ok2, ni semua sebab aku tengah bosan, bosan duk sorang-sorang dalam bilik nih, xde orang nak ketuk pintu bilik aku tanya aku da makan ke, aku hidup lagi ke?
and and, sebijik mesej pon xmasuk ari nih..selalu ada la mesej dari pakwe ak, iaitu CELCOM masuk, tapi ari nih?? cuti kot celcom nih, xde mesej langsung..huhh..xpelaa, masa dapat mesej dari celcom bukan main la kata nak putus, tapi celcom ni yang xmau putus (kononnye laa) tapi bila xdapat mesej, nak la pulak..
alaaa..aku sebenarnya nak dengar la bunyi mesej aku yang comel tuh ..( munchowasshong~) ala, tema mesej secret garden tuh..tapi adehh..ari ni langsung xmasuk mesej..
eh eh~masa aku tengah taip nih, ada mesej masuk~yay..dari abah aku laa...ahakss...
urmm...ok2 sambung yer..cerpen aku nak start dah nih..baca yerk... cerita ini dibuat sebab sekarang musim durian kot..sebab aku ada bau kat bilik senior buah durian..bez wehh..da la tahun lepas aku tak sempat makan durian sebab masa aku balik rumah, musim durian da habis laa.. >_<
Jam menunjukkan pukul 8.00 malam. Aku membuka laptopku sambil menonton cerita Secret Garden. Cerita ini aku ulangi untuk kesekian kalinya kerana kebosanan melanda diriku.
"Tok tok tok..." Bunyi ketukan pintu.. 'Tok tok tok.." Sekali lagi ketukan pintu berbunyi...
" Huhh..sapa nih? Malam-malam gini datang rumah orang nih..." Aku mengomel dalam hati.
" Sekejap.. Kot ye pon, ilex laa.. Orang datang la nih.. Jangan la ketuk pintu lagi.," Aku berteriak kepada pengetuk pintu kerana ketukan pintu bilik aku semakin kuat kedengaran. Aku melangkah untuk membuka pintu dengan malasnya. Apabila aku membuka pintu, aku terkejut kerana melihat sebijik buah durian di hadapan muka aku.
" What da f..." Tak sempat aku menghabiskan kata-kata aku, aku melihat kawan aku di sebalik buah durian itu tersengih melihat aku.
" Woitt...nak datang tak gitau.. Ishh, ko ni kann.." Aku marah kawan aku tuh.
" Hehee..oitt, kot ye pon nak marah aku, jemput la aku masuk bilik dulu.. Ni tak, cakap kat luar bilik.. Nih, tolong la angkat buah durian nih.." Dia mengomel sambil mengunjukkan buah durian di kakinya. Waa..banyak giler buah durian yang dia bawak. Ada la tiga bijik.. Aku hanya tersenyum mendengar ngomelan dia tu, sambil mengangkat buah durian di sisi kakinya itu. Dia memberitahuku bahawa Sue dalam perjalanan nak datang ke bilik aku sebab nak makan durian jugak.
" Weh, mana rumet ko? Dia kan suka jugak makan durian nih.." Zati bertanya kepada aku.
" Lia balik la weh.. Aku dok sorang je minggu nih..tak de orang nak temankan aku.." Aku buat ayat sedih..
" Weh, macam la ko tak biasa duk sorang-sorang..bukan ke ko dah biasa tidur sorang-sorang hujung minggu?hahaahaa.."
" Woitt..ko gelakkan aku yer??ceitt.."
Belum sempat aku nak mengetuk kepala Zati kami terkejut mendengar kuakan pintu bilik aku dibuka dengan kasarnya dan tersembullah muka Sue di sebalik pintu bilik aku itu.
" Ceitt..kot ye pon ko kebulur nak makan durian nih, jangan la sampai buka pintu bilik aku tu dengan ganasnyer...kalau tercabut pintu bilik aku, ko nak ganti ker?? haa...jawab,jawab." Aku marah Sue. Sue hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal tuh..
" Tu nak wat muka comel tak bersalah la tuh..hek enee..aku tak kan tergoda laa..uweekk.." Zati pulak menyambung kata-kata aku apabila melihat Sue membuat muka comel..
" Sebab..sebab aku takut korang tak tinggalkan durian untuk aku la weh..korang tak tahu aku berlari sepantas kilat tadi dari bilik aku, sebab aku takut la korang makan sampai habis, tak tinggal sebijik pon untuk aku..huhuu" Zati memberi alasan..
" Urmm.. Alasan ko boleh diterima.. Da lah..jom kita makan.." Aku terus mencapai durian..
" Weh, ko reti ke nak buke durian nih?" Zati bertanya kepada aku..
" Erkk, aku sebenarnya bukan tak pandai, tapi aku malas..hak,hak, hak.." Aku terus memberi durian itu kepada Zati. Zati dan Sue hanya membuat muka bila mendengar aku berkata demikian. Diorang sebenarnya dah tahu bahawa aku memang tak reti.
" Aku sebenarnya memang la tak pandai, sebab durian nih, tajam durinya. Orang yang berpengalaman je boleh buka, orang yang tak pandai nak buka tak boleh punyaa..sebab nanti luka.." Buaahahahaa.. Ketawa kedua-dua kawan aku pecah mendengar ayat penyedap hati aku tuh.
" Yela, yelaa.. Betulla tuh. " Mereka berdua berkata serentak..
Selepas beberapa minit Zati berhempas pulas membuka buah durian tersebut, kami dengan rakusnya memakan buah durian itu. Sedapnya tak terkata sampai kami tidak menyedari bahawa ada orang sedang mengetuk pintu bilik aku.
" Weh, korang dengar tak apa yang aku dengar nih??" Aku bertanya kepada Zati dan Sue.
" Apa??" Mereka bertanya serentak. Kami terdiam seketika sambil mengamati bunyi yang aku dengari itu. Kami mendapati bahawa itu adalah bunyi ketukan pintu bilik aku. Aku dengan malasnya bingkas bangun membuka pintu bilik aku dan tersembullah muka jiran sebelah bilik aku, Erni di luar bilik aku itu. Aku terus menjemputnya masuk sambil memanggil rumetnya, Dura juga.
" Weh, masuk la.. Jom makan buah durian.." Aku menjemputnya dan dia membalas,
" Laa, aku baru nak panggil ko makan durian kat bilik aku..ko da ada durian rupanya.."
" Ehh, ko pon bawak buah durian ke?" Aku bertanya kepanya.
" Aku beli tadi, tapi sebijik je laa..aku takut tak habis nanti.." kata Erni, jiran aku.
" Ooo..weh, mari la makan bersama..kat sini ada tiga bijik, tapi kami da makan sebijik tadi..hahahaa" Zati menyampuk kami bercakap.
" Jom laa..kita campur" Aku memberi cadangan. Erni hanya mengangguk dan berkata Nabila ada bersama di biliknya lalu memanggil Nabila datang ke bilik aku.
Kami berenam kemudiannya meneruskan projek kami memakan buah durian..Tanpa kami sedari kami telah menghabiskan kesemua durian tersebut..
" Waa..gila betul la kita nih..boleh habiskan empat bijik durian..kembung la perut kita lepas nih..hahhaa" Sue berkata. Kami hanya ketawa mendengar kata-katanya itu.
" A'ahh laa..gila betul kita nih..kekekee.." Kami menyetujui kata-kata Sue..Akhirnya kami bergegas ke pantry dan membasuh tangan dan mulut kami. Selepas itu, kami menyambung kembali gossip-gossip skit, ngumpat-ngumpat skit..*eh eh..budak baik tak baik ngumpat tau*
tepat pukul 12 malam..sorang demi sorang meninggalkan bilik aku untuk kembali ke bilik masing-masing.. Tinggallah aku dengan Zati dalam bilik aku tuh.. Zati bagitau aku dia nak tidur bilik aku malam nih.. Almaklumla rumet dia balik jugak..=_= Jadi, kami pon menyambung la gosip kami sampai la pukul 2 pagi.. Kami berasa mata kami mulai berat lalu aku mengusulkan kepada Zati supaya kami menyambung gosip kami pada esok hari pulak..
Pada pagi itu, tepat pukul 5 pagi, aku terkejut apabila mendengar suara orang sedang bercakap. Aku terus berpaling ke katil sebelah dan mendapati Zati sedang mengigau. Aku mengamati kata-katanya sambil berfikir di dalam hati, 'esok boleh kenakan Zati nih..muahahaa' sambil aku ketawa jahat..
" Urmm..sedapnya..nak lagi laa...esok kita makan lagi yer..hehehee.." " Durian, durian mengapa engkau sedap? Macam mana aku tak sedap, aku kan raja buah.." Zati mengulanginya sebanyak 3 kali...
Buahahhaaa..ketawa aku hampir pecah mendengar kata-kata AKA nyanyian Zati tuh..seronok sangat makan durian sampai mengigau..wakakaa.. Selepas itu, aku kembali tidur dan bangun tepat pukul 6.30 pagi untuk solat Subuh dan mengejutkan Zati jugak untuk solat Subuh. Semasa aku mengejutkan Zati, aku teringat ngigauannya pada pagi tadi..Aku hanya ketawa dalam hati...
Pada pukul 10 pagi, aku dan kawan-kawan aku berkumpul dalam bilik aku dan aku mula menceritakan kisah ngigauan Zati pada pagi tadi dan kami hanya ketawa geli hati mendengar cerita tersebut..Zati pulak hanya senyum-senyum kambing sahaja..*senyum kambing tu macam mana ek?ahh..xpe,asal sedap tulis dalam ni jek..ngee~*
THE END~
P/S: kisah ini tak ada mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia..nama dalan cerita ini hanya rekaan semata-mata..sekiranya terdapat kesamaan, itu hanyalah kebetulan sahaja..
mengong la wei...dh gne??best x durian 2???
ReplyDelete@eyn @ efujy
ReplyDeletehahaaa..ni cume fiksyen laa...aku reka je cite nih...sambil tambah skit kesamaan dalam diri aku nih..cewaahh...hahhaa..
mana ada kaitan ngan diri aku pon..hahaha
ad gop org ngokngekksss gniee..
ReplyDelete@Flynn
ReplyDeletemuahahahaa..ada2..ni la salah sorgnyer...hahaa...
bosan bnornye plynn oii...tubik la cite nih ni..=_=
teruskan dengan penulisan anda^^huhu
ReplyDelete@lyiana
ReplyDeletehuhuu..tnx~ =_=