1.
Teori Behaviorisme
·
Diasaskan oleh Ivan
Parlov( gunakan anjing sebagai subjek penyelidikan), dan Leonard Bloomfield.
·
Dikembangkan oleh Watson,
Skinner dan Thorndike
·
Pembelajaran telah berlaku melalui perubahan tingkah
laku manusia.
·
Permerolehan sesuatu perlakuan terjadi melalui ulangan dan latih tubi.
·
Semua bentuk pembelajaran tidak ada kaitan dengan
keupayaan mental.
·
Tingkah laku manusia adalah ditentukan oleh
persekitaran dan pengalaman lampau mereka
·
Dalam proses pembelajaran, aliran ini menekankan
kepentingan rangsangan dan tindak balas.
·
Penekanan kepada latihan yang berulang perlu diberikan
perhatian.
·
Dalam P & P bahasa, aliran ini satu latihan.
·
Bahasa merupakan sesuatu yang hidup dan berubah, perlu dipelajari dalam suasan
lisan.
·
Latihan adalah perlu untuk membentuk kebiasaan dalam
berbahasa
·
Penggunaan bahan sokongan adalah penting untuk
mendapatkan gerak balas yang sempurna
·
Teori behaviurisme bersandarkan kepada perubahan
tingkah laku (learning leads to a change in behaviour), iaitu
pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku. Dengan melakukan sesuatu
secara berulang-ulang maka tingkah laku itu akan dikuasai secara automatik.
Pavlov (1849–1936) yang menjalankan eksperimen menggunakan anjing, makanan dan
loceng membuktikan bahawa apabila loceng dibunyikan, secara automatik anjing
akan mengeluarkan air liur kerana makanan akan disajikan. Thorndike (1874–1949)
pula mengemukakan Teori S-R atau Stimulus-Response Theory (teori
pelaziman operan), yang mana rangsangan terlazim menghasilkan respons terlazim.
Misalnya, kucing yang lapar "belajar" membuka sangkarnya (respons
terlazim) untuk mendapatkan makanan yang dihidang di luar sangkar (stimulus
terlazim). Thorndike percaya bahawa hubungan neural terbentuk antara stimulus
dengan respons apabila respons adalah positif, dan pembelajaran berlaku apabila
hubungan itu membentuk corak tingkah laku yang dikehendaki. Lanjutan daripada
itu, Skinner (1904–1990) mengemukakan teori Contiguity of
Feedback/Reinforcement, iaitu tingkah laku boleh dibentuk dengan memberi
peneguhan secara positif atau negatif. Misalnya, pelajar diberi
·
ganjaran/pujian
(peneguhan positif) apabila berjaya melakukan sesuatu seperti menghabiskan
kerja rumah atau sebaliknya dihukum (peneguhan negatif) kerana tidak menyiapkan
kerja rumah. Teori ini tidak dapat menerangkan tentang proses pembelajaran dan
proses pemikiran, ia hanya dapat menerangkan pembentukan tingkah laku melalui
proses rote-learning.
2.
Teori mentalis
·
Teori dipelopori oleh Noam Choamsky
·
Ahli-ahli psikologi yang sealiran dengan fahaman ini
ialah Jean Piaget, Robert Glazer, John
Anderson, David Ausaubel, Bruner, Gagne, dan lain-lain.
·
Fahaman ini menekankan kepentingan keupayaan berfikir
secara memproses dan menilai data tindakan dapat dilakukan.
·
Menurut mereka lagi, manusia adalah haiwan, tapi
bersifat lebih rasional dan aktif dalam menyelesaikan masalah.
·
Sistem pengolahan informasi dapat dikawal dengan baik
oleh fikiran dan pengetahuan yang sentiasa dalam berada dalam keadaan sedar.
·
Teori
kognitif memfokus kepada proses di sebalik
tingkah laku yang ditunjukkan. Perubahan tingkah laku yang diperhati dijadikan
sebagai petunjuk kepada apa yang mungkin berlaku dalam minda pelajar. Teori ini
menerangkan pembelajaran sebagai proses yang melibatkan pemerolehan dan
penyusunan semula struktur kognitif kepada bentuk yang bermakna dan mudah
diingat oleh pelajar. Bermula dengan teori perkembangan kognitif Piaget (1926
dalam Good & Brophy, 1990) teori ini menerangkan bahawa skema (the
internal knowledge structure) berkembang apabila kanak-kanak berinteraksi
dengan persekitarannya dan skema itu sentiasa berkembang dan berubah kerana
menyerap dan menyimpan maklumat baru. Gagne (1985) pula menerangkan terdapat
tiga peringkat pemprosesan maklumat, iaitu daftar deria (sensory register) dalam
ingatan aktif (working memory, WM), ingatan jangka pendek (short-term
memory, STM) dan ingatan jangka panjang (long-term memory, LTM).
Maklumat baru yang dipelajari akan didaftarkan dalam WM dan jika diperlukan
buat sementara waktu, ia akan disimpan dalam STM. Selepas digunakan beberapa
kali, maklumat ini menjadi kekal dan disimpan dalam LTM untuk tempoh masa yang
lama. Apabila maklumat ini perlu diingat kembali, ia akan diaktifkan semula dan
dibawa ke WM untuk digunakan. Menurut Gagne, maklumat dalam minda sentiasa
diproses dan diadaptasikan apabila maklumat baru diterima dan proses ini
dinamakan proses pembelajaran. Ausubel (1978) menyokong teori pembelajaran ini
melalui kajiannya yang mendapati bahawa jika pembelajaran itu memberi kesan
kepada pelajar, maka ia akan lebih mudah dipelajari, diingat dan
dihubungkaitkan dengan skema sedia ada, serta lebih kekal dalam ingatan. Bidang
kajian ini dinamakan Sains Kognitif.
3.
Teori konstruktivisme
·
Diasaskan oleh Lev
Semenovich Vygotsky.
·
Memberi penekanan khsus kepada perbezaan individu.
·
Mengaitkan pengaruh budaya dengaqn proses p & p.
·
Pengalaman pelajar menjadi perkara pokok dalam
pembelajaran
·
Cara berfikir kanak-kanak dipengaruhi oleh unsur alam
seperti sikap, kemahiran,idea dan sebagainya.
·
Pelajar harus mengeksploitasi unsur alam tersebut demi
pembelajaran mereka.
·
Kanak-kanak mempunyai pandangan yang berbeza dengan
orang dewasa mengenai unsure
·
Diperoleh murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah
– rakan/ guru.
·
Cth: dalam pembinaan ayat.
·
Pembinaan semula ayat dianggap sebagai pembangunan
semua minda untuk mencipta sesuatu yang baru.
·
Guru boleh membantu pelajar mengurangkan jurang
perbezaan antara pandangan pelajar dengan orang dewasa.
·
Guru akan bertindak sebagai pemudah cara. Antara
konsep yang penting dalam teorinya ialah:
o
Zon perkembangan proksimal
o
Perancah
o
Perantaraan semiotik
o
Peraturan batin
4.
Teori Intraksonalisme
·
Pelopor :
Halliday
·
Mementingkan aktiviti komunikasi.
·
Seseorang menghasilkan bahasa apabila memerlukannya.
·
Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif &
proses interaksi bahasa.
·
Melalui interaksi terhasillah ayat penyata & ayat
perintah.
·
Melibatkan apa sahaja yang bersangkut paut dengan cara
hidup satu kumpulan manusia atau masyarakat.
·
Manusia dapat bertindak balas secara peka terhadap
pengalaman. Dengan ini mereka dapat memperkembangkan kepercayaan mereka
terhadap dunia disekeliling mereka.
·
Kanak-kanak yang dilahirkan adalah bergantung
sepenuhnya kepada orang lain. Mereka tidak dapat memperkembangkan
·
Dalam konteks pengajaran,aliran ini berpendapat
sekolah ialah satu kumpulan sosial dan pelajar harus mengembangkan kapasiti
sosial mereka semaksima mungkin.
·
Dalam proses pembelajaran, pelajar harus dapat belajar
dalam situasi dan konteks sosial yang sebenar, yang memberi peluang mereka
berinteraksi, kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, bertanggungjawab dan penuh
keyakinan diri.
·
Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman
dan mereka bebas untuk membuat pilihan. Pengaruh persekitaran tidak berupaya
untuk mempengaruhi mereka.
·
Manusia saling memerlukan pengaruh antara satu dengan
lain
0 comments:
Post a Comment