Orang panggil aku, Honey, tapi nama sebenar aku jauh berbeza dengan nama panggilan aku itu. Nama aku ialah Zalina.. Aku sekarang berumur 20 tahun. Aku sedang belajar di Matrikulasi di tempat yang aku perlu rahsiakan atas sebab-sebab tertentu.
Pada suatu hari yang aman damai, aku terserempak dengan seorang awek. Nama dia Lia. Actually dia ni kawan aku laa.. Lia kelihatan sangat sibuk pada ketika ini dan amat moody. Aku tidak berani untuk menegurnya tetapi aku terpaksa kerana ada sesuatu yang aku perlukan darinya. Jadi, aku memberanikan diri untuk menegurnya.
" Lia, aku nak cakap skit ngan ko ni," Aku mulakan bicara.
" Hmm, pe?" Lia hanya menjawab sepatah.
" Ko ingat tak keje yang Prof Halim bagi kat kita minggu lepas? Aku ingat nak pinjam yang ko punya la, sebab nak buat reference skit.. Aku tak berapa faham la ngan penerangan yang Prof tu bagi,"
" Ohh, nak ti.."
" Bukan nak tiru, reference la, reference.."Aku memotong cakap Lia.
" Orait, aku boleh bagi tapi, ko kena buat sesuatu.." Lia memberi syarat.
" Apa?? Boleh je, tapi bukan benda pelik la.. Aku boleh buat tapi bergantung pada perkara tu la.."
" Ok, sebelum tu, aku nak cite skit kat ko pasal something yang baru je happen kat aku.. Err... Aku baru je kena reject laa..huwaaa...." Lia menceritakan kisah cintanya kat aku sambil menangis teresak-esak. Dia memberitahu ada seorang lelaki sangat handsome sehingga ramai wanita-wanita atau ramai girls tergila-gilakannya. Katanya, lelaki itu merupakan orang yang paling handsome di Matriks itu dan ramai orang yang minat kat lelaki itu. Tetapi, lelaki itu sangat kejam kerana dengan suka hatinya dia reject Lia di depan orang ramai sehinggakan Lia malu untuk berhadapan dengan rakan sekelasnya yang lain.