Zaman Rom
Orang Rom telah mengambil ahli bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh.
Mereka telah mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa
Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem
bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang menyumbang kepada
perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan
mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada
semua pengkaji bahasa selepas zaman itu.
Setelah runtuhnya zaman Iskandariah, pusat pengajian berpindah ke Rom.
Usaha-usaha yang dibuat oleh orang-orang Yunani dalam bidang tatabahasa telah dilakukan
khususnya terhadap bahasa Yunani tetapi terlalu sedikit kajian yang telah dibuat
terhadap bahasa Latin. Orang-orang Roma mendirikan peradaban dalam bidang tatabahasa
tradisional ini menyambung sahaja usaha-usaha yang telah
dilakukan oleh orang-orang Yunani sebelum darinya. Cuma yang berbeza adalah
dari segi bahasa yang dikaji itu sahaja. Orang Yunani mengkaji bahasa Yunani,
manakala orang-orang Roma sama sahaja dengan yang telah dilakukan oleh
oran-orang Roma sama sahajadengan yang telah dilakukan oleh orang-orang Yunani
terhadap bahasa yang dikaji oleh mereka itu. Kajian di zaman Yunani banyak mempengaruhi pemikiran dan
pengkajian tatabahasa zaman Roma. Orang-orang Roma telah terpengaruh dengan sifat pengkajian orang-orang
Yunani seperti Aristostle. Pengaruh orang-orang Iskandariah dan Stoik misalnya,
jelas sekali terlibat dalam kerja-kerja Vorra yang membuat kajian tentang
bahasa Latin. Ahli-ahli tatabahasa Roma meniru model atau contoh-contoh orang Yunani
bukan sahaja dari segi pandangan dan andaian-andaian terhadap bahasa, bahkan
juga dari segi aspek-aspek lain yang lebih halus dalam bahasa, persamaan
yang dikatakan hayati yang terdapat antara bahasa Yunani dan Latin menimbulkan
satu anggapan bahawa beberapa kategori seperti golongan perkataan, kasus, nombor, sistem
kala, dan sebagainya adalah merupakan ciri-ciri yang seharusnya ada dalam semua
bahasa di dunia. Anggapan seperti ini berterusan hingga ke zaman pertengahan. Dalam
zaman ini juga, pengkajian linguistik berlaku dengan agak pesat juga. Sebenarnya,
apa yang berlaku pada zaman ini adalah bahawa orang-orang Roma ituhanya
mengubah suai tinggalan bijak pandai Yunani tetapi digunakan untuk bahasa Latin.
Dengan kata lain, pengkodifikasian pemikiran dan konsep tatabahasa Yunani telah
dilakukan di zaman Roma ini. Ada beberapa ahli tatabahasa Roma telah
banyakmembuat sumbangan dalam bidang ilmu linguistik, khusunya dalam bidang
tatabahasatradisional. Mereka itu ialah Appolonius Discollus, M.T. Varro dan Priscian.
Appolonius Discollus
Beliau mungkin merupakan orang yang pertama sekali bertanggungjawab dalam
mengkodifikasikan bidang sintaksis dengan bergantung kepada hasil kajian orang-orang Yunani yang terdahulu. Beliau dikatakan telah banyak menerima pengaruh
daripada penghuraian tatabahasa Yunani yang telah dilakukan oleh
Dionysius Thrax. Appolonius telah melakukan kajiannya dengan berdasarkan kepada bahan yang
terdapat di dalam Techne oleh Thrax dan bahan-bahan
pemerhatian yang telah dilakukan oleh penulis-penulis yang lebih dahulu dalam
bidang sintaksis. Appolonius dengan tegas telah menubuhkan penghuraian
sintaksisnya dengan berdasarkan kepada hubungan satu sama lain antara kata
nama dengan kata kerja, disamping dengan perkataan-perkataan golongan
lain dalam hubungannya dengan kedua-dua jenis utama tadi. Antara
yang menarik menngenai kerja-kerja Appolonius iniadalah usahanya
menggunakan hubungan unsur struktur untuk merujuk kepada binaan kata kerja dan
partikel dalam suatu ayat atau kata nama atau ganti nama dengan kata kerja.
Selain dari itu, beliau merupakan ahli tatabahasa yang benar-benar
menyedariakan hakikat penggolongan perkataan-perkataan tertentu yang
sama dengan menggunakan teknik penggantian.
M.T. Varro (116-27 SM)
Varro hidup semasa dengan Thrax. Oleh yang demikian, beliau juga menyedari
kontroversi bijak pandai Stoik dan Iskandariah. Varro merupakan seorang penulis
tatabahasa yang bebas dan asli mengenai beberapa aspek dan pegangan
linguistikbahasa Roma. Dalam pada itu, cara penghuraian beliau pernah dikritik
sebagai tidak menarik, tetapi dalam bidang masalah-masalah linguistik beliau
telah dianggap sebagai ahli tatabahasa yang paling tulin dalam kalangan bijak
pandai bahasa Latin. Beliau telah banyak terpengaruh dengan pemikiran
orang-orang Stoik. Varro berpendapat bahawa bahasa adalah seragam. Dia
berpendapat yang ahli anomali adalah salah faham kerana tidak melihat seragaman
bahasa yang semulajadi. Dalam bidang morfologi, Varro telah menghuraikan
beberapa kategori tatabahasa yang tertentu iaitu dari segi cara penggunaannya
yang tidak langsung didasarkan kepada acuan penghuraian yang telah dilakukan
untuk tatabahasa Yunani yang terdahulu. Disinilah letaknya keaslian dan
ketulinan beliau dalam penghuraian tatabahasa Latin itu.
Priscian (500 TM)
Hasil kajian beliau yang diberi namanya
Institutiones gramaticae telah diterima sebagai suatu yang standard untuk
beberapa lama, bahkan diterima sebagai satu yang standard untuk beberapa lama, bahkan
hingga sekarang. Dalam pada itu penghuraianya terhadap tatabahasa tradisional Latin itu dikatakan tidak konsisten,
malahan kriteria yang dipakai bercampur-aduk antara yang formal
dengan bersifat semantik. Dalam banyak hal, Priscian bergantung dengan
banyaknya kepada usaha-usaha Thrax dan Appolonius khususnya dalam bidang
penggolongan perkataan danpenentuan perkataan-perkataan kepada jenis-jenisnya. Priscian
menggunakan perkataan analogia untuk maksud unsur-unsur fleksi perkataan-perkataan
yang seragam.
Anomalia yang bermaksud ‘tidak seragam’ merupakan istilah
teknikal yang kerap dipakai dalam tatabahasa dalam kalangankepada
jenis-jenisnya. Fikiran dan pandangan Varro mengenai pembahagian perkataan-perkataan
Latin, mahupun penggolongan yang dilakukan telah sebenarnya terbayang
dengan banyaknya dalam cara penggolongan yang dilakukan telah sebenarnya terbayang
dengan banyaknya dalam cara penggolongan yang dibuat oleh Priscian pada
umumnya, tatabahasa Priscian yang mengandungi 18 buah buku yang diterbitkan
hingga hari ini dapatlah dianggap sebagai kajian grammarian orang-orang
Roma yang representatif. Antara perkara-perkara yang dikaji dengan baiknya
oleh beliau termasuklah penjenisan bunyi-bunyi bahasa dalam hubungan abjad
dengan bunyi sebenar yang dihasilkan itu. Bidang fonetik melampaui kajian
mengenai suku kata yang dikatakan unit yang boleh dituturkan dalam satu
hembusan nafas. Dalam bidang morfologi pula, penghuraian beliau itu adalah
kurang memuaskan jika dibandingkan dengan kajian yang telah diakukan oleh Varro.
Dalam bidang morfologi, beliau telah menyentuh antara lain
soal-soal pembentukan perkataan sebagai gabungan yang mengandungi dan
sebagainya.
0 comments:
Post a Comment