KAEDAH
PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Pengaplikasian
Pendekatan Pembelajaran Bahasa
Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud
cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu
kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun
untuk mencapai sesuatu matlamat.
PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASIONAL
Mackey(1965), salah
seorang penganjur pendekatan situasi, berpendapat bahawa pernyataan lisan bukan
sahaja merangkumi semua unsur kefahaman mendengar serta penggunaan unsur-unsur
bunyi bahasa yang betul dalam pola-pola nada dan intonasi yang betul tetapi
juga merangkumi pemilihan kata-kata dan unsur-unsur infleksi serta penyusunan
unsur-unsur tersebut dengan betul supaya tergambar makna yang betul. Pendekatan
situasi yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teori pembelajaran
behaviouris beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan memerlukan seseorang
penutur menguasai beberapa kemahiran kecil bagi menangkap, mengingat serta
menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa yang betul.
Pendekatan ini berpendapat bahawa
pengajaran kemahiran mestilah berlandaskan
prinsip pengajaran seperti pengajaran kemahiran lisan memerlukan usaha guru
yang banyak dan setiap gerak balas
yang betul perlu diteguhkan supaya gerak balas itu diulangi lagi. Murid-murid tidak boleh bertutur dengan lancar
jika mereka hanya mendengar pertuturan
orang lain sahaja. Jadi, para pelajar perlu diberi mereka peluang untuk
bertutur. Antara aktiviti berturtur yang
boleh dijalankan di dalam bilik darjah bagi pendekatan situasi ialah latih tubi,dialog dan nyanyian serta latihan pandang dan sebut.
Latih Tubi
Latih tubi dijalankan
bagi melatih murid menguasai bahasa, sebutan dan pola
yang digunakan oleh guru.latihan ini
dimulakan dengan penyebutan guru,
kemudian murid meniru dan mengulangi sebutan tersebut. Sekiranya murid masih
bermasalah dengan sebutan tersebut, murid harus mengulanginya lagi. Latih tubi
meliputi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi fonem
yang diambil dibahagian dialog kemudian dibaca oleh murid. Pasangan perkataan
yang mempunyai perbezaan yang paling kecil tetapi dapat menghasilkan makna
digunakan. Contohnya, daki dengan laki, tari dengan lari,malu dengan balu.
Dialog dan Nyanyian
Dialog atau perbualan
merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan lisan. Bahagian-bahagian
dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapat menyuruh murid meniru dan menghafal dialog. Aktiviti nyanyian dapat membantu
murid-murid menguasai kemahiran lisan kerana
menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak, nada yang betul.
Latihan Pandang dan Sebut
Gambar-gambar boleh
digunakan bagi menghasilkan pertuturan. Latihan
pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks
latihan. Carta bergambar,bahagian
filem dan slide juga digunakan. Semua
alat digunakan supaya murid-murid dapat menghasilkan pertuturan yang baik
PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN
TEKNIK PERMAINAN BAHASA
Permainan
bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik
permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar
memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat
dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai
kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan
kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara
khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan
bahasa tersebut iaitu merangsang interaksi verbal pelajar, menambah kefasihan
dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, bertindak sebagai alat yang
dapat mengikis rasa bosan dan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan
penggayaan. Permainan dapat menimbulkan situasi
pembelajaran yang mengembirakan murid. Guru
dapat memupuk semangat bersaing di antara murid-murid. Dapat menanamkan
semangat kerjasama antara ahli kumpulan. Selain itu, guru juga dapat melatih
murid-murid untuk mengaktifkan kecekapan bahasa mereka serta mengembangkan penguasaan keempat-empat kemahiran bahasa.
Tujuan Teknik Permainan
Mewujudkan satu
suasana pembelajaran bahasa yang selesa dan
Menggembirakan serta membolehkan
murid-murid menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan semasa bermain. Selain
itu, dengan menggunakan teknik permainan dalam pengajaran dan pembelajaran
dapat meneguhkan penggunaan unsur-unsur bahasa tertentu tanpa disedari oleh murid-murid.
Teknik ini juga dapat mewujudkan situsi sosial yang sihat bagi membolehkan
murid berinteraksi dengan rakan sebaya mereka dan mendorong minat murid untuk
berkerjasama bagi menjayakan sesuatu tugas yang diberi.
Contoh Permainan
Terdapat pelbagai contoh
permainan yang dapat diaplikasikan dalam teknik permainan. Antaranya ialah
permainan yang berasaskan pemerhatian atau ingatan, permainan yang berasaskan
huraian atau meneka, permainan yang berasaskan interaksi kumpulan atau antara
individu , permainan kad atau permainan dam.
PEMBELAJARAN BERASASKAN BAHAN / AKTIVITI
Aktiviti bermaksud
gerak kerja atau tindakan. Dibawah konteks pendidikan, ia melibatkan segala
gerak kerja yang dilakukan oleh guru dan murid untuk mencapai objektif
pelajaran. Dengan kata lain, aktiviti mengandungi segala tindakan dalam pengajaran
dan pembelajaran (P&P). Aktiviti juga merupakan suatu pendekatan utama
dalam pendidikan moden. J. Dewey (1910) mengatakan pelajaran haruslah berasaskan aktiviti murid. Melalui
aktiviti murid, JERIS mereka dapat dikembangkan secara menyeluruh dan seimbang.
Murid-murid akan belajar dengan lebih berkesan melalui cara praktik. Di dalam
konteks pendidikan moden, terdapat pelbagai aktiviti dan tugasan yang boleh
digunakan di sekolah.
Antaranya aktiviti yang
dapat dijalankan ialah membaca, menulis, mengira, bermain, berbincang, membuat
model, melukis, menyelesaikan masalah, menyanyi dan sebagainya. Penggunaan
pelbagai aktiviti P&P yang disarankan diatas telah menghasilkabeberapa
kaedah mengajar yang berkaitan seperti kaedah penyelesaian masalah, kaedah
perbincangan dan sebagainya. Kaedah ini juga digunakan untuk membimbing
murid-murid menjalankan aktiviti.
0 comments:
Post a Comment