Thursday, January 13, 2011

Teori Pemerolehan Bahasa

Terdapat 4 teori pemerolehan bahasa dalam BM iaitu:-

1) Teori Behaviorisme
  • Diasaskan oleh Ivan Pavlov( gunakan anjing sebagai subjek penyelidikan), dan Leonard Bloomfield.
  • Dikembangkan oleh Watson, Skinner dan Thorndike
  • Pembelajaran telah berlaku melalui perubahan tingkah laku manusia.
  • Permerolehan sesuatu perlakuan  terjadi melalui ulangan dan latih tubi.
  • Semua bentuk pembelajaran tidak ada kaitan dengan keupayaan mental.
  • Tingkah laku manusia adalah ditentukan oleh persekitaran dan pengalaman lampau mereka
  • Dalam proses pembelajaran, aliran ini menekankan kepentingan rangsangan dan tindak balas.
  • Penekanan kepada latihan yang berulang perlu diberikan perhatian.
  • Dalam P&P bahasa, aliran ini satu latihan.
  • Bahasa merupakan sesuatu yang hidup  dan berubah, perlu dipelajari dalam suasan lisan.
  • Latihan adalah perlu untuk membentuk kebiasaan dalam berbahasa
  • Penggunaan bahan sokongan adalah penting untuk mendapatkan gerak balas yang sempurna
  • Teori behaviurisme bersandarkan kepada perubahan tingkah laku (learning leads to a change in behaviour), iaitu pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku. Dengan melakukan sesuatu secara berulang-ulang maka tingkah laku itu akan dikuasai secara automatik. Pavlov (1849–1936) yang menjalankan eksperimen menggunakan anjing, makanan dan loceng membuktikan bahawa apabila loceng dibunyikan, secara automatik anjing akan mengeluarkan air liur kerana makanan akan disajikan. Thorndike (1874–1949) pula mengemukakan Teori S-R atau Stimulus-Response Theory (teori pelaziman operan), yang mana rangsangan terlazim menghasilkan respons terlazim. Misalnya, kucing yang lapar "belajar" membuka sangkarnya (respons terlazim) untuk mendapatkan makanan yang dihidang di luar sangkar (stimulus terlazim). Thorndike percaya bahawa hubungan neural terbentuk antara stimulus dengan respons apabila respons adalah positif, dan pembelajaran berlaku apabila hubungan itu membentuk corak tingkah laku yang dikehendaki. Lanjutan daripada itu, Skinner (1904–1990) mengemukakan teori Contiguity of Feedback/Reinforcement, iaitu tingkah laku boleh dibentuk dengan memberi peneguhan secara positif atau negatif. Misalnya, pelajar diberi
  • Ganjaran/pujian (peneguhan positif) apabila berjaya melakukan sesuatu seperti menghabiskan kerja rumah atau sebaliknya dihukum (peneguhan negatif) kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Teori ini tidak dapat menerangkan tentang proses pembelajaran dan proses pemikiran, ia hanya dapat menerangkan pembentukan tingkah laku melalui proses rote-learning.
 2) Teori Mentalis
  • Teori dipelopori oleh Noam Choamsky
  • Ahli-ahli psikologi yang sealiran dengan fahaman ini ialah Jean Piaget, Robert Glazer, John Anderson, David Ausaubel, Bruner, Gagne, dan lain-lain.
  • Fahaman ini menekankan kepentingan keupayaan berfikir secara memproses dan menilai data tindakan dapat dilakukan.
  • Menurut mereka lagi, manusia adalah haiwan, tapi bersifat lebih rasional dan aktif dalam menyelesaikan masalah.
  • Sistem pengolahan informasi dapat dikawal dengan baik oleh fikiran dan pengetahuan yang sentiasa dalam berada dalam keadaan sedar.
  • Teori kognitif memfokus kepada proses di sebalik tingkah laku yang ditunjukkan. Perubahan tingkah laku yang diperhati dijadikan sebagai petunjuk kepada apa yang mungkin berlaku dalam minda pelajar. Teori ini menerangkan pembelajaran sebagai proses yang melibatkan pemerolehan dan penyusunan semula struktur kognitif kepada bentuk yang bermakna dan mudah diingat oleh pelajar. Bermula dengan teori perkembangan kognitif Piaget (1926 dalam Good & Brophy, 1990) teori ini menerangkan bahawa skema (the internal knowledge structure) berkembang apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitarannya dan skema itu sentiasa berkembang dan berubah kerana menyerap dan menyimpan maklumat baru. Gagne (1985) pula menerangkan terdapat tiga peringkat pemprosesan maklumat, iaitu daftar deria (sensory register) dalam ingatan aktif (working memory, WM), ingatan jangka pendek (short-term memory, STM) dan ingatan jangka panjang (long-term memory, LTM). Maklumat baru yang dipelajari akan didaftarkan dalam WM dan jika diperlukan buat sementara waktu, ia akan disimpan dalam STM. Selepas digunakan beberapa kali, maklumat ini menjadi kekal dan disimpan dalam LTM untuk tempoh masa yang lama. Apabila maklumat ini perlu diingat kembali, ia akan diaktifkan semula dan dibawa ke WM untuk digunakan. Menurut Gagne, maklumat dalam minda sentiasa diproses dan diadaptasikan apabila maklumat baru diterima dan proses ini dinamakan proses pembelajaran. Ausubel (1978) menyokong teori pembelajaran ini melalui kajiannya yang mendapati bahawa jika pembelajaran itu memberi kesan kepada pelajar, maka ia akan lebih mudah dipelajari, diingat dan dihubungkaitkan dengan skema sedia ada, serta lebih kekal dalam ingatan. Bidang kajian ini dinamakan Sains Kognitif.
3) Teori Konstuktivisme

  • Diasaskan oleh Lev Semenovich Vygotsky.
  • Memberi penekanan khsus kepada perbezaan individu.
  • Mengaitkan pengaruh budaya dengaqn proses p & p.
  • Pengalaman pelajar menjadi perkara pokok dalam pembelajaran
  • Cara berfikir kanak-kanak dipengaruhi oleh unsur alam seperti sikap, kemahiran,idea dan sebagainya.
  • Pelajar harus mengeksploitasi unsur alam tersebut demi pembelajaran mereka.
  • Kanak-kanak mempunyai pandangan yang berbeza dengan orang dewasa mengenai unsur
  • Diperoleh murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah – rakan/ guru.
  • Cth: dalam pembinaan ayat.
  • Pembinaan semula ayat dianggap sebagai pembangunan semua minda untuk mencipta sesuatu yang baru.
  • Guru boleh membantu pelajar mengurangkan jurang perbezaan antara pandangan pelajar dengan orang dewasa.
  • Guru akan bertindak sebagai pemudah cara. Antara konsep yang penting dalam teorinya ialah: 
        o   Zon perkembangan proksimal
        o   Perancah
        o   Perantaraan semiotik
        o   Peraturan batin

4) Teori Intraksionalisme


  • Pelopor : Halliday
  • Mementingkan aktiviti komunikasi.
  • Seseorang menghasilkan bahasa apabila memerlukannya.
  • Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif & proses interaksi bahasa.
  • Melalui interaksi terhasillah ayat penyata & ayat perintah.
  • Melibatkan apa sahaja yang bersangkut paut dengan cara hidup satu kumpulan manusia atau masyarakat.
  • Manusia dapat bertindak balas secara peka terhadap pengalaman. Dengan ini mereka dapat memperkembangkan kepercayaan mereka terhadap dunia disekeliling mereka.
  • Kanak-kanak yang dilahirkan adalah bergantung sepenuhnya kepada orang lain. Mereka tidak dapat memperkembangkan
  • Dalam konteks pengajaran,aliran ini berpendapat sekolah ialah satu kumpulan sosial dan pelajar harus mengembangkan kapasiti sosial mereka semaksima mungkin.
  • Dalam proses pembelajaran, pelajar harus dapat belajar dalam situasi dan konteks sosial yang sebenar, yang memberi peluang mereka berinteraksi, kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, bertanggungjawab dan penuh keyakinan diri.
  • Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan mereka bebas untuk membuat pilihan. Pengaruh persekitaran tidak berupaya untuk mempengaruhi mereka.
  • Manusia saling memerlukan pengaruh antara satu dengan lain

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...