Friday, June 22, 2012
Salam
Assalamualaikum sumer~ Apa khabar? Nampaknya blog aku nih dah bersarang kot.. Lama tak update.. Anyway, blog aku ni aku makin banyak post pasal nota pulak kan? Aku tak tau nak post apa, so, aku post pasal nota untuk memudahkan orang mencari nota yang berkaitan. Kebanyakan nota ni, nota yang aku guna sebelum ni.. So, aku nak post balik nota ni supaya ada manfaat kat orang lain pulak.. Lau ada orang yang baca nota yang aku post ni, Alhamdulillah.. At least dapat pahala gak kan.... Ok la... Aku malas nak taip panjang-panjang.. Lain kali kalau aku ada masa, aku akan post pasal benda lain yang menarik perhatian aku.. Bai-bai...
Tajuk 1: Pengurusan bilik darjah Sekolah rendah
Kompetensi pengajaran dan pembelajaran
Kompetensi P&P yang harus dipupuk oleh guru efektif ialah seperti berikut:
1. Kandungan mata pelajaran:
-Meliputi lebih daripada fakta, istilah dan konsep umum.
Contoh: Guru yang efektif akan berusaha memperoleh ilmu dan kemahiran cara mengurus idea serta membuat perkaitan antara idea, kemahiran berfikir dan berhujah, pola perubahan yang terkandung dalam satu-satu disiplin, dan kebolehan memindahkan idea antara satu disiplin ke disiplin yang lain.
2. Strategi pengajaran
-Seiring dengan penggunaan pendekatan konstruktivis dalam proses P&P
Contoh: Guru yang efektif akan member penekanan kepada kolaborasi antara murid dalam usaha mereka menuntut ilmu, dan memahami diri sendiri.
3. Kemahiran penentuan matlamat dan perancangan pengajaran.
Contoh: Guru yang efektif akan memperuntukkan masa dan usaha yang mencukupi dalam memastikan pelaksanaan pengajaran adalah selaras dengan perancangan dan matlamat tercapai.
Dalam masa yang sama, beliau akan membuat refleksi bagi mendapat maklum balas dan menambahbaik pengajaran agar menjadi lebih baik,menarik pada masa seterusnya.
Kemahiran mengurus bilik darjah
Merupakan salah satu aspek bagi seorang guru yang efektif.
Kebolehannya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan membentuk peraturan bersama murid-murid, memantau aktiviti bilik darjah, dan menangani masalah tingkah laku murid.
Kemahiran motivasi
Seorang guru yang efektif semestinya mempunyai strategi-strategi tertentu untuk memupuk motivasi kendiri murid-muridnya melalui peluang pendidikan yang diberikan dan pengalaman pendidikan yang disediakan selaras dengan minat dan matlamat dan kebolehan mereka.
Kemahiran komunikasi
Meliputi komunikasi lisan dan bukan lisan.
Contoh: Guru efektif yang mengamalkan prinsip bercakap bersama dan bukannya kepada murid-murid, ibu bapa, pentadbir, dan sebagainya. Seterusnya guru efektif juga mengekalkan kritikan pada tahap minimum, mempunyai gaya komunikasi bersifat asertif berbanding agresif, manipulatif atau pasif, dan yang terakhir berusaha meningkatkan kemahiran komunikasi mjurid-murid melalui latihan, praktis dan sebagainya.
Kemahiran teknologi
Guru efektif seharusnya menguasai kemahiran teknologi selaras dengan perkembangan sains dan teknologi semasa dan seterusnya mengintegrasikan teknologi tersebut dalam proses P&P di dalam kelas serta mempelbagaikan bahan multi-media sebagai alat sokongan.
Wednesday, May 9, 2012
PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010
PELAN
INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010
PendahuluanModal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara mencapai Wawasan 2020 yang telah digagaskan. Merekalah yang akan meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara dalam mendepani cabaran dan tekanan besar persaingan abad ke 21. Agenda membina dan memupuk modal insan yang menjadi benih generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara.
Ringkasan Teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010
· Membina negara bangsaMemperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa.
· Membangunkan modal insanMeningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, memupuk pelajar memiliki kemahiran, ketrampilan dan disiplin.
· Memperkasakan Sekolah KebangsaanMenambah program prasekolah, memantapkan kepimpinan pengetua/guru besar dan kualiti guru serta kurikulum dan kokurikulum.
· Merapatkan jurang pendidikanMembangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar, mengurangkan keciciran dan meningkatkan bilangan guru terlatih di kawasan pedalaman.
· Memartabatkan profesion keguruanMenambah baik sistem pemilihan dan persekitaran kerja guru, memantapkan latihan perguruan, kerjaya, perancangan dan pengurusan sumber manusia.
· Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikanMemilih guru berkebolehan dan berkemahiran tinggi dan mewujudkan sekolah kluster yang memberi lebih autonomi kepada sekolah.
· Membina negara bangsaMemperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa.
· Membangunkan modal insanMeningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, memupuk pelajar memiliki kemahiran, ketrampilan dan disiplin.
· Memperkasakan Sekolah KebangsaanMenambah program prasekolah, memantapkan kepimpinan pengetua/guru besar dan kualiti guru serta kurikulum dan kokurikulum.
· Merapatkan jurang pendidikanMembangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar, mengurangkan keciciran dan meningkatkan bilangan guru terlatih di kawasan pedalaman.
· Memartabatkan profesion keguruanMenambah baik sistem pemilihan dan persekitaran kerja guru, memantapkan latihan perguruan, kerjaya, perancangan dan pengurusan sumber manusia.
· Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikanMemilih guru berkebolehan dan berkemahiran tinggi dan mewujudkan sekolah kluster yang memberi lebih autonomi kepada sekolah.
PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
1.0 FASA 1
- Zaman sebelum penjajahan British (1400
– 1786)
Zaman
Kerajaan Melayu Melaka (1402 – 1511)
-
Ulamak
Islam dari Mekah
-
Menyebarkan
ajaran Islam kepada raja, kerabat diraja dan rakyat
-
Al-Quran,
tafsir al-Quran, al-hadith, bahasa Arab (nahu/tatabahasa), Feqah, Tauhid (Rukun
Islam & Rukun Iman dan Tasauf (akhlak)
1.1 PERINGKAT PERTAMA
Rumah Tok
Guru
-
Belajar mengaji
al-Quran dan fardu ain
-
Ibu bapa
serahkan 100% tanggungjawab kepada Tok
Guru – Rotan (simbolik)
-
Percuma
– murid tolong Tok Guru di kebun, sawah, ternak binatang (khidmat sosial)
-
Zakat/sedekah
daripada ibu bapa
Generasi muda
yang berilmu, bertakwa dan beriman
-
Imam,
bilal, siak (urusan perkahwinan & kematian)
Tok guru
sebagai role model – mewarisi para nabi & disanjung tinggi dalam
masyarakat
Matlamat
Pendidikan: Mengabdikan diri kepada Allah SWT
1.2 PERINGKAT KEDUA
Masjid,
surau/madrasah
-
Bilangan
murid bertambah ramai
-
Pelajar
senior mengajar pelajar junior
-
Tok guru
lulusan dari Mekah
-
Tok guru
mengajar raja & kerabat diraja di istana
1.3 PERINGKAT KETIGA
Sekolah
pondok (sebahagian sekolah pondok masih kekal sehingga sekarang)
-
Tiada
sukatan pelajaran piawai
-
Kurikulum
Masjid al-Haram, Mekah
-
Kelulusan
tidak diiktiraf oleh kerajaan
-
Melanjut
pelajaran secara persendirian di Mekah, Kaherah (Mesir), Pakistan, India dsn.
1511 – Agama Kristian (Roman
Katolik) – Portugis
-
Roman
Protestant – Belanda
-
Pendidikan
Inggeris (1786 – Francis Light di Pulau Pinang)
2.0 FASA KEDUA – Zaman penjajahan Inggeris
(1786 – 1956)
1786 – 1942 (156 tahun)
1942 – 1945 (3 tahun 8 bulan) –
penjajahan Jepun
2.1 Sistem Pendidikan di Tanah Melayu
- Pendidikan Rendah
- Pendidikan Menengah
- Latihan Perguruan
- Pendidikan Vokasional &
Teknik
- Pendidikan Tinggi
- Pendidikan Rendah - 5 tahun
Objektif:
- Kemahiran asas mengira (Ilmu
Hisab) – berniaga secara kecil-kecilan
- Kepentingan nilai murni –
kesucian peribadi, kebersihan dsn.
- Kefasihan BI dlm kalangan anak
raja dan pembesar negeri (bangsawan)
Bacaan
sendiri: Ms 7 – 29 (Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Choong Lean Keow)
- Pendidikan Menengah
- Latihan Perguruan
- Pendidikan Vokasional & Teknik
- Pendidikan Tinggi
2.2 Penyata Razak (6 Mei 1956)
Allahyarham Tun
Haji Abdul Razak bin Hussein, Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu
Sistem
Pendidikan Kebangsaan
- Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan dan bahasa pengantar utama
- Kurikulum yang berorientasikan
alam sekeliling tanah air
- Sukatan pelajaran yang mempunyai
isi kandungan yang sama bagi semua sekolah
17 cadangan
dalam Penyata Razak, antaranya:
- Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
wajib bagi semua SR dan SM
- BI, BC dan BT menjadi bahasa pengantar
bagi sekolah jenis kebangsaan
- Peperiksaan awam yang berpusat
- Guru-guru SK dan SM yang
berkelayakan
- Penubuhan Jemaah Nazir
Persekutuan
Matlamat
Penyata Razak? – Untuk perpaduan rakyat
2.3 Latihan Perguruan:
Kirkby
Teachers’ Training College, England
(Guru BI di SR)
Brinsford
Lodge, England (Guru BI di SM)
- Maktab Perguruan Telok Belanga,
Singapura (1878)
- Maktab Perguruan Melayu Taiping
(1878)
- Maktab Perguruan Perempuan Melayu
Melaka (1900)
- Maktab Perguruan Melayu Matang
(1913)
- Maktab Perguruan Sultan Idris
(1922)
- Maktab Raffles di Singapura
(1928)
3.0 Perkembangan Sistem Pendidikan Selepas
Merdeka
(1957 – 2011)
- Penyata Rahman Talib (1960)
-
Pendidikan
percuma di SR
-
Kenaikan
darjah automatik sehingga tingkatan 3
-
Pendidikan
moral dititikberatkan
-
Latihan
perguruan diberikan penekanan
- Akta Pelajaran (1961)
- Laporan Hussein Onn (1971)
- Laporan JK Kabinet (1979) –
Penyata Mahathir
-
3M
-
BI
sebagai bahasa kedua
-
Pendidikan
sehingga tingkatan 5
-
Penerapan
nilai diberikan penekanan
4.0 Pendidikan
Semasa di Malaysia
4.1 Akta Pendidikan 1996
-
Memantapkan
sistem pendidikan kebangsaan
-
Pusat
Kecemerlangan Pendidikan bertaraf dunia
-
Menggariskan
perundangan dalam pendidikan
Ø Prasekolah diberikan penekanan dan dimasukkan
dalam sistem pendidikan kebangsaan
Ø Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
Ø Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (2010)
Ø Menaakul = reasoning (Berfikir secara
aktif dan boleh memberikan sebab dan musabab tentang sesuatu kejadian/fenomena)
Ø Pengkorporatan universiti
-
Kuasa
autonomi untuk mendapatkan sumber kewangan
-
Pensyarah
pakar di universiti dibenarkan membuat kerja sambilan selepas waktu pejabat dengan
syarat tidak menjejaskan tugas rasmi di universiti
Pendidikan
tinggi swasta – twinning program antara IPTA dengan IPT luar negara
BM – bahasa
pengantar utama di semua sekolah kecuali di SJKC dan SJKT
BM – mata
pelajaran wajib di semua sekolah
5.0 Dasar Pelajaran Kebangsaan (1961)
Misi KPM
- Membangunkan sistem pendidikan
yang berkualiti dan bertaraf dunia
- Memenuhi aspirasi negara kita –
Wawasan 2020
Matlamat
Pendidikan Kebangsaan
- Melahirkan bangsa Malaysia yang
bersifat taat setia dan bersatu padu
- Melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu, beriman, berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera
- Menyediakan sumber tenaga manusia
untuk keperluan negara
- menyediakan peluang pendidikan
yang sama untuk semua warganegera Malaysia
Pendidikan
wajib untuk rakyat Malaysia sejak 2003
Ibu bapa yang
sengaja tidak mendaftarkan anak untuk memasuki SR
RM5 000 atau
dipenjara tidak lebih daripada 6 bulan atau kedua-duanya sekali
-
Sekolah
Bestari (1990-an)
-
Sekolah
Wawasan
-
PPSMI
(Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam BI 2003 - 2009) – lebih
kurang 6 tahun
-
KIA 2M
(Kelas Intervensi Awal Membaca & Menulis)
6.0 PIPP
– Pelan Induk Pembangunan Pendidikan – 2006 hingga 2010) – ms 66 (111 – MSS)
Teras
1 – Membina negara bangsa
Teras
2 – Membangunkan modal insan
Teras
3 – Memperkasakan SK
Teras
4 – Merapatkan jurang pendidikan
Teras
5 – Memartabatkan profesion keguruan
Teras
6 – Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan
Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa
KAEDAH
PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Pengaplikasian
Pendekatan Pembelajaran Bahasa
Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud
cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu
kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun
untuk mencapai sesuatu matlamat.
PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASIONAL
Mackey(1965), salah
seorang penganjur pendekatan situasi, berpendapat bahawa pernyataan lisan bukan
sahaja merangkumi semua unsur kefahaman mendengar serta penggunaan unsur-unsur
bunyi bahasa yang betul dalam pola-pola nada dan intonasi yang betul tetapi
juga merangkumi pemilihan kata-kata dan unsur-unsur infleksi serta penyusunan
unsur-unsur tersebut dengan betul supaya tergambar makna yang betul. Pendekatan
situasi yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teori pembelajaran
behaviouris beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan memerlukan seseorang
penutur menguasai beberapa kemahiran kecil bagi menangkap, mengingat serta
menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa yang betul.
Pendekatan ini berpendapat bahawa
pengajaran kemahiran mestilah berlandaskan
prinsip pengajaran seperti pengajaran kemahiran lisan memerlukan usaha guru
yang banyak dan setiap gerak balas
yang betul perlu diteguhkan supaya gerak balas itu diulangi lagi. Murid-murid tidak boleh bertutur dengan lancar
jika mereka hanya mendengar pertuturan
orang lain sahaja. Jadi, para pelajar perlu diberi mereka peluang untuk
bertutur. Antara aktiviti berturtur yang
boleh dijalankan di dalam bilik darjah bagi pendekatan situasi ialah latih tubi,dialog dan nyanyian serta latihan pandang dan sebut.
Latih Tubi
Latih tubi dijalankan
bagi melatih murid menguasai bahasa, sebutan dan pola
yang digunakan oleh guru.latihan ini
dimulakan dengan penyebutan guru,
kemudian murid meniru dan mengulangi sebutan tersebut. Sekiranya murid masih
bermasalah dengan sebutan tersebut, murid harus mengulanginya lagi. Latih tubi
meliputi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi fonem
yang diambil dibahagian dialog kemudian dibaca oleh murid. Pasangan perkataan
yang mempunyai perbezaan yang paling kecil tetapi dapat menghasilkan makna
digunakan. Contohnya, daki dengan laki, tari dengan lari,malu dengan balu.
Dialog dan Nyanyian
Dialog atau perbualan
merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan lisan. Bahagian-bahagian
dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapat menyuruh murid meniru dan menghafal dialog. Aktiviti nyanyian dapat membantu
murid-murid menguasai kemahiran lisan kerana
menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak, nada yang betul.
Latihan Pandang dan Sebut
Gambar-gambar boleh
digunakan bagi menghasilkan pertuturan. Latihan
pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks
latihan. Carta bergambar,bahagian
filem dan slide juga digunakan. Semua
alat digunakan supaya murid-murid dapat menghasilkan pertuturan yang baik
PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN
TEKNIK PERMAINAN BAHASA
Permainan
bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik
permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar
memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat
dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai
kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan
kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara
khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan
bahasa tersebut iaitu merangsang interaksi verbal pelajar, menambah kefasihan
dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, bertindak sebagai alat yang
dapat mengikis rasa bosan dan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan
penggayaan. Permainan dapat menimbulkan situasi
pembelajaran yang mengembirakan murid. Guru
dapat memupuk semangat bersaing di antara murid-murid. Dapat menanamkan
semangat kerjasama antara ahli kumpulan. Selain itu, guru juga dapat melatih
murid-murid untuk mengaktifkan kecekapan bahasa mereka serta mengembangkan penguasaan keempat-empat kemahiran bahasa.
Tujuan Teknik Permainan
Mewujudkan satu
suasana pembelajaran bahasa yang selesa dan
Menggembirakan serta membolehkan
murid-murid menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan semasa bermain. Selain
itu, dengan menggunakan teknik permainan dalam pengajaran dan pembelajaran
dapat meneguhkan penggunaan unsur-unsur bahasa tertentu tanpa disedari oleh murid-murid.
Teknik ini juga dapat mewujudkan situsi sosial yang sihat bagi membolehkan
murid berinteraksi dengan rakan sebaya mereka dan mendorong minat murid untuk
berkerjasama bagi menjayakan sesuatu tugas yang diberi.
Contoh Permainan
Terdapat pelbagai contoh
permainan yang dapat diaplikasikan dalam teknik permainan. Antaranya ialah
permainan yang berasaskan pemerhatian atau ingatan, permainan yang berasaskan
huraian atau meneka, permainan yang berasaskan interaksi kumpulan atau antara
individu , permainan kad atau permainan dam.
PEMBELAJARAN BERASASKAN BAHAN / AKTIVITI
Aktiviti bermaksud
gerak kerja atau tindakan. Dibawah konteks pendidikan, ia melibatkan segala
gerak kerja yang dilakukan oleh guru dan murid untuk mencapai objektif
pelajaran. Dengan kata lain, aktiviti mengandungi segala tindakan dalam pengajaran
dan pembelajaran (P&P). Aktiviti juga merupakan suatu pendekatan utama
dalam pendidikan moden. J. Dewey (1910) mengatakan pelajaran haruslah berasaskan aktiviti murid. Melalui
aktiviti murid, JERIS mereka dapat dikembangkan secara menyeluruh dan seimbang.
Murid-murid akan belajar dengan lebih berkesan melalui cara praktik. Di dalam
konteks pendidikan moden, terdapat pelbagai aktiviti dan tugasan yang boleh
digunakan di sekolah.
Antaranya aktiviti yang
dapat dijalankan ialah membaca, menulis, mengira, bermain, berbincang, membuat
model, melukis, menyelesaikan masalah, menyanyi dan sebagainya. Penggunaan
pelbagai aktiviti P&P yang disarankan diatas telah menghasilkabeberapa
kaedah mengajar yang berkaitan seperti kaedah penyelesaian masalah, kaedah
perbincangan dan sebagainya. Kaedah ini juga digunakan untuk membimbing
murid-murid menjalankan aktiviti.
PENGAPLIKASIAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BAHASA.
Berasakan projek
1.Apakah itu pembelajaran
berasaskan projek?
Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul.
2. Senaraikan ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek?
• Ia boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.
• Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap.
• Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.
• Interaksi guru – murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses.
• Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap.
• Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data, dan pelaporan hasil juga refleksi kendiri.
• Sesuai dengan murid dan kurikulum.
• Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid.
3. Mengapakah pembelajaran berasaskan projek penting dalam sistem pendidikan bestari?
• Mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif di kalangan pelajar
yang pelbagai.
• Menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian dalam proses P & P.
• Menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan.
• Menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri.
• Mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu komuniti.
• Menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat.
• Memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza.
4. Apakah strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek?
• Memberi tugasan mengikut kurikulum.
• Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat.
• Menentukan jadual kerja.
• Pastikan bilangan ahli kumpulan kecil.
• Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan.
• Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek.
• Penilaian haruslah dilaksanakan sepanjang tempoh projek.
• Pelaksanaan dan perancangan projek haruslah berperingkat.
• Penyediaan JPT dan PMM
• Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek
• Memastikan pelajar membuat refleksi dari semasa ke semasa sepanjang pelaksanaan projek
Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul.
2. Senaraikan ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek?
• Ia boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.
• Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap.
• Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.
• Interaksi guru – murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses.
• Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap.
• Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data, dan pelaporan hasil juga refleksi kendiri.
• Sesuai dengan murid dan kurikulum.
• Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid.
3. Mengapakah pembelajaran berasaskan projek penting dalam sistem pendidikan bestari?
• Mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif di kalangan pelajar
yang pelbagai.
• Menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian dalam proses P & P.
• Menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan.
• Menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri.
• Mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu komuniti.
• Menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat.
• Memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza.
4. Apakah strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek?
• Memberi tugasan mengikut kurikulum.
• Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat.
• Menentukan jadual kerja.
• Pastikan bilangan ahli kumpulan kecil.
• Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan.
• Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek.
• Penilaian haruslah dilaksanakan sepanjang tempoh projek.
• Pelaksanaan dan perancangan projek haruslah berperingkat.
• Penyediaan JPT dan PMM
• Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek
• Memastikan pelajar membuat refleksi dari semasa ke semasa sepanjang pelaksanaan projek
Berpusatkan masalah.
Dilaksanakan
dengan penyeliaan guru. Boleh dilakukan secara kumpulan atau individu. Pelajar
harus dapat mengatasi rintangan untuk mencapai matlamat. Memerlukan proses
penakulan yang tinggi. Antara langkah yang perlu dipatuhi ialah kenal pasti
masalah, mencari maklumat, membuat andaian(hipotesis), menguji hipotesis,
menilai dan membuat rumusan. Semasa proses penyelesaian dilakukan pelajar boleh
bertukar pendapat,bekerjasama, meningkatkan pemahaman dan ingatan Penglibatan
pelajar adalah dituntut sepenuhnya .
PENGAPLIKASIAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BAHASA. (Berpusatkan bahan)
Strategi
ini lebih memberi penekanan kepada alat-alat bantu(ABM) yang digunakan bagi
membantu pengajaran guru. Alat-alat bantu ini terbahagi kepada dua iaitu bahan
pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran ialah semua bahan yang
digunakan oleh guru. Bahan pembelajaran ialah semua bahan yang disediakan oleh
kegunaan pelajar. Bahan tersebut memudahkan guru untuk membantu pembelajaran
pelajar menjadi lebih mudah.
Bertujuan
untuk membolehkan pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan
berkesan. Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah penggunaan dapat meningkatkan
minat dan kefahaman pelajar. Tidak semua sesi pengajaran memerlukan bahan.
Penggunaan bahan yang berlebihan dalam
satu-satu masa boleh mengakibatkan
masa terbuang dan isi pelajaran yang utama tidak dapat
disampaikan. Oleh itu, guru hendaklah menguasai kemahiran
menggunakan alat-alat yang ada terutamanya alat-alat
teknologi. Selain itu, bahan pengajaran yang sistematik dapat
membantu pelajar mengikuti pelajaran tanpa kehadiran guru.
Peranan
guru menjadi dominan apabila mengendalikan proses PnP. Pelajar hanya perlu
memberi tindak balas terhadap soalan-soalan yang diberikan. Dapat memupuk sifat
berdikari dalam kalangan pelajar kerana mereka perlu menghasilkan projek atau
ujikaji tanpa kehadiran guru. Dapat melatih diri menjadi satu pasukan yang saling
bekerjasama bagi memastikan sesuatu projek dapat disiapkan dengan sempurna
dalam masa yang ditetapkan.
PENGAPLIKASIAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BAHASA. (Berpusatkan murid.)
Ciri-ciri utama KBSR dan KBSM
adalah menjadikan pelajar sebagai pemain
utama dalam proses PnP. Pelajar lebih digalakkan melibatkan diri secara aktif
dalam setiap sesi pembelajaran. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau
pemudahcara.
Punca utama
pelajar menjadi bosan atau tidak berminat untuk mengikuti sesuatu mata
pelajaran ialah kurangnya pemahaman yang akan berakhir dengan kekecewaan dan
kebencian terhadap mata pelajaran tersebut. Ianya berpunca
daripa kurangnya penerapan pembelajaran berpusatkan
pelajar, tetapi lebih kepada berpusatkan guru. Kaedah tradisional
yang digunakan kebanyakan guru iaitu kaedah kuliah dan kaedah penerangan
terutamanya yang lebih berbentuk teori dan fakta akan membuatkan
pelajar bosan dan kurang berminat untuk mengikuti
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Guru banyak
menggunakan kaedah penerangan di dalam kelas (kuliah/ syarahan). Ilmu lebih
berbentuk hafalan di mana guru lebih kepada pendekatan meminta pelajar membuat nota dan hafal. Tiada berbincangan secara berkumpulan di
kalangan pelajar digalakkan untuk membolehkan berlakunya
proses penukaran. Pelajar lebih banyak bergantung kepada
guru untuk memahami sesuatu topik yang diajar Pengajaran kadang kala membosankan keranan tiada aktiviti yang melibatkan penglibatan
aktif pelajar dibuat. Guru lebih menumpukan kepada
penyediaan dari segi nota yang lengkap dan kerja rumah/
latihan secara individu. Pengajaran guru banyak bergantung kepada buku teks tanpa sebarang aktiviti yang menarik.
Strategi
berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan melibatkan
diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar. Kaedah ini boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat
memperkembangkan kreativiti pelajar supaya pelajar dapat
menyertai aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara
aktif. Komunikasi berbentuk dua hala antara guru dan pelajar dalam aktiviti
soal jawab amat sesuai digunakan apabila maklumat tidak
disampaikan secara berkesan berbanding dengan strategi
berpusatkan guru dan matlamatnya adalah untuk memperkembangkan
kemahiran pemikiran kritis serta kreatif.
Dalam
melaksanakan pembelajaran berpusatkan pelajar , pelajar-pelajar akan diberi
tugasan tertentu sama ada secara individu atau kumpulan dan mengikut tahap
kebolehan pelajar. Pelajar kemudiannya akan mendapatkan maklumat
daripada pelbagai sumber untuk menyiapkannya. Semasa
proses menyiapkan tugasan, pelajar-pelajar digalakkan
sentiasa berhubung dengan guru. Dalam perkembangan berkaitan, guru berperanan sebagai fasilitator dan satu perkara yang perlu diberi
perhatian ialah guru mesti memantau proses yang dilakukan
oleh pelajar sepanjang masa dan secara berterusan. Dengan
lain perkataan, guru hendaklah memastikan diri mereka mudah diakses oleh para pelajar pada setiap masa dan untuk tujuan tersebut,
Langkah yang
terakhir dalam pembelajaran berpusatkan pelajar ialah pembentangan
hasil tugasan Semasa pembentangan, rakan-rakan sebaya digalakkan memberi pendapat, pandangan atau mengemukakan soalan. Ini akan
menggalakkan pemikiran secara kreatif dan kritis di
kalangan para pelajar.
Dalam
proses pengaplikasian pembelajaran berpusatkan pelajar, masa banyak
diperuntukkan kepada pelajar untuk meneroka dan menyelesaikan masalah
pembelajaran dengan bantuan guru. Komunikasi dua hala berlaku dalam proses ini.
Guru
mengamalkan corak kepimipinan demokratik di mana pelajar bebas
untuk bertanya dan memberikan pendapat mereka. Lebih
diberi penekanan terhadap pencapaian objektif
pembelajaran . Teknik perbincangan dijalankan lebih
banyak untuk memupuk sifat kerjasama dan toleransi dalam
kalangan pelajar yang mempunyai pelbagai corak kebolehan
dan minat.
Selain itu,
guru berpeluang berinteraksi dengan pelajar dan boleh mengesan
kelemahan mereka di peringkat awal lagi. Masalah tersebut
dapat diatasi lebih awal lagi. Hasilnya, pelajar dapat
berkembang mengikut kesediaan mereka.
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
1.
Teori Behaviorisme
·
Diasaskan oleh Ivan
Parlov( gunakan anjing sebagai subjek penyelidikan), dan Leonard Bloomfield.
·
Dikembangkan oleh Watson,
Skinner dan Thorndike
·
Pembelajaran telah berlaku melalui perubahan tingkah
laku manusia.
·
Permerolehan sesuatu perlakuan terjadi melalui ulangan dan latih tubi.
·
Semua bentuk pembelajaran tidak ada kaitan dengan
keupayaan mental.
·
Tingkah laku manusia adalah ditentukan oleh
persekitaran dan pengalaman lampau mereka
·
Dalam proses pembelajaran, aliran ini menekankan
kepentingan rangsangan dan tindak balas.
·
Penekanan kepada latihan yang berulang perlu diberikan
perhatian.
·
Dalam P & P bahasa, aliran ini satu latihan.
·
Bahasa merupakan sesuatu yang hidup dan berubah, perlu dipelajari dalam suasan
lisan.
·
Latihan adalah perlu untuk membentuk kebiasaan dalam
berbahasa
·
Penggunaan bahan sokongan adalah penting untuk
mendapatkan gerak balas yang sempurna
·
Teori behaviurisme bersandarkan kepada perubahan
tingkah laku (learning leads to a change in behaviour), iaitu
pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku. Dengan melakukan sesuatu
secara berulang-ulang maka tingkah laku itu akan dikuasai secara automatik.
Pavlov (1849–1936) yang menjalankan eksperimen menggunakan anjing, makanan dan
loceng membuktikan bahawa apabila loceng dibunyikan, secara automatik anjing
akan mengeluarkan air liur kerana makanan akan disajikan. Thorndike (1874–1949)
pula mengemukakan Teori S-R atau Stimulus-Response Theory (teori
pelaziman operan), yang mana rangsangan terlazim menghasilkan respons terlazim.
Misalnya, kucing yang lapar "belajar" membuka sangkarnya (respons
terlazim) untuk mendapatkan makanan yang dihidang di luar sangkar (stimulus
terlazim). Thorndike percaya bahawa hubungan neural terbentuk antara stimulus
dengan respons apabila respons adalah positif, dan pembelajaran berlaku apabila
hubungan itu membentuk corak tingkah laku yang dikehendaki. Lanjutan daripada
itu, Skinner (1904–1990) mengemukakan teori Contiguity of
Feedback/Reinforcement, iaitu tingkah laku boleh dibentuk dengan memberi
peneguhan secara positif atau negatif. Misalnya, pelajar diberi
·
ganjaran/pujian
(peneguhan positif) apabila berjaya melakukan sesuatu seperti menghabiskan
kerja rumah atau sebaliknya dihukum (peneguhan negatif) kerana tidak menyiapkan
kerja rumah. Teori ini tidak dapat menerangkan tentang proses pembelajaran dan
proses pemikiran, ia hanya dapat menerangkan pembentukan tingkah laku melalui
proses rote-learning.
2.
Teori mentalis
·
Teori dipelopori oleh Noam Choamsky
·
Ahli-ahli psikologi yang sealiran dengan fahaman ini
ialah Jean Piaget, Robert Glazer, John
Anderson, David Ausaubel, Bruner, Gagne, dan lain-lain.
·
Fahaman ini menekankan kepentingan keupayaan berfikir
secara memproses dan menilai data tindakan dapat dilakukan.
·
Menurut mereka lagi, manusia adalah haiwan, tapi
bersifat lebih rasional dan aktif dalam menyelesaikan masalah.
·
Sistem pengolahan informasi dapat dikawal dengan baik
oleh fikiran dan pengetahuan yang sentiasa dalam berada dalam keadaan sedar.
·
Teori
kognitif memfokus kepada proses di sebalik
tingkah laku yang ditunjukkan. Perubahan tingkah laku yang diperhati dijadikan
sebagai petunjuk kepada apa yang mungkin berlaku dalam minda pelajar. Teori ini
menerangkan pembelajaran sebagai proses yang melibatkan pemerolehan dan
penyusunan semula struktur kognitif kepada bentuk yang bermakna dan mudah
diingat oleh pelajar. Bermula dengan teori perkembangan kognitif Piaget (1926
dalam Good & Brophy, 1990) teori ini menerangkan bahawa skema (the
internal knowledge structure) berkembang apabila kanak-kanak berinteraksi
dengan persekitarannya dan skema itu sentiasa berkembang dan berubah kerana
menyerap dan menyimpan maklumat baru. Gagne (1985) pula menerangkan terdapat
tiga peringkat pemprosesan maklumat, iaitu daftar deria (sensory register) dalam
ingatan aktif (working memory, WM), ingatan jangka pendek (short-term
memory, STM) dan ingatan jangka panjang (long-term memory, LTM).
Maklumat baru yang dipelajari akan didaftarkan dalam WM dan jika diperlukan
buat sementara waktu, ia akan disimpan dalam STM. Selepas digunakan beberapa
kali, maklumat ini menjadi kekal dan disimpan dalam LTM untuk tempoh masa yang
lama. Apabila maklumat ini perlu diingat kembali, ia akan diaktifkan semula dan
dibawa ke WM untuk digunakan. Menurut Gagne, maklumat dalam minda sentiasa
diproses dan diadaptasikan apabila maklumat baru diterima dan proses ini
dinamakan proses pembelajaran. Ausubel (1978) menyokong teori pembelajaran ini
melalui kajiannya yang mendapati bahawa jika pembelajaran itu memberi kesan
kepada pelajar, maka ia akan lebih mudah dipelajari, diingat dan
dihubungkaitkan dengan skema sedia ada, serta lebih kekal dalam ingatan. Bidang
kajian ini dinamakan Sains Kognitif.
3.
Teori konstruktivisme
·
Diasaskan oleh Lev
Semenovich Vygotsky.
·
Memberi penekanan khsus kepada perbezaan individu.
·
Mengaitkan pengaruh budaya dengaqn proses p & p.
·
Pengalaman pelajar menjadi perkara pokok dalam
pembelajaran
·
Cara berfikir kanak-kanak dipengaruhi oleh unsur alam
seperti sikap, kemahiran,idea dan sebagainya.
·
Pelajar harus mengeksploitasi unsur alam tersebut demi
pembelajaran mereka.
·
Kanak-kanak mempunyai pandangan yang berbeza dengan
orang dewasa mengenai unsure
·
Diperoleh murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah
– rakan/ guru.
·
Cth: dalam pembinaan ayat.
·
Pembinaan semula ayat dianggap sebagai pembangunan
semua minda untuk mencipta sesuatu yang baru.
·
Guru boleh membantu pelajar mengurangkan jurang
perbezaan antara pandangan pelajar dengan orang dewasa.
·
Guru akan bertindak sebagai pemudah cara. Antara
konsep yang penting dalam teorinya ialah:
o
Zon perkembangan proksimal
o
Perancah
o
Perantaraan semiotik
o
Peraturan batin
4.
Teori Intraksonalisme
·
Pelopor :
Halliday
·
Mementingkan aktiviti komunikasi.
·
Seseorang menghasilkan bahasa apabila memerlukannya.
·
Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif &
proses interaksi bahasa.
·
Melalui interaksi terhasillah ayat penyata & ayat
perintah.
·
Melibatkan apa sahaja yang bersangkut paut dengan cara
hidup satu kumpulan manusia atau masyarakat.
·
Manusia dapat bertindak balas secara peka terhadap
pengalaman. Dengan ini mereka dapat memperkembangkan kepercayaan mereka
terhadap dunia disekeliling mereka.
·
Kanak-kanak yang dilahirkan adalah bergantung
sepenuhnya kepada orang lain. Mereka tidak dapat memperkembangkan
·
Dalam konteks pengajaran,aliran ini berpendapat
sekolah ialah satu kumpulan sosial dan pelajar harus mengembangkan kapasiti
sosial mereka semaksima mungkin.
·
Dalam proses pembelajaran, pelajar harus dapat belajar
dalam situasi dan konteks sosial yang sebenar, yang memberi peluang mereka
berinteraksi, kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, bertanggungjawab dan penuh
keyakinan diri.
·
Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman
dan mereka bebas untuk membuat pilihan. Pengaruh persekitaran tidak berupaya
untuk mempengaruhi mereka.
·
Manusia saling memerlukan pengaruh antara satu dengan
lain
Subscribe to:
Posts (Atom)