PENDEKATAN
BERTEMA
Menurut Kostelnik (1989), “theme teaching involves offering children
an array of activities built arround a central idea.” Machedo (1989)
menyokong pendapat ini, iaitu tema adalah suatu koleksi aktiviti berkenaan
sesuatu subjek ataupun idea tertentu. Subjek ataupun idea ini menyeluruh dan
merangkumi banyak bidang kurikulum.
Pendekatan tema atau bertema menekankan tema pembelajaran. Strategi
pengajaran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk
menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum.
Kanak-kanak dapat membina kemahiran dan mempelajari topik-topik tertentu dalam
ruang lingkup yang lebih luas. Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh
kanak-kanak disesuaikan dengan tema pembelajaran. Pendekatan tema menyediakan
kandungan dan kerangka kerja untuk susun aktiviti pembelajaran dan merentasi
pelbagai bidang. Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara
berperingkat-peringkat mengikut tahap umur kanak-kanak.
Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai
bidang pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu
dititikberatkan sebelum memulakan pengajaran bertema. Unit-unit perlu dirancang
berdasarkan minat kanak-kanak dan sesuai dengan latar belakang pengalaman dan
tahap perkembangan mereka.
Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang lain tetapi membincangkan
perkara yang sama iaitu haiwan sebagai tema. Pendekatan bertema melibatkan
bidang yang luas tetapu tidak mendalami. Kemahiran yang berbeza tetapi bukan
tujuan untuk mendalami topik. Tema boleh dianggap sebagai rangsangan ke arah
pembelajaran.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bertema dapat membawa faedah
kepada kedua-duanya; iaitu guru dan kanak-kanak:
- Kanak-kanak dapat mendalami topik yang disenaraikan. Di samping itu, kanak-kanak dapat belajar melalui pengalaman yangdilalui sendiri.
- Kurikulum berdasarkan pengajaran bertema menarik dan pelbagai. Dengan adanya tema yang menyatukan sesuatu kurikulum, program atau aktiviti, bahan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dapat dipelbagaikan. Oleh itu, pendekatan bertema membolehkan kanak-kanak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pengukuhan dan pengayaan, di samping mendapat pengetahuan yang menyeluruh dan mendalam berkenaan subjek ataupun idea utama.
- Guru juga tidak akan kekeringan idea bagi mencari aktiviti yang berkaitan setiap kali merancang jadual aktiviti.
- Selain daripada menambahkan pengetahuan kognitif kanak-kanak, pengajaran dan pembelajaran bertema ini juga menggalakkan ciri kepimpinan , berkeyakinan diri, sikap saling membantu, bertoleransi dengan pendapat yang berbeza dan bekerjasama antara kanak-kanak.
- Pendekatan bertema yang memberi kanak-kanak peluang bekerja dalam kumpulan bagi menyiapkan projek dapat meningkatkan kesedaran sosial serta pemahaman berkenaan peranan sosial dan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan.