Saturday, February 26, 2011

list cite korea yang tgh donload

hehee..da donload cite korea baru..^^
ok2, bukan aku pon yang donload cite korea nih, tp adik aku, ok..
urm, cite yang dia da siap donload ialah MY PRINCESS

sedang di donload pulak ialah DREAM HIGH

yang akan di donload pulak ialah PARADISE RANCH..

haa, bez tak? bez tak cite2 nih??bez kan...
of course laa..aku yang suruh dia donload cite nih...hehheee
ada lagi ke cite korea lain yang nak donload??
cuba gtau sikit, boleh buat senarai sikit..hee
oh ya, ATHENA da donload sikit, kakak aku yang duk kat USM donload..

pe lagi ek??ada lagi ke??gtau sikit..huhuu

10 petanda dia jodoh kita

ini adalah copy and paste dari artikel iluvislam..
kena bagitau sumber copy and paste laa..hehee

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

- Artikel iluvislam.com

Sunday, February 20, 2011

FaceBlog????

ahaa..ni nak cite la sikit, pasal FACEBLOG..apa faceblog ni..nah, baca la entri ni lau nak tau laa... hehee..jom pakat join...
SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit 


urmm..da baca da??nak join x? lau nak join, klik link ni, yer..
jom kita ramai2 join fblog ni...hehehee

Saturday, February 19, 2011

cik B

uhuu...apakah dugaan ini??
masa rumetku xde dia datang menjenguk aku dan kawan-kawan aku kat sini..
dia telah berjalan-jalan di depan bilik warden..buat apa ntah, aku xtau..
xlama kemudian, dia patah balik..kali ni dia buat aksi yang agak bahaya dengan menuruni bukit di depan bilik aku dan kawan-kawanku..
hehehee..aku rasa dia nak tunjuk kat aku dan kawan-kawan aku yang dia xperlu guna laluan yang panjang tu untuk turun ke bawah, boleh turun guna bukit tu je..hahaa..
nasib baik cik Bie ni kecik, lau besar jatuh bergolek-golek laa..kalau dia jatuh bergolek-golek aku rasa xde orang akan datang angkat dia..najis tuh..
lepas tu, aku terkejut jugak melihat kepantasan dia menuruni bukit itu..wow..
kata kawan aku, ambik gambar3x.. tapi kawan aku yang lagi satu berkata, 'jangan, nanti tubik flash, bahaya..dia terkejut kan, kejar kita susah plop'
yer2..aku setuju..tapi agak rugi xambik gambar dia, boleh masukkan dalam blog ini..tapi xpe, nanti semua orang terkejut plak tengok gambar kecantikan cik Bie ni..ngee~
kawan aku agak terpikat melihat kepantasan dia menuruni bukit yang agak curam itu sehingga mempostkan status dia dengan bertajuk cik bie datang melawat kami..ahaks..
aku pon baru jek baca status dia tuh, sebab kejadian ini berlaku pada malam tadi, jadi agak ketinggalan aku nih..baru je baca tadi..hehehee..
mungkin kerana aku agak lena tidur kerana telah menonton persembahan yang agak menarik ni..ahakss...
p/s:taukah anda siapakah cik Bie di atas??cuba tekaa...kekekekee

Thursday, February 17, 2011

BIG big

haaa..kali ni entri ak psal BIG plak..
urm, BIG ni singkatan untuk Bina Insan Guru.. BIG untuk pelajar sem 1 ialah perkhemahan..

dan unit ak akan bergabung ngan unit Tesl 1 & 2.. agak xselesa kerana xkenal mana pon diorang ni,..kitorang xpenah cakap pon, tapi ada la bdak2 ganu tu yang ak kenal...uhuu...tapi tujuan ni adalah untuk mengeratkan silaturrahim kan, so terima je la dengan hati yang ikhlas..nanti bila da kenal ok la tuh..awal2 je tuh..*angguk*
BIG ak ni akan bermula pada 21-24 Februari nanti, so xlama lagi laa..urmm..
jadual akan dapat kat sana, kat Pulako ari Isnin ni..so, aktiviti masih xtau lagi la..xpe2, kita tunggu dan lihat je..eheh
kayak..agak2 ada kot..hehee

info skit --> 
  1. BIG selama 4 hari 3 malam ni bertempat di Pulako
  2. barang -barang yang perlu dibawa ialah:-
  • kelengkapan mandi
  • pakaian sukan (sepanjang aktiviti berlangsung)
  • telekung
  • kasut sukan
  • t-shirt maktab
  • ubat-ubatan
*ahaa, kena sediakan 2 hadiah setiap seorang..yang ni ak xtau kenapa..nanti akan diberitahu kemudian kot..huhuu
urmm..ari Isnin ni pengecualian kuliah start kul 10 pg..
pagi Isnin tu 5 orang kena check khemah di unit gerko dan 5 orang lagi kena check peralatan masak..
pendaftaran pada ari Isnin pukul 2 petang di Pulako..

haa..ni la sedikit sebanyak tentang apa yang perlu dibawa nanti..tapi lau ada lagi barang-barang yang perlu dibawa, sila la bawa..kerjasama anda amat dihargai..tq..=_=

erkk..yakkk

urmm..ni ak nak cite skit nih..
selalunya bila ak blogwalking kan, ak tengok kan banyak la post2 yang menarik kan..
ak pon pelik gak camne diorang boleh wat post2 yang biasa jadi menarik..
maybe sebab diorang pandai nak olah kan..ak plak mana ada suka nak olah2 ni, slalu straight to the point je..xpandai la nak olah biar panjang ni..huhuu
gambar yg xde kaitan langsung ye..hee

urmm, da lama ak blogwalking ni, ak ada la baca tips2 nak bagi orang ramai datang blog kita nih..
so, ak nak share la skit, supaya ak pon boleh ingat balik apa yang ak da baca berhari2 yang lepas tuh..almaklumla ak ni ingatan jangka pendek, benda yang lama2 ak da xingat da..so, untuk ingatkan ak, baik la ak tulis dalam ni..senang2 ak baca balik lepas ni..hehee
ok3, da panjang da ak merapu ni *dush dush* kan da kena tuh (nak try sound efek jgak, ngee~)


first skali kan, lau boleh jangan letak lagu dalam blog, buat orang serabut je dengar..huhuu..urm, dulu pon ak ada la letak jgak lagu, ala..lagu autoplay tuh..tapi bila lama2 dengar agak jemu laa..so, bila ak sendiri pon da jemu ngan lagu tuh, orang yang datang blog ni apatah lagi kan3.. nasihat orang2 yang da ramai polower, lau nak letak lagu tuh, letak yang boleh pause or bukan autoplay, supaya lau orang yang xsuka dengar lagu tuh, boleh stop lagu tu dari play..ak pon sebenarnya xla suka sangat ngan blog yang ada lagu autoplay nih, sbb ak suka dengar lagu feverit ak masa blogwalking..then, tetiba je tertubik la lagu yang kuat dari blog yang ak buka, terus ak tutup..seyes xsuka sangat ngan blog2 cenggitu..huhuu..*elele..padahal dulu ak pon gitu jgak, so ak xla tutup terus blog tuh, ak still tgk2 blog tu cuma ak agak cuak la dengar lagu2 diorang tuh..huhuu

second, jangan memberatkan blog..haa..yang ni memang susah laa...ak pon xtau blog ak ni berat ke ringan..berat ak, ak tau la, tapi berat blog ak ni, memang susah nak timbang laa..hehehh..erkk, ak rasa dulu ada la dalam blog kak ayu dulu pasal berat blog nih, tapi disebabkan ak malas nak cari link tu, ak just cakap je laa..uhuk3..terbatuk la plak..urm, dulu kan ak timbang blog ak, blog ak ni ringan je..maksud ringan ni sebenarnye laju la nak loading, xla macam siput ba** kan, lembap semacam je..tp sekarang ni ak xtau la blog ak ni makin berat ke makin ringan..ringan?ahh, tu xmungkin..sebab blog ak makin banyak entri..hee..so, kena la bagi pendapat tentang kelajuan blog ni masa korang buka, laju ke nak loading tu, ke lambat bebenor?huhuu..sebab sebenar blog kita berat ialah disebabkan widget yang banyak yang letak dalam blog kita tuh..eh eh, blog ak banyak ke widget?3 je kot..kan3?

third, pe lagi ek??haa..tajuk yang menarik..ni yang ak paling lemah laa..tajuk ak sume xmenarik laa..tajuk ntah pape ntah yang ak buat..selalunya blogger2 yang peymes ni slalu tajuk diorang perghh..banding plak ngan tajuk2 blog ak, perghh xlayak banding pon.. >_<

keempat, hehee..nombor dalam bahasa melayu la plak..hehee..ok2, yang no 4 plak, at least ada shoutbox..haa..yang ni ak ada..alaa..kat tepi tu, tekan kotak hijau tu, tubik la shoutbox ak..urmm, shoutbox ni gunanya untuk blogger2 yang blogwalking ni nak tinggalkan jejak diorang..supaya pemilik blog tuh boleh tau sapa yang lawat blog dia..haa, ak pon suka tinggalkan link blog ak dalam shoutbox blogger2 supaya diorang leh lawat ak balik.. (^_^) lau blog korang xde shoutbox, penat2 singgah pastu scroll sampai bawah, tapi xjumpa2 shoutbox, letih laa..last2 kena komen entri..huhu,susah laa..so, bagi menyenangkan para pelawat anda, letak la shoutbox ea..

kelima, background blakang tu pastikan xganggu tulisan supaya senang nak baca..lau nak buat cantik2 xpe asalkan entri tu masih boleh dibaca..ni x, ada sesetengah blogger tu blog dia sangat cantik sampai xleh baca pon entri post dia..alahai, terpaksa la bla dari situ, kita datang nak baca blog dia, tapi lau xleh baca buat apa kan..huhuu

erkk, ak ni tulis je nih, blog ak pon xmaju lagi..polower ak pon xla ramai macam abg ben ashaari, yuyu zulaikha, fatin liyana, wootwoot sume tuh..ak memang la nak ramai polower tapi blog ak yang biasa ni layak ke nak dapat polower yang ramai..=_+ blog2 orang lain ada la entri yang bez2 ak plak aiyayaa..mana ada..*kwangkwangkwang*
haha..merapu lagi ak ni..kan ak da cakap ak xpandai nak olah panjang2..haa..ni la akibatnya ak cuba buat entri yang panjang..=_= urmm..da la, ak da xtau da nak tulis pe..so, ak stop dulu laa..ni je la yang ak ingat skit2 sebab tadi ak da cakap yang ak ni ingatan jangka pendek skit..so, ingat skit2 je..alaa..ni pon ok pe ingat jugak..at least ada la entri untuk ari ni..heee..

Wednesday, February 16, 2011

Adialuvluze : My First GA

haaa...ni tadi ak baru jek baca ni..oleh sebab ak baru jek follow akak ni, so ak decide ak nak try la masuk GA ni..hehehee..urmm..ni baru jek GA 1st akak ni..
ak nak masuk pon sbb ak agak tertarik ngan adiah dia kot..hee..adiah la, sapa xnak..hehh
urmm,tarikh tutup 28 Februari, so lmbat lagi kn..lau korang nak msuk pon smpat lagi nih..
orait..tu je la kot, chow dulu ekk..tataa..

Tuesday, February 15, 2011

fairy tail

hurmm..skarang ni ak into anime plak..hahaa
sebelum ni kan, ak tengok cite korea and jepun je..(drama)
sekarang anime, yay..
hahhaaa..ok2, ak da tengok reborn, kyo kara maoh..
sekarang ni fairy tail...hahaa..bez ler...


kakak ak donload lama dah, tp ak baru je nak tengok,..
agak ketinggalan di situ..huhuu..papepon, fairy tail ni agak bez laa..
cite anime ni mmg xbosan pon lau tengok an..sbb kelakar..heee
fairy tail ni mengisahkan tentang ahli2 magik..dalam ni, ada beberapa org watak utama iaitu natsu, lucy, gray, happy, erza..sbnarnye byk lagi, tp kan, xkan la nak listkan sumer kan..
lau nak tau, tengok la sndiri..bez, so xrugi pon lau nak tengok..hehee
natsu ni salamander, iaitu fire dragon slayer..urm, elemen dia api ek..
gray plak ice mage, lucy stellar spirit mage,erza plak titania (salah seorg magik yang paling kuat kat fairytail) happy plak kucing..hahhaaa
natsu dan gray ni slalu bergaduh..hehhe..xtau kenapa, sejak kecil lagi suka bergaduh..


ok2..tu je la yang ak nak gtau pasal fairytail ni..lau korang nak tau lebih lanjut, tengok sendiri yep..hehhehee

ERR .. HYE . SAYA BLOGGER BARU


hehee...ni baru je jumpa entry ni dalam blog Ben Ashaari..
urmm...ni khas untuk follower yang kurang dari 100..
maknanya, blog ak ni boleh la termasuk dalam segmen nih..hehee..
sukanya bila dapat masuk segmen ni, lalalaalaa..
erkk..banyak cakap la plak..ok laa, nak chow dulu...ngee~

Monday, February 14, 2011

snap2 situ sini

hehee..ari ni kan3..ktorang ambik gmbar klazz..
hehee..tp kan3, gmbar formal ktorang xde yang nak tolong ambikkan..
so, ktorang kena tunggu gmbar ngan abang foto tu laa..
tapi, lepas tuh, ktorang de la ambk gmbar skit2 guna props yang diorang sediakan..
nak tengok x? nak tengok? tengok la ea..lau xnak pon, kena lihat jgak..hehehee















haa..tu la gambar yang berjaya disnap oleh enset ak and rumet ak..actually, ad lagi tau gmbar lain, tp atas sbb2 tertentu gmbar tersebut ak upload lain kali la yer.. dan, kawan ak pon da upload gmbar tu dlm fb dia, so xyah la upload byk2 kali plak kan3..hehee

Wednesday, February 9, 2011

kawan

kawan,
kenapa cepat benar melupakan?
kamu kata kita kawan,
ohh, kita hanya kawan,
bukannya sahabat?
beza tuh, ak baru tau,
jadi, kalau kita hanya kawan,
kita boleh melupakan sesama kita?
urmm..maaf, kerana,
walaupun kita kawan,
terlalu banyak kenangan antara kita,
yang ak tak boleh lupakan,
kerana kita kata itu adalah kenangan terindah,
kita pernah sama2 nyanyi lagu samsons tuh,
kita pernah berkongsi suka duka,
kita pernah berkongsi masalah,
begitu senang kamu melupakan?
ak benar2 sayang kamu,


kawan,
ak teringat kat kamu beberapa hari ini,
setiap kali ak mesej kamu,
kamu xpernah balas,
dan kamu hanya akan mesej ak masa bday ak or bday kamu,
adakah kerana masa itu panggilan dan SMS antara kita free?
hanya kerana free jadi kamu boleh balas or call ak?
jadi, ianya tak ikhlas?

kawan,
ak masih ingat lagi masa kita first time jumpa,
kita jumpa kat sana,
kita berkenalan kerana kita sama kelas,
kita boleh bercakap dengan selesa kerana kita saling memahami,
kerana kita tak berapa pandai nak cakap 'luar',
kita boleh cakap dialek kita,
kamu K ak T,
kita sentiasa bersama sejak itu,
even kita pernah dipulaukan,
namun kita tetap bersama,
dan kita semakin rapat dengan rakan kita yang lain,
hanya kerana ini..

kawan,
sekarang kita ikut haluan masing2,
tetapi xkan kita langsung xboleh berhubung?
even fb kamu da xlagi aktif,
ak pernah antar mesej kat kamu,
adakah kamu baca?
ak ingat lagi masa kamu call ak,
kamu kata E beritau kamu berita ak,
jadi, kamu hanya call kerana E beritau kamu?
adakah kerana E yang ingatkan kamu?
ahh..sekarang E bersama kamu,
kamu tentu seronok kan?
bukankah kamu pernah mengadu kat ak yang E sisihkan kamu?
kamu sudah berbaik?ahh..tentu sahaja,
kamu berada di sisi masing2 kn,
jadi tentu kamu saling berjumpa,
dan segala salah faham dapat diselesaikan


kawan,
kamu ingat masa kita mula2 terpisah?
kamu call ak beritau kamu tersisih?
adakah kamu masih ingat?
ak tenangkan kamu,
ak suruh kamu think positif.
adakah kamu masih ingat?
mungkin kamu dah lupa,
kerana telah lama masa berlalu,
tapi, ak masih ingat itu,
ak sentiasa ingat kenangan kita,
adakah kamu masih ingat?

kawan,
ak sangat sedih,
kerana ak terbuka taggd kamu tadi,
dan ternampak gambar kita,
ak da cuba untuk tidak membuka folder lama kita,
sepanjang ak di sini,
ak langsung tidak sentuh folder lama kita,
ak da hampir lupakan muka kamu,
tapi, tadi ak terbuka gmbar lama kita,
membuatkan ak teringat kenangan kita,
sekarang, ak teringat segala kenangan kita di sana,
segala tugasan kita yang kita telah buat,
ak juga masih ingat kenangan kita masa kita dipulaukan oleh rakan-rakan sekelas kita,
hanya disebabkan perkara yang sangat childish, mereka pulaukan kita,
kamu masih ingat itu?
hanya kerana kita tolak watak yang diberikan kepada kita,
kita hanya xnak berlakon,
terus kita dipulaukan, kamu masih ingat itu?
dan bila kita di PD,
kamu masih ingat?


kawan,
ak ingin lupakan semua itu,
kerana ak tau kamu juga sudah lupakan ak,
ak tau kamu juga berkemungkinan untuk melupakan ak,
wajah ak, suara ak, kenangan kita,
seperti ak, ak hampir melupakan wajah kamu, suara kamu
kita sudah lama tidak berjumpa,
itu mungkin terjadi,
ak sentiasa menyibukkan diri untuk melupakan kamu,
ak sudah hampir melupakan kamu,
tetapi maafkan ak kerana ak terbuka gmbar kita,
membuatkan ak kembali teringat kenangan lama kita
sekarang, kenangan kita kembali segar dalam ingatan ak,
boleh ke ak lupakan kamu?
kamu kawan baik ak, bagi ak, kamula yang penting bagi ak,
tetapi sekarang, ak rasa ak sudah hampir lupakan kamu,
seperti kamu lupakan ak,
ari ini ak kembali sedih,
hanya kerana ternampak gmbar kita,
jadi ak telah letak gmbar kita kat tempat yang ak xkan sentuh,
ak xkan sentuh lagi folder tu..
supaya ak xkan ingat kamu lagi..

kawan,
terima kasih atas kenangan kita
ak sangat menghargainya
kenangan kita akan tinggal kenangan

Sunday, February 6, 2011

cek mek molek

ari tu, ari sabtu ari tu laa, angah ak buat cek mek molek nih..
sesaje je nak buat cek mek molek nih..
so, ak pon tengok je la dia buat..
firstly, dia rebus la ubi tu, ak pon xtau ubi apa, keledek ke kentang ke..
lepas je ubi tu siap direbus, dia pon lenyek or penyek ubi tu sampai lumat..*ak xtau bahasa luar ek,tmpat ak sbut gini*
lepas tu campur ngan tepung gandum dan uli sampai jadi doh..
jadi la gini..gmbar ni ak ambik masa da separuh da dibuat..hee


lepas tu, cubit(?) doh tu sikit jadi bulat pastu leperkan doh tu dan letak gula secukup rasa di tengah2 doh tu, (jgn byk sgt, jgn sikit sgt) dan kemudiannya leperkan doh tadi tuh..
cam dalam gambar nih..


ok, lepas da jadi cam nih, sediakan la kuali dan letak la minyak masak plak dan pastikan minyak masak tu panas dulu b4 masukkan/ goreng..
then, siap laa..jadi la macam ni..hehee..selamat menjamu seleraa..ngeh3..


bez kan?hehee..mmg bez pon..nyum3..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...