Wednesday, May 9, 2012

PENGAPLIKASIAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BAHASA. (Berpusatkan murid.)


Ciri-ciri utama KBSR dan KBSM adalah menjadikan  pelajar sebagai pemain utama dalam proses PnP. Pelajar lebih digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara.
Punca utama pelajar menjadi bosan atau tidak berminat untuk mengikuti sesuatu mata pelajaran ialah kurangnya pemahaman yang akan berakhir dengan kekecewaan dan kebencian terhadap mata pelajaran tersebut. Ianya berpunca daripa kurangnya penerapan pembelajaran berpusatkan pelajar, tetapi lebih kepada berpusatkan guru. Kaedah tradisional yang digunakan kebanyakan guru iaitu kaedah kuliah dan kaedah penerangan terutamanya yang lebih berbentuk teori dan fakta akan membuatkan pelajar bosan dan kurang berminat untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Guru banyak menggunakan kaedah penerangan di dalam kelas (kuliah/ syarahan). Ilmu lebih berbentuk hafalan di mana guru lebih kepada pendekatan meminta pelajar membuat nota dan hafal. Tiada berbincangan secara berkumpulan di kalangan pelajar digalakkan untuk membolehkan berlakunya proses penukaran. Pelajar lebih banyak bergantung kepada guru untuk memahami sesuatu topik yang diajar Pengajaran kadang kala membosankan keranan tiada aktiviti yang melibatkan penglibatan aktif pelajar dibuat. Guru lebih menumpukan kepada penyediaan dari segi nota yang lengkap dan kerja rumah/ latihan secara individu. Pengajaran guru banyak bergantung kepada buku teks tanpa sebarang aktiviti yang menarik.
Strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar. Kaedah ini boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat memperkembangkan kreativiti pelajar supaya pelajar dapat menyertai aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif. Komunikasi berbentuk dua hala antara guru dan pelajar dalam aktiviti soal jawab amat sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan berbanding dengan strategi berpusatkan guru dan matlamatnya adalah untuk memperkembangkan kemahiran pemikiran kritis serta kreatif.
Dalam melaksanakan pembelajaran berpusatkan pelajar , pelajar-pelajar akan diberi tugasan tertentu sama ada secara individu atau kumpulan dan mengikut tahap kebolehan pelajar. Pelajar kemudiannya akan mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber untuk menyiapkannya. Semasa proses menyiapkan tugasan, pelajar-pelajar digalakkan sentiasa berhubung dengan guru. Dalam perkembangan berkaitan, guru berperanan sebagai fasilitator dan satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah guru mesti memantau proses yang dilakukan oleh pelajar sepanjang masa dan secara berterusan. Dengan lain perkataan, guru hendaklah memastikan diri mereka mudah diakses oleh para pelajar pada setiap masa dan untuk tujuan tersebut,
Langkah yang terakhir dalam pembelajaran berpusatkan pelajar ialah pembentangan hasil tugasan Semasa pembentangan, rakan-rakan sebaya digalakkan memberi pendapat, pandangan atau mengemukakan soalan. Ini akan menggalakkan pemikiran secara kreatif dan kritis di kalangan para pelajar.
Dalam proses pengaplikasian pembelajaran berpusatkan pelajar, masa banyak diperuntukkan kepada pelajar untuk meneroka dan menyelesaikan masalah pembelajaran dengan bantuan guru. Komunikasi dua hala berlaku dalam proses ini.
Guru mengamalkan corak kepimipinan demokratik di mana pelajar bebas untuk bertanya dan memberikan pendapat mereka. Lebih diberi penekanan terhadap pencapaian objektif pembelajaran . Teknik perbincangan dijalankan lebih banyak untuk memupuk sifat kerjasama dan toleransi dalam kalangan pelajar yang mempunyai pelbagai corak kebolehan dan minat.
Selain itu, guru berpeluang berinteraksi dengan pelajar dan boleh mengesan kelemahan mereka di peringkat awal lagi. Masalah tersebut dapat diatasi lebih awal lagi. Hasilnya, pelajar dapat berkembang mengikut kesediaan mereka.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...