leceh
9.
e (taling)
o
  elok          belok      telor
10.
I
a
  bilah         kilang     selinap
11.
I
i
  intip          pilih        sisih
12.
I
u
  pikul         ribut        tidur
13.
O
a
  otak          borang    sekolah
14.
O
e (taling)
  oleh          boleh       celoteh
15.
O
o
  obor          borong    kelompok
16.
U
a
  ulat           bulat        ketupat
17.
U
i
  ulit           kulit        putih
18.
U
u
untuk         buluh       seluruh




halangan dalam komunikasi - bmk


HALANGAN DALAM KOMUNIKASI
1. maklumat tidak mencukupi atau berlebihan
2. perkataan yang mempunyai banyak makna
3. kurang minat
4. prasangka
5. sekatan emosi
6. penyampaian kurang menarik
7. memikirkan sesuatu yang lain
8. persekitaran yang tidak sesuai
9. tiada peluang untuk mendapatkan penjelasan
10. wujudnya pelbagai gangguan

golongan kata tugas


3.8 Golongan Kata Tugas

Golongan kata yang bersifat pelbagai jenis (keterangan) yakni terkandung dalamnya golongan-golongan kecil yang berbeza tetapi mempunyai satu sifat yang sama iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif.
                   Kata tugas masuk ke dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung maksud sesuatu tugas sintaksis tertentu. Fungsi kata tugas dalam ayat adalah sebagai pemeri, penerang, penentu, penghubung, pembenar, penguat, penegas, dan beberapa tugas yang lain.
                  

golongan kata adjektif


3.7 Golongan Kata Adjektif

Kata adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat. Ayat yang mempunyai kata adjektif adalah seperti contoh yang berikut:
 
                               Ahmad sangat pandai bermain muzik.
                               Pemuda itu baik sungguh.
                               Buah cempedak itu enak sekali.


3.7.1 Jenis-jenis Kata Adjektif

Kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara, tetapi berdasar kriteria makna, kata adjektif dapat dibahagikan sekurang-kurangnya sembilan (9) kriteria, seperti berikut:

1.       Kata adjektif sifat / keadaan

Kata adjektif sifat / keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama, seperti contoh berikut:
     Contoh perkataan:               kuat            pintar                   nakal
                                               keras                   lemah                  sihat
                                               bijak           cergas                jahat
          Contoh ayat:   1.    Budak nakal selalu kena marah.
2.       Dia lemah dalam matematik.
3.      Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat.
4.      Anak Pak Kamar bijak sekali.
5.      Peserta itu berdiri dengan cergas.



golongan kata kerja


3.6 Golongan Kata Kerja

Kata kerja ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.


3.6.1 Jenis Kata Kerja

Terdapat dua jenis kata kerja:
a)   Kata kerja transitif
b)   Kata kerja tak transitif

Setiap kata kerja dapat disertai oleh kata bantu (sudah, telah, belum) atau diperluas dengan perkataan dengan (berjalan dengan cepat, menendang dengan kuat).


3.6.2 Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang diikuti objek. Kata kerja transitif tidak boleh berdiri sendiri tanpa objek. Kata kerja transitif seperti menendang bola, menelefon kawan, memukul anjing, dan memakan nasi. Penggunaan kata kerja transitif dapat diperlihat seperti dalam contoh ayat:

Subjek
Kata Kerja Transitif
Objek
1. Ammar
2. Ibu
3. Penjaja
4. Bapa
membaca
menanak
menjual
membasuh
buku setiap pagi
nasi
ikan
kereta semalam

Oleh sebab itu, setiap ayat yang mempunyai kata kerja transitif perlu mempunyai objek untuk menerangkan dengan lengkap tentang perbuatan yang dilakukan.


3.6.3 Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya dan dapat berdiri sendiri dalam ayat dengan tidak memerlukan objek. Kata kerja tak transitif seperti menangis, berenang, berdering, dan mendarat. Kesemua contoh kata kerja tersebut tidak perlu diikuti objek kerana maknnya sudah sempurna. Contoh:
1.   Jam loceng itu berdering (pagi tadi).
2.   Gadis itu menangis (kerana bapanya meninggal dunia).
3.   Air sungai itu mengalir (deras).
4.   Pesawat itu mendarat (di landasan).


3.6.4 Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kaerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut sesudahnya, dan boleh berdiri sendiri sebagai frasa predikat seperti contoh berikut:

Kata kerja tak transitif tak berpelengkap
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.Contohnya:

1. Semua orang sudah datang.
2. Dia suka menyanyi.
3. Emak sedang berdoa.

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap yang diikuti unsur keterangan. Contohnya:

1. Semua orang sudah datang ke majlis itu.
2. Budak itu menyanyi pada malam hari.
3. Dia suka bergurau dengan adik kecilnya.
4. Emak sedang berdoa dengan khusyuknya.

Kata kerja tak transitif berpelengkap pula mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Pelengkap hadir selepas kata kerjat tak transitif, seperti dalam contoh-contoh berikut:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...