Friday, June 22, 2012
Salam
Assalamualaikum sumer~ Apa khabar? Nampaknya blog aku nih dah bersarang kot.. Lama tak update.. Anyway, blog aku ni aku makin banyak post pasal nota pulak kan? Aku tak tau nak post apa, so, aku post pasal nota untuk memudahkan orang mencari nota yang berkaitan. Kebanyakan nota ni, nota yang aku guna sebelum ni.. So, aku nak post balik nota ni supaya ada manfaat kat orang lain pulak.. Lau ada orang yang baca nota yang aku post ni, Alhamdulillah.. At least dapat pahala gak kan.... Ok la... Aku malas nak taip panjang-panjang.. Lain kali kalau aku ada masa, aku akan post pasal benda lain yang menarik perhatian aku.. Bai-bai...
Tajuk 1: Pengurusan bilik darjah Sekolah rendah
Kompetensi pengajaran dan pembelajaran
Kompetensi P&P yang harus dipupuk oleh guru efektif ialah seperti berikut:
1. Kandungan mata pelajaran:
-Meliputi lebih daripada fakta, istilah dan konsep umum.
Contoh: Guru yang efektif akan berusaha memperoleh ilmu dan kemahiran cara mengurus idea serta membuat perkaitan antara idea, kemahiran berfikir dan berhujah, pola perubahan yang terkandung dalam satu-satu disiplin, dan kebolehan memindahkan idea antara satu disiplin ke disiplin yang lain.
2. Strategi pengajaran
-Seiring dengan penggunaan pendekatan konstruktivis dalam proses P&P
Contoh: Guru yang efektif akan member penekanan kepada kolaborasi antara murid dalam usaha mereka menuntut ilmu, dan memahami diri sendiri.
3. Kemahiran penentuan matlamat dan perancangan pengajaran.
Contoh: Guru yang efektif akan memperuntukkan masa dan usaha yang mencukupi dalam memastikan pelaksanaan pengajaran adalah selaras dengan perancangan dan matlamat tercapai.
Dalam masa yang sama, beliau akan membuat refleksi bagi mendapat maklum balas dan menambahbaik pengajaran agar menjadi lebih baik,menarik pada masa seterusnya.
Kemahiran mengurus bilik darjah
Merupakan salah satu aspek bagi seorang guru yang efektif.
Kebolehannya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan membentuk peraturan bersama murid-murid, memantau aktiviti bilik darjah, dan menangani masalah tingkah laku murid.
Kemahiran motivasi
Seorang guru yang efektif semestinya mempunyai strategi-strategi tertentu untuk memupuk motivasi kendiri murid-muridnya melalui peluang pendidikan yang diberikan dan pengalaman pendidikan yang disediakan selaras dengan minat dan matlamat dan kebolehan mereka.
Kemahiran komunikasi
Meliputi komunikasi lisan dan bukan lisan.
Contoh: Guru efektif yang mengamalkan prinsip bercakap bersama dan bukannya kepada murid-murid, ibu bapa, pentadbir, dan sebagainya. Seterusnya guru efektif juga mengekalkan kritikan pada tahap minimum, mempunyai gaya komunikasi bersifat asertif berbanding agresif, manipulatif atau pasif, dan yang terakhir berusaha meningkatkan kemahiran komunikasi mjurid-murid melalui latihan, praktis dan sebagainya.
Kemahiran teknologi
Guru efektif seharusnya menguasai kemahiran teknologi selaras dengan perkembangan sains dan teknologi semasa dan seterusnya mengintegrasikan teknologi tersebut dalam proses P&P di dalam kelas serta mempelbagaikan bahan multi-media sebagai alat sokongan.
Subscribe to:
Posts (Atom)