Showing posts with label morfologi. Show all posts
Showing posts with label morfologi. Show all posts

Sunday, March 4, 2012

golongan kata tugas


3.8 Golongan Kata Tugas

Golongan kata yang bersifat pelbagai jenis (keterangan) yakni terkandung dalamnya golongan-golongan kecil yang berbeza tetapi mempunyai satu sifat yang sama iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif.
                   Kata tugas masuk ke dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung maksud sesuatu tugas sintaksis tertentu. Fungsi kata tugas dalam ayat adalah sebagai pemeri, penerang, penentu, penghubung, pembenar, penguat, penegas, dan beberapa tugas yang lain.
                  

golongan kata adjektif


3.7 Golongan Kata Adjektif

Kata adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat. Ayat yang mempunyai kata adjektif adalah seperti contoh yang berikut:
 
                               Ahmad sangat pandai bermain muzik.
                               Pemuda itu baik sungguh.
                               Buah cempedak itu enak sekali.


3.7.1 Jenis-jenis Kata Adjektif

Kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara, tetapi berdasar kriteria makna, kata adjektif dapat dibahagikan sekurang-kurangnya sembilan (9) kriteria, seperti berikut:

1.       Kata adjektif sifat / keadaan

Kata adjektif sifat / keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama, seperti contoh berikut:
     Contoh perkataan:               kuat            pintar                   nakal
                                               keras                   lemah                  sihat
                                               bijak           cergas                jahat
          Contoh ayat:   1.    Budak nakal selalu kena marah.
2.       Dia lemah dalam matematik.
3.      Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat.
4.      Anak Pak Kamar bijak sekali.
5.      Peserta itu berdiri dengan cergas.



golongan kata kerja


3.6 Golongan Kata Kerja

Kata kerja ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.


3.6.1 Jenis Kata Kerja

Terdapat dua jenis kata kerja:
a)   Kata kerja transitif
b)   Kata kerja tak transitif

Setiap kata kerja dapat disertai oleh kata bantu (sudah, telah, belum) atau diperluas dengan perkataan dengan (berjalan dengan cepat, menendang dengan kuat).


3.6.2 Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang diikuti objek. Kata kerja transitif tidak boleh berdiri sendiri tanpa objek. Kata kerja transitif seperti menendang bola, menelefon kawan, memukul anjing, dan memakan nasi. Penggunaan kata kerja transitif dapat diperlihat seperti dalam contoh ayat:

Subjek
Kata Kerja Transitif
Objek
1. Ammar
2. Ibu
3. Penjaja
4. Bapa
membaca
menanak
menjual
membasuh
buku setiap pagi
nasi
ikan
kereta semalam

Oleh sebab itu, setiap ayat yang mempunyai kata kerja transitif perlu mempunyai objek untuk menerangkan dengan lengkap tentang perbuatan yang dilakukan.


3.6.3 Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya dan dapat berdiri sendiri dalam ayat dengan tidak memerlukan objek. Kata kerja tak transitif seperti menangis, berenang, berdering, dan mendarat. Kesemua contoh kata kerja tersebut tidak perlu diikuti objek kerana maknnya sudah sempurna. Contoh:
1.   Jam loceng itu berdering (pagi tadi).
2.   Gadis itu menangis (kerana bapanya meninggal dunia).
3.   Air sungai itu mengalir (deras).
4.   Pesawat itu mendarat (di landasan).


3.6.4 Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kaerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut sesudahnya, dan boleh berdiri sendiri sebagai frasa predikat seperti contoh berikut:

Kata kerja tak transitif tak berpelengkap
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.Contohnya:

1. Semua orang sudah datang.
2. Dia suka menyanyi.
3. Emak sedang berdoa.

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap yang diikuti unsur keterangan. Contohnya:

1. Semua orang sudah datang ke majlis itu.
2. Budak itu menyanyi pada malam hari.
3. Dia suka bergurau dengan adik kecilnya.
4. Emak sedang berdoa dengan khusyuknya.

Kata kerja tak transitif berpelengkap pula mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Pelengkap hadir selepas kata kerjat tak transitif, seperti dalam contoh-contoh berikut:



kata majmuk dan kata ganda


3.3 Kata Majmuk

Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata atau lebih, dan bentuk baru yang terhasil akan membawa makna yang tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Bentuk kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contoh kata majmuk adalah seperti berikut:


3.2.1 Kata Majmuk Rangkai Kata Bebas

Contohnya:              alat tulis            nasi minyak           kerusi malas


3.2.2 Kata Majmuk Istilah Khusus

Contohnya:              batu kapur                  carta pai              kanta tangan


3.2.3 Kata Majmuk Maksud Kiasan

Contohnya:              kaki ayam                   duit kopi               berat tangan

Terdapat juga sebilangan bentauk kata majmuk yang disebut sebagai kata majmuk mantap iaitu dieja secara serangkai, seperti dalam contoh berikut:
  antarabangsa     apabila         padahal   olahraga    warganegara


BAB 3 – PENGAPLIKASIAN MORFOLOGI BAHASA MELAYU

3.0 Pengenalan

 
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.


3.1 Akronim

Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal, suku kata atau gabungan kombinasi awal dan suku kata daripada satu rangkai kata.
Ditulis serta dilafazkan sebagai satu kesatuan yang wajar. Akronim tergolong ke dalam kata tunggal, seperti dalam contoh-contoh di bawah:
          LUTH              MARA               ABIM                   Tabika
          cerpen                 purata             Bernama           Pernas
                                                Intan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...