Wednesday, January 12, 2011

Teori Fungsional


Teori ini berkembang pada tahun 1960-an dan 1970-an.  Ahli-ahli bahasa fungsional iaitu Halliday dan Wilkins, bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi struktur malahan mereka juga memberikan perhatian terhadap fungsi bahasa sebagai alat komunikasi.  Kajian bahasa bukan semata-mata tertumpu kepada bentuk-bentuk bahasa bahkan juga terhadap perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi.  Halliday menganggap bahasa sebagai alat perhubungan. 
Teori ini mewujudkan pelbagai variasi bahasa dalam penggunaan bahasa.  Fungsi sosial bahasa memainkan peranan penting dalam pembentukan sistem bahasa.  Hal ini kerana teori ini mementingkan aspek semantik.  Pengukuhan bahasa boleh berlaku secara verbal dan non-verbal.  Penggunaan bahasa dapat menggambarkan fikiran dan emosi penutur.  Teori ini turut memberi perhatian kepada fungsi bahasa sebagai alat komunikasi.  Aspek yang ditekankan ialah perubahan yang berlaku pada bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi.
Tiga fungsi utama dalam berbahasa ialah fungsi ideasional, interpersonal, dan tekstual.  Fungsi ideasional menyatakan pengucapan serta hasrat dan fikiran.  Manakala, fungsi interpersonal menggambarkan gambaran operasi bahasa sebagai alat interaksi.  Dan akhir sekali, fungsi tekstual menggambarkan bagaimana bentuk-bentuk ayat untuk menyampaikan mesej.
Teori ini sangat mementingkan aspek semantik.  Kajian bahasa bukan setakat struktur tetapi fungsinya sebagai alat komunikasi.  Ahli-ahli bahasa fungsional mempunyai anggapan tertentu tentang bahasa, antara lainnya ialah sistem bahasa yang digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi bukan merupakan satu sistem yang tertutup dan statik sebaliknya terbuka dan dinamis.  Seterusnya, asas elemen-elemen dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukannya hubungan sintaksis. Oleh sebab bahasa tidak statik, maka terdapat variasi dalam penggunaan bahasa. Kemudian, variasi bahasa ini timbul disebabkan tuntutan sesuatu situasi sosial.  Sebagai alat perhubungan, fungsi bahasa bukan setakat untuk menggambarkan fikiran tetapi juga dapat menggambarkan penuturnya.

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...