Showing posts with label nota bm. Show all posts
Showing posts with label nota bm. Show all posts

Saturday, January 5, 2013

Perbezaan artikulasi dan artikulator



Perbezaan artikulasi dan artikulator.


Bil.


Artikulasi

Perbezaan

Artikulator (alat artikulasi)

1

Artikulasi merupakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa


Definisi

Artikulator merupakan organ yang menghasilkan bunyi bahasa


2

Bahagian yang disentuh oleh artikulator


Kedudukan

Alat yang menyentuh

3

Gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut


Contoh

Lidah, bibir dan gigi bawah

4

Bersifat statik kerana tidak boleh bergerak.

Sifat

Tidak bersifat statik kerana boleh bergerak

Perbezaan fonetik dan fonologi

Perbezaan fonetik dan fonologi

Bil.

Fonetik
Fonologi

1

Fonetik merupakan subdisiplin linguistik, iaitu kajian tentang bunyi sebagai fenomena dalam dunia fizikal, fisiologi, anatomi, neurologi dan psikologi manusia yang menghasilkannya.


Fonologi merupakan subdisiplin linguistik yang mengkaji bunyi bahasa iaitu tentang fungsi, perlakuan dan organisasi bunyi sebagai item linguistik.

2

Fonetik ialah kajian tentang sifat-sifat semula jadi, produksi dan persepsi bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan.

Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut secara umum. Segala yang berkaitan dalam bahasa iaitu pasangan terkecil, fonotaktik dan sebagainya.


3

Kajian ini dapat dipecahkan kepada tiga iaitu fonetik akustik, fonetik artikulatori dan fonetik auditori.

Kajian ini adalah berkaitan dengan hubungan antara butir-butir leksikal lain yang membentuk ayat.


4

Fonetik mengkaji unsur setiap bunyi.

Fonologi merupakan kajian yang berkaitan dengan penelitian pola-pola intonasi.


5

Fonetik menghasilkan transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa.

Fonologi menghasilkan sistem ejaan sesuatu bahasa.



Sarjana Latin zaman Rom



Zaman Rom
Orang Rom telah mengambil ahli bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Mereka telah mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu.
Setelah runtuhnya zaman Iskandariah, pusat pengajian berpindah ke Rom. Usaha-usaha yang dibuat oleh orang-orang Yunani dalam bidang tatabahasa telah dilakukan khususnya terhadap bahasa Yunani tetapi terlalu sedikit kajian yang telah dibuat terhadap bahasa Latin. Orang-orang Roma mendirikan peradaban dalam bidang tatabahasa tradisional ini menyambung sahaja usaha-usaha yang telah dilakukan oleh orang-orang Yunani sebelum darinya. Cuma yang berbeza adalah dari segi bahasa yang dikaji itu sahaja. Orang Yunani mengkaji bahasa Yunani, manakala orang-orang Roma sama sahaja dengan yang telah dilakukan oleh oran-orang Roma sama sahajadengan yang telah dilakukan oleh orang-orang Yunani terhadap bahasa yang dikaji oleh mereka itu. Kajian di zaman Yunani banyak mempengaruhi pemikiran dan pengkajian tatabahasa zaman Roma. Orang-orang Roma telah terpengaruh dengan sifat pengkajian orang-orang Yunani seperti Aristostle. Pengaruh orang-orang Iskandariah dan Stoik misalnya, jelas sekali terlibat dalam kerja-kerja Vorra yang membuat kajian tentang bahasa Latin. Ahli-ahli tatabahasa Roma meniru model atau contoh-contoh orang Yunani bukan sahaja dari segi pandangan dan andaian-andaian terhadap bahasa, bahkan juga dari segi aspek-aspek lain yang lebih halus dalam bahasa, persamaan yang dikatakan hayati yang terdapat antara bahasa Yunani dan Latin menimbulkan satu anggapan bahawa beberapa kategori seperti golongan perkataan, kasus, nombor, sistem kala, dan sebagainya adalah merupakan ciri-ciri yang seharusnya ada dalam semua bahasa di dunia. Anggapan seperti ini berterusan hingga ke zaman pertengahan. Dalam zaman ini juga, pengkajian linguistik berlaku dengan agak pesat juga. Sebenarnya, apa yang berlaku pada zaman ini adalah bahawa orang-orang Roma ituhanya mengubah suai tinggalan bijak pandai Yunani tetapi digunakan untuk bahasa Latin. Dengan kata lain, pengkodifikasian pemikiran dan konsep tatabahasa Yunani telah dilakukan di zaman Roma ini. Ada beberapa ahli tatabahasa Roma telah banyakmembuat sumbangan dalam bidang ilmu linguistik, khusunya dalam bidang tatabahasatradisional. Mereka itu ialah Appolonius Discollus, M.T. Varro dan Priscian.

Wednesday, May 9, 2012

Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa


KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa

Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASIONAL
Mackey(1965), salah seorang penganjur pendekatan situasi, berpendapat bahawa pernyataan lisan bukan sahaja merangkumi semua unsur kefahaman mendengar serta penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola-pola nada dan intonasi yang betul tetapi juga merangkumi pemilihan kata-kata dan unsur-unsur infleksi serta penyusunan unsur-unsur tersebut dengan betul supaya tergambar makna yang betul. Pendekatan situasi yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teori pembelajaran behaviouris beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan memerlukan seseorang penutur menguasai beberapa kemahiran kecil bagi menangkap, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa yang betul.
Pendekatan ini berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mestilah berlandaskan prinsip pengajaran seperti pengajaran kemahiran lisan memerlukan usaha guru yang banyak dan setiap gerak balas yang betul perlu diteguhkan supaya gerak balas itu diulangi lagi. Murid-murid tidak boleh bertutur dengan lancar jika mereka hanya mendengar pertuturan orang lain sahaja. Jadi, para pelajar perlu diberi mereka peluang untuk bertutur.  Antara aktiviti berturtur yang boleh dijalankan di dalam bilik darjah bagi pendekatan situasi ialah latih tubi,dialog dan nyanyian serta latihan pandang dan sebut.

Latih  Tubi
Latih tubi dijalankan bagi melatih murid menguasai bahasa, sebutan dan pola
yang digunakan oleh guru.latihan ini dimulakan dengan  penyebutan guru, kemudian murid meniru dan mengulangi sebutan tersebut. Sekiranya murid masih bermasalah dengan sebutan tersebut, murid harus mengulanginya lagi. Latih tubi meliputi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi fonem yang diambil dibahagian dialog kemudian dibaca oleh murid. Pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang paling kecil tetapi dapat menghasilkan makna digunakan. Contohnya, daki dengan laki, tari dengan lari,malu dengan balu.

Dialog dan Nyanyian
Dialog atau perbualan merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan lisan. Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapat menyuruh murid meniru dan menghafal dialog. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran lisan kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak, nada yang betul.

Latihan Pandang dan Sebut
Gambar-gambar boleh digunakan bagi menghasilkan pertuturan. Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan. Carta bergambar,bahagian filem dan slide juga digunakan. Semua alat digunakan supaya murid-murid dapat menghasilkan pertuturan yang baik


PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN
TEKNIK PERMAINAN BAHASA
Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu merangsang interaksi verbal pelajar, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan dan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan. Permainan dapat menimbulkan situasi pembelajaran yang mengembirakan murid. Guru dapat memupuk semangat bersaing di antara murid-murid. Dapat menanamkan semangat kerjasama antara ahli kumpulan. Selain itu, guru juga dapat melatih murid-murid untuk mengaktifkan kecekapan bahasa mereka serta mengembangkan penguasaan keempat-empat kemahiran bahasa.
Tujuan Teknik Permainan
Mewujudkan satu suasana pembelajaran bahasa yang selesa dan
Menggembirakan serta membolehkan murid-murid menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan semasa bermain. Selain itu, dengan menggunakan teknik permainan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meneguhkan penggunaan unsur-unsur bahasa tertentu tanpa disedari oleh murid-murid. Teknik ini juga dapat mewujudkan situsi sosial yang sihat bagi membolehkan murid berinteraksi dengan rakan sebaya mereka dan mendorong minat murid untuk berkerjasama bagi menjayakan sesuatu tugas yang diberi.

Contoh  Permainan
Terdapat pelbagai contoh permainan yang dapat diaplikasikan dalam teknik permainan. Antaranya ialah permainan yang berasaskan pemerhatian atau ingatan, permainan yang berasaskan huraian atau meneka, permainan yang berasaskan interaksi kumpulan atau antara individu , permainan kad atau permainan dam.

PEMBELAJARAN BERASASKAN BAHAN / AKTIVITI
Aktiviti bermaksud gerak kerja atau tindakan. Dibawah konteks pendidikan, ia melibatkan segala gerak kerja yang dilakukan oleh guru dan murid untuk mencapai objektif pelajaran. Dengan kata lain, aktiviti mengandungi segala tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Aktiviti juga merupakan suatu pendekatan utama dalam pendidikan moden. J. Dewey (1910) mengatakan  pelajaran haruslah berasaskan aktiviti murid. Melalui aktiviti murid, JERIS mereka dapat dikembangkan secara menyeluruh dan seimbang. Murid-murid akan belajar dengan lebih berkesan melalui cara praktik. Di dalam konteks pendidikan moden, terdapat pelbagai aktiviti dan tugasan yang boleh digunakan di sekolah.
Antaranya aktiviti yang dapat dijalankan ialah membaca, menulis, mengira, bermain, berbincang, membuat model, melukis, menyelesaikan masalah, menyanyi dan sebagainya. Penggunaan pelbagai aktiviti P&P yang disarankan diatas telah menghasilkabeberapa kaedah mengajar yang berkaitan seperti kaedah penyelesaian masalah, kaedah perbincangan dan sebagainya. Kaedah ini juga digunakan untuk membimbing murid-murid menjalankan aktiviti.

PENGAPLIKASIAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BAHASA.


Berasakan projek
1.Apakah itu pembelajaran berasaskan projek?
Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul.

2. Senaraikan ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek?
• Ia boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.
• Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap.
• Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.
• Interaksi guru – murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses.
• Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap.
• Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data, dan pelaporan hasil juga refleksi kendiri.
• Sesuai dengan murid dan kurikulum.
• Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid.

3. Mengapakah pembelajaran berasaskan projek penting dalam sistem pendidikan bestari?
• Mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif di kalangan pelajar
yang pelbagai.
• Menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian dalam proses P & P.
• Menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan.
• Menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri.
• Mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu komuniti.
• Menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat.
• Memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza.

4. Apakah strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek?
• Memberi tugasan mengikut kurikulum.
• Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat.
• Menentukan jadual kerja.
• Pastikan bilangan ahli kumpulan kecil.
• Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan.
• Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek.
• Penilaian haruslah dilaksanakan sepanjang tempoh projek.
• Pelaksanaan dan perancangan projek haruslah berperingkat.
• Penyediaan JPT dan PMM
• Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek
• Memastikan pelajar membuat refleksi dari semasa ke semasa sepanjang pelaksanaan projek

Berpusatkan masalah.
Dilaksanakan dengan penyeliaan guru. Boleh dilakukan secara kumpulan atau individu. Pelajar harus dapat mengatasi rintangan untuk mencapai matlamat. Memerlukan proses penakulan yang tinggi. Antara langkah yang perlu dipatuhi ialah kenal pasti masalah, mencari maklumat, membuat andaian(hipotesis), menguji hipotesis, menilai dan membuat rumusan. Semasa proses penyelesaian dilakukan pelajar boleh bertukar pendapat,bekerjasama, meningkatkan pemahaman dan ingatan Penglibatan pelajar adalah dituntut sepenuhnya .

PENGAPLIKASIAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BAHASA. (Berpusatkan bahan)


Strategi ini lebih memberi penekanan kepada alat-alat bantu(ABM) yang digunakan bagi membantu pengajaran guru. Alat-alat bantu ini terbahagi kepada dua iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran ialah semua bahan yang digunakan oleh guru. Bahan pembelajaran ialah semua bahan yang disediakan oleh kegunaan pelajar. Bahan tersebut memudahkan guru untuk membantu pembelajaran pelajar menjadi lebih mudah.
Bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan. Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah penggunaan dapat meningkatkan minat dan kefahaman pelajar. Tidak semua sesi pengajaran memerlukan bahan.
Penggunaan bahan yang berlebihan dalam satu-satu masa boleh mengakibatkan masa terbuang dan isi pelajaran yang utama tidak dapat disampaikan. Oleh itu, guru hendaklah menguasai kemahiran menggunakan alat-alat yang ada terutamanya alat-alat teknologi. Selain itu, bahan pengajaran yang sistematik dapat membantu pelajar mengikuti pelajaran tanpa kehadiran guru.
Peranan guru menjadi dominan apabila mengendalikan proses PnP. Pelajar hanya perlu memberi tindak balas terhadap soalan-soalan yang diberikan. Dapat memupuk sifat berdikari dalam kalangan pelajar kerana mereka perlu menghasilkan projek atau ujikaji tanpa kehadiran guru. Dapat melatih diri menjadi satu pasukan yang saling bekerjasama bagi memastikan sesuatu projek dapat disiapkan dengan sempurna dalam masa yang ditetapkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...