Monday, June 6, 2011

Because he reject her

Orang panggil aku, Honey, tapi nama sebenar aku jauh berbeza dengan nama panggilan aku itu. Nama aku ialah Zalina.. Aku sekarang berumur 20 tahun. Aku sedang belajar di Matrikulasi di tempat yang aku perlu rahsiakan atas sebab-sebab tertentu.

Pada suatu hari yang aman damai, aku terserempak dengan seorang awek. Nama dia Lia. Actually dia ni kawan aku laa.. Lia kelihatan sangat sibuk pada ketika ini dan amat moody. Aku tidak berani untuk menegurnya tetapi aku terpaksa kerana ada sesuatu yang aku perlukan darinya. Jadi, aku memberanikan diri untuk menegurnya.
" Lia, aku nak cakap skit ngan ko ni," Aku mulakan bicara.
" Hmm, pe?" Lia hanya menjawab sepatah.
" Ko ingat tak keje yang Prof Halim bagi kat kita minggu lepas? Aku ingat nak pinjam yang ko punya la, sebab nak buat reference skit.. Aku tak berapa faham la ngan penerangan yang Prof tu bagi,"
" Ohh, nak ti.."
" Bukan nak tiru, reference la, reference.."Aku memotong cakap Lia.
" Orait, aku boleh bagi tapi, ko kena buat sesuatu.." Lia memberi syarat.
" Apa?? Boleh je, tapi bukan benda pelik la.. Aku boleh buat tapi bergantung pada perkara tu la.."
" Ok, sebelum tu, aku nak cite skit kat ko pasal something yang baru je happen kat aku.. Err... Aku baru je kena reject laa..huwaaa...." Lia menceritakan kisah cintanya kat aku sambil menangis teresak-esak. Dia memberitahu ada seorang lelaki sangat handsome sehingga ramai wanita-wanita atau ramai girls tergila-gilakannya. Katanya, lelaki itu merupakan orang yang paling handsome di Matriks itu dan ramai orang yang minat kat lelaki itu. Tetapi, lelaki itu sangat kejam kerana dengan suka hatinya dia reject Lia di depan orang ramai sehinggakan Lia malu untuk berhadapan dengan rakan sekelasnya yang lain.



" Apa pendapat ko pasal lelaki tu? Kejam kan?"
" Err.. entah laa.. Aku pon tak tahu,.. Ermm, ko lupakan je la lelaki tuh.. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.. Ramai lagi kot lelaki lain yang lebih baik daripada dia tuh.."
" Ahh, ko cakap senang la.. Bukan ko pon yang kena.." Belum sempat Lia menyambung kata-katanya, ada seorang lelaki approach mereka..
" Hi, boleh saya berkenalan dengan awak? Nama saya Ady" Lelaki itu memulakan bicara dan belum sempat aku menjawab, Lia menarik tangan aku lalu berkata,
" Kenal?? Boleh, boleh blah.. Ko da hancurkan hati aku, pastu dengan senang ko nak berbaik semula? Puhh Liss"
" Maaf, saya bukan bercakap dengan awak, tetapi dengan rakan awak itu," Lelaki itu dengan sinisnya membalas.
Aku terus menarik tangan Lia dan berlalu meninggalkan lelaki itu terpinga-pinga. Sampai di kelas mereka, Lia berbisik sesuatu kepada aku.
" Ko nak pinjam keje Prof Halim kan? Boleh, tapi ko kena pikat lelaki tadi tu dan dump dia depan khalayak ramai. It's a bet, you know.. Dan kalau ko berjaya, aku akan bagi keje tuh, amacam, ok?"
" Ko ni biar betul.. Tak nak la aku. Terlibat ngan benda-benda macam ni.." Aku menolak tawaran Lia sambil pergi dari situ.

Aku kemudiannya berjalan menuju ke kafetaria dan ternampak Ady dengan rakan-rakannya sedang bercakap di sebalik tangga. Ketika itu, aku sedang berada di sebelah mereka tanpa mereka sedari kerana terlindung dengan tangga.. Semasa aku sedang menuruni tangga itu, aku terdengar mereka bercakap,
" Weh Ady, amacam, ko boleh tak pikat si Honey tu? Ayy, tak kan la lelaki sehensem ko tak boleh pikat dia? Hahahaa" seorang daripada rakan Ady berkata.
" Ini Ady laa, mana ada perempuan yang tak terpikat dengan aku? Hahaa.. Weh, korang tau tak perempuan yang aku baru reject tadi tu sebenarnya kawan si Honey tu? Terkejut beruk aku nampak dia tadi..tapi aku maintain.. Buat biasa, kononnye tak terkejut tapi hati ni macam nak pecah!"
" Ko biar betul Ady? Abis tuh? Rancangan kita tu macam mana? Aku tak kira, ko kena pikat dan malukan si Honey tu jugak! Arghh.. Aku tak peduli! Dia da malukan aku, aku tak kan biarkan dia hidup senang!!"
Aku terkejut mendengar kata-kata lelaki kedua, lalu aku membuat keputusan untuk mengintai siapakah gerangan lelaki tersebut. Rupa-rupanya lelaki itu ialah classmate aku! Nama dia Zack. Tapi, apa yang aku buat sampai dia berdendam dengan aku? Aku terus blah dari situ.

Aku berjumpa Lia untuk meminta penjelasan kenapa Zack begitu marah terhadap aku.
" Lia, ko tau tak kenapa Zack benci aku? Aku musykil laa.. Aku betul-betul tak faham!"
" Weh Honey, ko tak ingat ke yang ko pernah malukan dia dalam kuiz bulan lepas? Aku rasa dia berdendam dengan ko sebab tu kot.. Eh, kenapa plak ko tanya? Dia ada jumpa ko marah-marah ke?"
" Tak ada la..aku tanya jer.. Errrr...tawaran ko tu masih laku ke??" Aku teragak-agak bertanya kepada Lia.
" Tawaran??? Maksud ko, tawaran pasal keje Prof Halim tu ke?? Of Coz laaa.. Kenapa? Ko setuju ke??"
" Err..umm..yer, aku setuju..."
" Ok! Tapi ko jangan sampai jatuh cinta kat dia pulak.. Sebab dia tu pandai ngayat tau..ko boleh cair la dengar dia cakap nanti.."
" Hahahaa.. Ini Honey, ok? Selagi aku ingat tujuan aku, aku tak kan tergoda, tau? Hahahahaa" Aku hanya mengetawakan diri Lia dan kebodohan aku kerana sanggup menerima tawaran tersebut. Sebenarnya aku amat tak puas hati kenapa mereka sanggup mempermainkan hati seorang perempuan kerana dendam yang amat bodoh!



Sampai di sini dahulu cerpen ini.. Sambungannya akan menyusul kemudian hari...
* Pecah kepala aku fikir bagaimana nak buat cerpen..tapi aku tak kan mengalah dengan mudah..hemo3*

5 comments:

  1. huhu~~ingtkn npe td...hahaha~
    ak tgh duk godek2 blog pas2 nampak post ni...bce la...thumbs up!!!

    ReplyDelete
  2. @eyn @ efujy
    hahaha..terkjut ak tgk tiba2 ad komen..baru je post ni,,ngeh3

    ReplyDelete
  3. lame xjenguk blog..huhu..rajin teh wat cerpen le ni..pape pun, ade kamajuan dari citer "durian'teruskan usaha..!!!hehehe..

    ReplyDelete
  4. @nurislam91
    tenkiu la sudi baca cerpen yang mengarut ni..hahahaa...

    ReplyDelete
  5. lahh , ingtkan cite btol , waa , boleyh wat novel ny , hehe

    http://inibelogaque.blogspot.com/2011/06/wordless-wednesday-3.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...