Wednesday, April 27, 2011

What daa...


Sedang Z bersiap-siap untuk tidur, telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk. Z dengan pantasnya mencapai hensetnya dan dengan rakusnya membaca SMS yang berbunyi


"Nikmati panggilan puas-puas kepada rakan-.."  Dengan marahnya, Z terus melempar henset itu ke atas katilnya. Z terus mengemaskan katil untuk tidur dan tetiba, Z terdengar bunyi orang mengetuk pintu bilik dia. Z terus memandang rumetnya yang sedang nyenyak tidur dan cuba membatukan dirinya. Ketukan pintu biliknya itu semakin kuat dan Z rasa sangat geram lalu Z bertanya kepada pengetuk pintu siapakah gerangannya. Tetapi, ketukan itu berhenti dan Z agak kaget kerana dia mendapati tiada sesiapa di luar bilik dia. Walaupun dia takut, Z buat bodoh je sebab dia tahu kalau dia takut, mesti akan terjadi benda lain. Jadi, Z terus tidur dan secara tiba-tiba, henset dia berbunyi dan Z mendapati ianya adalah nombor yang tidak dikenali. Tanpa mengesyaki apa-apa, Z terus membaca mesej tersebut dan




















terdapat sebijik gambar hantu terpampang dan Z berpaling ke katil rumet dia dan Z dapati terdapat satu lembaga yang mukanya bercahaya. Z yang tengah lemah semangat kerana takut dengan gangguan sebentar tadi terus terjerit dan pintu bilik dia terbuka secara tiba-tiba
















lalu tersembullah muka kawan-kawan Z yang lain. Rupa-rupanya mereka nak celebrate birthday dia daa.. Dan lembaga tadi tu ialah rumet dia yang pegang torchlight...

hik3..bye yum~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...