Assalamualaikum...
wah...dah lama dah tak update!!!
last update Februari lepas...dh hampir 9 bulan tak update..huwahahaha..
apapun ari ni nak cerita sikit pasal Blinq Beauty Drink yang semakin popular dan hangat di pasaran..
saya ada menjual minuman kesihatan Blinq Beauty Drink (BBD)..rugi tak cuba tau..even Diana Amir pon minum blinq nih..FYI, blinq ialah 100% buatan bumiputera dan HALAL!! blinq mengandungi habbatus sauda yang merupakan salah satu makanan sunnah..
so, apa tunggu lagi?? jom berblinq bersama-sama..
You want to look younger??? want to look gorgeous??
want to loose your weight and at the same time want to stay healthy???
try BLiNQ Beauty Drink (BBD)..
BBD helps promote beautiful, healthy, youthful looking skin, helps you to get your ideal weight and can help prevent cancer!!!
so get your BBD now for only RM150/box of 30 sachets..
murah dan berbaloi-baloi...
jom like page https://www.facebook.com/blinqblinqhealth
Thursday, October 10, 2013
Sunday, February 24, 2013
ISL WAJ3101 (TITAS) M1
PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN DALAM PEMBINAAN TAMADUN
MALAYSIA.
Definisi Tamadun
Pandangan/ dari sudut
|
Huraian
|
Bahasa Arab
|
·
Tamadun berasal dari bahasa Arab iaitu tamaddun
dan telah diterima pakai dalam perbendaharaan Melayu.
·
Terminologi yang disamakan dengan tamadun ialah Hadharah,
Umran, dan Madaniyyah.
·
Istilah-istilah ini secara literalnya bererti maju atau
mencapai kemajuan. Makna kemajuan ini akan dipakai sebagai suatu makna
tamadun yang sama dan mudah difahami.
|
Bahasa Melayu
|
·
Penggunaan istilah tamadun dikenali sebagai fenomena
peminjaman mengikut teori antara bahasa.
|
Bahasa Inggeris
|
·
Civilization atau civilisation
·
Berasal dari istilah Latin iaitu civitas yang
bermaksud Bandar atau kota.
·
Civilization berasal dari bahasa Perancis bererti city
(bandar).
|
Dari sudut
etimologi
|
·
Berasal dari perkataan maddana dalam bahasa
Arab.
·
Madanna merupakan kata kerja yang merujuk kepada perbuatan
membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti.
·
Dari madanna wujud madani. Madani merujuk
kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta
kehalusan budi pekerti yang terpuji.
·
Perkataan maddana dan madani sendiri
sebenarnya berasal daripada perkataan al-deen iaitu agama yang
menggambarkan kehidupan beragama (Chanda Muzaffar, Che Wan Jasimah Wan Mohd.
Radzi, Hashim Hj. Musa, Mohd. Zuhdi Marsuki, 2002:3).
|
Ibrahim Anis et
al. (1960)
|
·
Kata terbitan daripada kata kerja madanna iaitu
pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan membangunkan sesuatu
kawasan hingga menjadi suatu perbandaran.
|
Ibrahim Mustafa et
al. (1989) dalam Al-Mu’jam al-Wasit
|
·
Erti yang sedikit berbeza iaitu hidup dalam suasana
kehiduoan orang bandar dan menikmati
kehidupan yang maju.
|
Tamadun Menurut Sarjana Barat
Tokoh
|
Makna Tamadun
|
Arnold Toynbee
|
Suatu sistem
masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau
produktiviti dan ia mempunyai 4 elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, system
politik, pengetahuan dan seni.
|
J.K. Fiebleman
|
Kepandaian
mengeksploitasi material oleh masyarakat.
|
E.B. Taylor
|
Rangkaian rumit
yang merangkumi aspek-aspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai-nilai
moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh
masyarakat.
|
Oswarld Spengler
|
Tamadun Barat
lebih mementingkan kebendaan, kerana kebendaan itu membawa kepada kemajuan.
|
Will Durant
|
Peraturan
masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran kebudayaan dan ia
merangkumi 4 elemen iaitu sumber ekonomi, system politik, tradisi moral dan
kesenian.
|
Tamadun Menurut Sarjana Islam
Tokoh
|
Makna Tamadun
|
Ibn Khaldun
|
Kemuncak
pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan
minat kepada pelbagai aspek industry yang boleh meningkatkan kualitinya
termasuk keperluan kepada bahan-bahan makanan, pakaian, peralatan rumah
tangga dan sebagainya.
|
Muhammad Rasyid
Redha
|
Agama adala asas
tamadun. Hal ini kerana peningakatan unsur maknawi (spiritual) akan mendorong
kebangkitan fizikal. Rasionalnya semua tamadun di dunia ini ditegakkan
berasaskan
kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung
kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya.
|
Sayyid Qutb
|
Segala bentuk
kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial,
pemerintahan politik, ekonomi, dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah
bercirikan nilai-nilai moral Islam.
|
Said Hawa
|
Terbahagi kepada 2
kategori, Islam dan Jahiliah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang
tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan itu.
Tamadun Jahiliah pula ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk
kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral.
|
Umar Audah
Al-Khatib
|
Himpunan ilmu
pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan
pemikiran, ekonomi, akhlak, kesenian dan seluruh kehidupan.
|
Muhammad Al-Bahiy
|
Keseluruhan
penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia
sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan
dan lain-lain.
|
Tamadun Menurut Sarjana Melayu
Tokoh
|
Makna Tamadun
|
Abu Bakar Hamzah
|
Sesuatu yang lahir
dan berkembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan
perkembangan-perkembangan yang lahir daripadanya, sama ada sesuatu yang
merupakan niskala (abstrak) mahupun yang berupa sekala (material).
|
Wan Hashim Wan Teh
|
Pencapaian tinggi
pemikiran ahli masyarakatnya dalam aspek budaya dan kesusasteraan, agama dan
moral, pelbagai aspek kesenian, tatasusila, budi pekerti serta organisasi
politik atau kemampuan mewujud dan menguruskan sesebuah kerajaan yang
demokratik. Termasuk dalam konsepsi tamadun ialah kemajuan dalam pengurusan
ekonomi dan perdagangan serta peningkatan dalam teknologi yang berkemampuan
meningkatkan keselesaan hidup manusia.
|
Ciri-ciri Utama Tamadun
1. Petempatan kekal
- Ciri utama kemunculan tamadun
- kehidupan manusia yang sistematik bagi memastikan bekalan makanan berterusan
- Kemajuan dalam bidang pertanian terutama dari segi penanaman, penyimpanan makanan dan penternakan binatang.
- Mencipta peralatan baru seperti cangkul dan teknologi pengairan bagi meningkatkan hasil pengeluaran makanan bagi menampung pertambahan penduduk.
2. Stratifikasi dan organisasi sosial
- Peningkatan penduduk menyebabkan wujud kehidupan berorganisasi yang mencakupi aspek sosial, ekonomi dan politik.
- Bermula daripada sistem keluarga kemudian menjadi sebuah masyarakat yang kompleks.
- Kebiasaannya sistem sosial berbentuk piramid dan bersusun lapis.
3. Sistem pemerintahan
dan politik yang teratur
·
Dibentuk untuk menjalankan pentadbiran akibat pertumbuhan
masyarakat yang besar.
·
Pemimpin atau raja menggunakan unsur magis atau mendakwa
mereka sebagai wakil Tuhan demi mendapat pengikhtirafan sebagai pemerintah.
·
Sistem perundangan dicipta.
4. Perkembangan Sains
dan Teknologi
·
Kesan daripada peningkatan produktiviti manusia.
·
Barangan atau produk dihasilkan oleh kumpulan tertentu
melalui kepakaran kumpulan tersebut.
·
Membawa kepada pertukaran barang (Sistem Barter) yang
menjadi asas kepada aktiviti perdagangan.
·
Berlaku hubungan dengan tamadun luar dan menyebabkan
penyebaran ilmu pengetahuan, teknologi dan budaya berlaku antara masyarakat.
·
Kemajuan-kemajuan ini dapat dilihat dalam tamadun awal
seperti Mesir dan Mesopotamia.
·
Penemuan bajak dan roda menambahkan lagi daya
produktiviti manusia
·
Contoh: penemuan bajak menyebabkan manusia mula
menggunakan tenaga haiwan bagi membantu meringankan pekerjaan mereka.
·
Haiwan seperti kuda dan kerbau di latih untuk mengangkut
barang atau membajak sawah.
5.
Agama dan Kepercayaan
·
Mengamalkan kepercayaan animisme iaitu percaya bahawa
terdapat kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling.
·
Unsur-unsur alam seperti pokok, batu, matahari dan laut
dipercayai mempunyai semangat dan harus dihormati demi menjaga keamanan dan
kemakmuran hidup.
·
Secara evolusi kepercayaan bertukar menjadi agama.
·
Tamadun awal mengamalkan politeisme iaitu kepercayaan
menyembah banyak tuhan.
6. Bahasa dan Sistem
Tulisan
·
Akibat daripada perkembangan ilmu pengetahuan.
·
Antara Bahasa yang tertua ialah bahasa Yunani dan
Sanskrit.
·
Contoh tulisan awal ialah:
Contoh Tulisan
|
Keterangan
|
Heiroglif
|
Tulisan orang
Mesir Purba yang dipahat dengan cantik , halus dan penuh kesenian pada makam
dan batu.
|
Cuneiform
|
Tulisan bergambar
yang dipermudahkan dengan bentuk simbol yang ditulis pada kepingan tanah liat
oleh masyarakat mesopotamia. Sistem tulisan ini berbentuk pepaku yang
dihasilkan oleh orang Sumeria.
|
Piktograf
|
Tulisan masyarakat
Indus yang masih belum dapat ditafsirkan lagi.
|
Histogram
|
Tulisan yang
berbentuk simbol/ tulisan orang China yang banyak mengandungi simbol seperti
kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai.
|
7. Urbanisasi – Proses pembentukan pembandaran atau
dikenali sebagai bandar.
8. Revolusi Pertanian
·
Zaman neolitik juga dianggap perintis
perkembangan tamadun manusia berikutan kegiatan ekonomi mereka.
·
Antara
ciri tamadun dalam aspek ini ialah berlakunya revolusi pertanian. Revolusi ini
bermula pada zaman neolitik.
·
Manusia telah pandai mengusahakan kegiatan
pertanian untuk mendapatkan bekalan makanan.
·
Mereka tidak lagi bergantung kepada sumber
hutan, sebaliknya mula bercucuk tanam dan menternak haiwan.
·
Ekonomi pertanian secara besar-besaran yang
menghasilkan lebihan makanan dan menggalakkan aktiviti perdagangan.
·
Kesuburan tanah dan penghasilan makanan yang
mencukupi untuk menampung penduduk telah mencetuskan revulusi urban atau
perbandaran.
·
Berlakunya Revolusi Pertanian akhirnya membawa
kepada kemunculan bandar-bandar Memphis dan Dhilkah dan Thebes.
Faktor Kelahiran dan Kejayaan Tamadun
i.
Politik yang kukuh
ii.
Kedudukan yang strategik
iii.
Rangsangan keagamaan
iv.
Penghayatan tinggi terhadap moral dan nilai terpuji
v.
Pengalaman kesengsaraan hidup
vi.
Toleransi dengan tamadun lain.
Faktor Kemerosotan dan Keruntuhan Tamadun
i.
Ketidakadilan dan perbezaan jurang
ii.
Penindasan dan kezaliman
iii.
Keruntuhan moral dan nilai masyarakat
iv.
Sikap tertutup dari menerima perubahan
v.
Malapetaka dan bencana alam.
Rumusan
Jelas kita lihat, dari segi definisi, tamadun
Barat lebih mengutamakan aspek kebendaan atau material sebagai penanda aras
atau kayu ukur bagi sesebuah masyarakat bertamadun. Manakala, tamadun Islam mengimbangi di antara
pembangunan material dan spiritual. Begitu juga dengan Tamadun Melayu yang
meletakkan aspek keagamaan dan moral penting selain pembangunan lahiriah kerana
menerima pengaruh besar dari Tamadun Islam. Ciri-ciri tamadun amat berkait
rapat dengan definisi dan takrifan dari setiap tamadun sama ada Barat, Islam
atau Melayu. Di samping itu, kesinambungan dan kelangsungan kewujudan sesebuah
tamadun diberi penelitian berdasarkan faktor-faktor penyumbang kepada
kelahiran, kejayaan dan keruntuhan tamadun itu sendiri.
Bagaimanapun, Islam meletakkan agama sebagai
nadi utama di dalam pembinaan tamadun. Seperti dalam firman Allah dalam Surah
Al-Hujurat ayat 13 yang maknanya:
“Wahai umat manusia!
Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami
telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu
berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara
kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).”
Rujukan:
Al-Quran al-Karim.
Sazelin Arif et al.. (2007). Tamadun Islam dan
Tamadun Asia. Shah Alam, Selangor:
Mc Graw Hill Education.
Bab 1-Konsep Tamadun
Islam. Diambil daripada
http://www.perlis.uitm.edu.my/citu/images/stories/gallery/citu/web/bab%201%20-%20konsep%20tamadun%20islam%20%5Bpp%5D.pdf pada 14 Januari 2011.
Ciri-ciri Tamadun.
Diambil daripada http://cikgucyril.webs.com/13ciriciritamadun.htm pada
14 Januari 2011.
Pengajian Tamadun
Islam 2. Diambil daripada
Sejarah STPM Kertas
1: Tamadun Dunia. Diambil daripada
http://sejarahstpm.blogspot.com/2010/11/tamadun-dunia-tema-1-kepentingan-zaman.html pada 14 Januari 2011.
Subscribe to:
Posts (Atom)