Wednesday, May 9, 2012

TEORI HURAIAN BAHASA



·         Dipelopori oleh Panini (India).
·         Bahasa ialah ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara.
·         Mementingkan bahasa tulisan
·         Penutur diwajibkan mematuhiperaturan, kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan
·         Pengajaran banyak tertumpu kepada nahu terjemahan

2.      Struktural
·         Dipelopori oleh Edward Sapir,Bloomfield dan Leonard de Saussure.
·         Bahasa adalah sistematik, mempunyai tatabahasa sendiri hidup dan berubah.
·         Bahasa mempunyai satu sistem,mempunyai peraturan,, arbitrari dan digunakan untuk perhubungan.
·         Menumpukan kajian terhadap fonologi,morfologi dan sintaksis
·         Huraian bahasa dilakukan secara induktif.
·         Huraian bahasa tidak menentingkan makna dan analisis dibuat secara luaran

3.      Transformasi Generatif
·         Dipelopori oleh Noam choamsky
·         Manusia dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa.
·         Penutur natif berkebolehan membentuk dan memahami peraturan yang baru.
·         Daripada kebolehan ini akan membentuk rumus-rumus bahasa secara transformasi yang lengkap.
·         Penguasaan bahasa adalah berdasarkan penguasaan bahasa pertama terlebih dahulu.
·         Ayat mempunyai struktur dalaman dan luaran
·         Bahasa bersifat sejagat dan kreatif.
·         Binaan ayat mempunyai hubungan erat dan menggunakan simbol untuk menganalisis nahu

4.      Teori Fungsional
·         Dipelopori oleh Haliday dan Wilkins.
·         Mengkaji tentang perubahan yang berlaku pada struktur  bahasa ketika seseorang berkomunikasi.
·         Anggap bahasa sebagai alat perhubungan.
·         Mementingkan aspek semantik
·         Pengukuhan bahasa boleh berlaku secara verbal dan non-verbal
·         Penggunaan bahasa dapat menggambarkan fikiran dan emosi penutur.
·         Turut memberi perhatian kepada fungsi bahasa sebagai alat komunikasi.
·         Aspek yang ditekankan ialah perubahan yang berlaku pada bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi.

Sunday, March 4, 2012

jenis ayat


JENIS AYAT


Terdapat empat jenis ayat berdasarkan daya pengucapan atau intonasi dan tujuan ayat itu diucapkan.


Ayat Penyata

Ayat penyata diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan atau memberi keterangan mengenai sesuatu hal. Ia dikenali juga sebagai ayat berita atau ayat keterangan.
Contoh : Anita seorang gadis yang cantik.


Ayat Tanya


Ayat tanya digunakan untuk menyoal dan mendapatkan jawapan atau reaksi mengenai sesuatu perkara.
Contoh : Siapakah yang menyediakan makanan ini?

Ayat Perintah


Ayat perintah diucapkan dengan tujuan menimbulkan sesuatu tindakan. Ia boleh dikategorikan kepada empat:
a)    Ayat suruhan. Contoh : Kamu bersihkan bilik ini sebelum pulang
b)    Ayat larangan. Contoh : Jangan buang sampah di sini
c)    Ayat silaan. Contoh : Sila datang ke rumah saya
d)    Ayat permintaan. Contoh : Tolong belikan saya sehelai baju

Ayat Seruan


Ayat seruan diucapkan dengan nada atau intonasi untuk melahirkan sesuatu perasaan, sama ada takut, kagum, marah, gembira dan sebagainya. Tanda seru diletakkan pada akhir ayat seru.
Contoh : Amboi, cantiknya!
               Aduh, sakitnya!

BENTUK KATA


Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda.


Kata Tunggal


Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar yakni tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain. Kebanyakan kata tunggal dalam Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan bentuk terbitan.

Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata. Contoh:
satu suku kata – am, dan, roh, skru
dua suku kata – itu, ubi, aku


Berasaskan perlaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga jenis:

a)    Kata tunggal yang merupakan unit bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu perkataan yang bermakna. Contoh : orang, gitar, pen, botol
b)    Kata tugas, iaitu unit yang yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh : dari, dan, pada, demi, untuk
c)    Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk singkatan ini terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu. Contoh :
berdikari – berdiri di atas kaki sendiri
komuter – keretapi berkomputer
kugiran – kumpulan gitar rancak
pawagam – panggung wayang gambar


POLA KESELARASAN VOKAL




Bil.
Suku kata praakhir
Suku kata Akhir Tertutup
Contoh Penggunaan
1.
A
a
   asal          talak        halaman
2.
A
i
   alih           tarik        parit
3.
A
u
  asuh          datuk       baruh
4.
e (pepet)
a
  emas         kelam      selam
5.
e (pepet)
i
  betik        ketil        lebih
6.
e (pepet)
u
  belut          telur       perut
7.
e (taling)
a
  elak          dewan     perang
8.
e (taling)
e (taling)
  belek        gelek       leceh
9.
e (taling)
o
  elok          belok      telor
10.
I
a
  bilah         kilang     selinap
11.
I
i
  intip          pilih        sisih
12.
I
u
  pikul         ribut        tidur
13.
O
a
  otak          borang    sekolah
14.
O
e (taling)
  oleh          boleh       celoteh
15.
O
o
  obor          borong    kelompok
16.
U
a
  ulat           bulat        ketupat
17.
U
i
  ulit           kulit        putih
18.
U
u
untuk         buluh       seluruh




halangan dalam komunikasi - bmk


HALANGAN DALAM KOMUNIKASI
1. maklumat tidak mencukupi atau berlebihan
2. perkataan yang mempunyai banyak makna
3. kurang minat
4. prasangka
5. sekatan emosi
6. penyampaian kurang menarik
7. memikirkan sesuatu yang lain
8. persekitaran yang tidak sesuai
9. tiada peluang untuk mendapatkan penjelasan
10. wujudnya pelbagai gangguan

golongan kata tugas


3.8 Golongan Kata Tugas

Golongan kata yang bersifat pelbagai jenis (keterangan) yakni terkandung dalamnya golongan-golongan kecil yang berbeza tetapi mempunyai satu sifat yang sama iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif.
                   Kata tugas masuk ke dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung maksud sesuatu tugas sintaksis tertentu. Fungsi kata tugas dalam ayat adalah sebagai pemeri, penerang, penentu, penghubung, pembenar, penguat, penegas, dan beberapa tugas yang lain.
                  

golongan kata adjektif


3.7 Golongan Kata Adjektif

Kata adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat. Ayat yang mempunyai kata adjektif adalah seperti contoh yang berikut:
 
                               Ahmad sangat pandai bermain muzik.
                               Pemuda itu baik sungguh.
                               Buah cempedak itu enak sekali.


3.7.1 Jenis-jenis Kata Adjektif

Kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara, tetapi berdasar kriteria makna, kata adjektif dapat dibahagikan sekurang-kurangnya sembilan (9) kriteria, seperti berikut:

1.       Kata adjektif sifat / keadaan

Kata adjektif sifat / keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama, seperti contoh berikut:
     Contoh perkataan:               kuat            pintar                   nakal
                                               keras                   lemah                  sihat
                                               bijak           cergas                jahat
          Contoh ayat:   1.    Budak nakal selalu kena marah.
2.       Dia lemah dalam matematik.
3.      Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat.
4.      Anak Pak Kamar bijak sekali.
5.      Peserta itu berdiri dengan cergas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...