Wednesday, March 30, 2011

pBs 1~

haa..da lama da aku da xupdate entry aku ni..so, ni aku nak update skit laa..
urm, aku nak cite pasal aku wat PBS ari tu laa..
da seminggu da sebenarnya aku wat pbs ni tapi baru sekarang aku nak cite..
urm, bace je la yerk..hehee~
ni cite ye..

ari 1

"kita berjalan sambil menyanyi~"kata cikgu Pj

sesi warming up


darjah 1

darjah 5

jgn ambik~saya pemalu~~

cikgu ambik gambar~tunduk,tunduk~~

senyum~gigi saya putih~

kelas pemulihan


oh ya, sebelum aku lupa, sebaik sahaja waktu balik sekolah kan, ada satu kemalangan jalan raya berlaku betul2 depan sekolah aku..uishh, kuat gile bunyi kenderaan tu berlanggar..sreett...kaboom~~
lebih kurang gitu la bunyi dia..aku xpandai nak buat sound effect laa~
urm, kenderaan yang accident tu lori yang bawak minyak (shell) dan lori yang bawak gas..cuba bayangkan betapa merbahaya keadaan itu? selepas 15 minit bomba datang utk basuh minyak yang tumpah..
yang pasti, kete2 yang nak lalu kawasan tu macam siput la bergerak sebab jem~
ok tu je cite untuk ari 1..kte smbung untuk ari kedua pulak..

ari 2




ari 2 aku masuk kelas bdak darjah 1 je..suh diorang mewarna..hehee..
cikgu,teacher, cantik x?gini ke teacher?
jenuh aku nak jawab soalan diorang..
ye2, lawa, comey..
ye, wat gitu laa..ni ada lagi warna putih ni..kaler blake ye...
hehee =_=

ari 3
board




surau

padang sekolah bertukar rupa kerana pembinaan bangunan baru utk ganti yg lama


ari 3 aku just jalan2 sekitar sekolah and buat ujian piaget..so, xbanyak sgt gambar ye..

bersambung~~~

Tuesday, March 15, 2011

nokia n8

haa..aku baru je jumpa handset nih, aku memang sangkut la ngan handset ni,..
aku suka la handset ni, macam bez je la handset ni..huhuu
tapi apa kan daya, duit tadak...
walaubagaimanapun, aku akan try cuba kumpul duit..muahahaa..
weh, enset lama aku nak letak mana??huhuu
xpe2, aku pakai 2 enset..hehehee
bajet skit..tapi bila ntah nak beli..tunggu turun harga laa..apa daa..
buat apa beli awal2, mahal je..baik beli bila da turun harga..ngeh3..
ni la gmbar n8 yang aku suka2 tu..huhuu


cantik x? cantik kan?kan?kan?
memang laa..harga pon cantik gak..huuu..
ok la..sebenarnya aku saja je nak update blog aku ni, xde post baru kan..
adui laa..lama da aku xnulis dalam blog ni..sebab banyak esemen..aiseyman..
xpe2, lepas sume esemen da antar, aku akan cuba try update blog aku nih..huhuu..
erkk..bukan ke try ngan cuba tu maksud dia sama?haha..xpe, asal sedap dengar sudaa..hee..
okla..gua chow dulu..bubyee..bye yumm..^_^

Saturday, February 26, 2011

list cite korea yang tgh donload

hehee..da donload cite korea baru..^^
ok2, bukan aku pon yang donload cite korea nih, tp adik aku, ok..
urm, cite yang dia da siap donload ialah MY PRINCESS

sedang di donload pulak ialah DREAM HIGH

yang akan di donload pulak ialah PARADISE RANCH..

haa, bez tak? bez tak cite2 nih??bez kan...
of course laa..aku yang suruh dia donload cite nih...hehheee
ada lagi ke cite korea lain yang nak donload??
cuba gtau sikit, boleh buat senarai sikit..hee
oh ya, ATHENA da donload sikit, kakak aku yang duk kat USM donload..

pe lagi ek??ada lagi ke??gtau sikit..huhuu

10 petanda dia jodoh kita

ini adalah copy and paste dari artikel iluvislam..
kena bagitau sumber copy and paste laa..hehee

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

- Artikel iluvislam.com

Sunday, February 20, 2011

FaceBlog????

ahaa..ni nak cite la sikit, pasal FACEBLOG..apa faceblog ni..nah, baca la entri ni lau nak tau laa... hehee..jom pakat join...
SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit 


urmm..da baca da??nak join x? lau nak join, klik link ni, yer..
jom kita ramai2 join fblog ni...hehehee

Saturday, February 19, 2011

cik B

uhuu...apakah dugaan ini??
masa rumetku xde dia datang menjenguk aku dan kawan-kawan aku kat sini..
dia telah berjalan-jalan di depan bilik warden..buat apa ntah, aku xtau..
xlama kemudian, dia patah balik..kali ni dia buat aksi yang agak bahaya dengan menuruni bukit di depan bilik aku dan kawan-kawanku..
hehehee..aku rasa dia nak tunjuk kat aku dan kawan-kawan aku yang dia xperlu guna laluan yang panjang tu untuk turun ke bawah, boleh turun guna bukit tu je..hahaa..
nasib baik cik Bie ni kecik, lau besar jatuh bergolek-golek laa..kalau dia jatuh bergolek-golek aku rasa xde orang akan datang angkat dia..najis tuh..
lepas tu, aku terkejut jugak melihat kepantasan dia menuruni bukit itu..wow..
kata kawan aku, ambik gambar3x.. tapi kawan aku yang lagi satu berkata, 'jangan, nanti tubik flash, bahaya..dia terkejut kan, kejar kita susah plop'
yer2..aku setuju..tapi agak rugi xambik gambar dia, boleh masukkan dalam blog ini..tapi xpe, nanti semua orang terkejut plak tengok gambar kecantikan cik Bie ni..ngee~
kawan aku agak terpikat melihat kepantasan dia menuruni bukit yang agak curam itu sehingga mempostkan status dia dengan bertajuk cik bie datang melawat kami..ahaks..
aku pon baru jek baca status dia tuh, sebab kejadian ini berlaku pada malam tadi, jadi agak ketinggalan aku nih..baru je baca tadi..hehehee..
mungkin kerana aku agak lena tidur kerana telah menonton persembahan yang agak menarik ni..ahakss...
p/s:taukah anda siapakah cik Bie di atas??cuba tekaa...kekekekee

Thursday, February 17, 2011

BIG big

haaa..kali ni entri ak psal BIG plak..
urm, BIG ni singkatan untuk Bina Insan Guru.. BIG untuk pelajar sem 1 ialah perkhemahan..

dan unit ak akan bergabung ngan unit Tesl 1 & 2.. agak xselesa kerana xkenal mana pon diorang ni,..kitorang xpenah cakap pon, tapi ada la bdak2 ganu tu yang ak kenal...uhuu...tapi tujuan ni adalah untuk mengeratkan silaturrahim kan, so terima je la dengan hati yang ikhlas..nanti bila da kenal ok la tuh..awal2 je tuh..*angguk*
BIG ak ni akan bermula pada 21-24 Februari nanti, so xlama lagi laa..urmm..
jadual akan dapat kat sana, kat Pulako ari Isnin ni..so, aktiviti masih xtau lagi la..xpe2, kita tunggu dan lihat je..eheh
kayak..agak2 ada kot..hehee

info skit --> 
  1. BIG selama 4 hari 3 malam ni bertempat di Pulako
  2. barang -barang yang perlu dibawa ialah:-
  • kelengkapan mandi
  • pakaian sukan (sepanjang aktiviti berlangsung)
  • telekung
  • kasut sukan
  • t-shirt maktab
  • ubat-ubatan
*ahaa, kena sediakan 2 hadiah setiap seorang..yang ni ak xtau kenapa..nanti akan diberitahu kemudian kot..huhuu
urmm..ari Isnin ni pengecualian kuliah start kul 10 pg..
pagi Isnin tu 5 orang kena check khemah di unit gerko dan 5 orang lagi kena check peralatan masak..
pendaftaran pada ari Isnin pukul 2 petang di Pulako..

haa..ni la sedikit sebanyak tentang apa yang perlu dibawa nanti..tapi lau ada lagi barang-barang yang perlu dibawa, sila la bawa..kerjasama anda amat dihargai..tq..=_=
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...