Saturday, January 5, 2013

Pendekatan bertema



PENDEKATAN BERTEMA
Menurut Kostelnik (1989), “theme teaching involves offering children an array of activities built arround a central idea.” Machedo (1989) menyokong pendapat ini, iaitu tema adalah suatu koleksi aktiviti berkenaan sesuatu subjek ataupun idea tertentu. Subjek ataupun idea ini menyeluruh dan merangkumi banyak bidang kurikulum.
Pendekatan tema atau bertema menekankan tema pembelajaran. Strategi pengajaran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum. Kanak-kanak dapat membina kemahiran dan mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan dengan tema pembelajaran. Pendekatan tema menyediakan kandungan dan kerangka kerja untuk susun aktiviti pembelajaran dan merentasi pelbagai bidang. Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat mengikut tahap umur kanak-kanak.
Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai bidang pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu dititikberatkan sebelum memulakan pengajaran bertema. Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanak-kanak dan sesuai dengan latar belakang pengalaman dan tahap perkembangan mereka.
Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang lain tetapi membincangkan perkara yang sama iaitu haiwan sebagai tema. Pendekatan bertema melibatkan bidang yang luas tetapu tidak mendalami. Kemahiran yang berbeza tetapi bukan tujuan untuk mendalami topik. Tema boleh dianggap sebagai rangsangan ke arah pembelajaran.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bertema dapat membawa faedah kepada kedua-duanya; iaitu guru dan kanak-kanak:
  • Kanak-kanak dapat mendalami topik yang disenaraikan. Di samping itu, kanak-kanak dapat belajar melalui pengalaman yangdilalui sendiri.
  • Kurikulum berdasarkan pengajaran bertema menarik dan pelbagai. Dengan adanya tema yang menyatukan sesuatu kurikulum, program atau aktiviti, bahan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dapat dipelbagaikan. Oleh itu, pendekatan bertema membolehkan kanak-kanak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pengukuhan dan pengayaan, di samping mendapat pengetahuan yang menyeluruh dan mendalam berkenaan subjek ataupun idea utama.
  • Guru juga tidak akan kekeringan idea bagi mencari aktiviti yang berkaitan setiap kali merancang jadual aktiviti.
  • Selain daripada menambahkan pengetahuan kognitif kanak-kanak, pengajaran dan pembelajaran bertema ini juga menggalakkan ciri kepimpinan , berkeyakinan diri, sikap saling membantu, bertoleransi dengan pendapat yang berbeza dan bekerjasama antara kanak-kanak.
  • Pendekatan bertema yang memberi kanak-kanak peluang bekerja dalam kumpulan bagi menyiapkan projek dapat meningkatkan kesedaran sosial serta pemahaman berkenaan peranan sosial dan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan.

Perbezaan artikulasi dan artikulator



Perbezaan artikulasi dan artikulator.


Bil.


Artikulasi

Perbezaan

Artikulator (alat artikulasi)

1

Artikulasi merupakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa


Definisi

Artikulator merupakan organ yang menghasilkan bunyi bahasa


2

Bahagian yang disentuh oleh artikulator


Kedudukan

Alat yang menyentuh

3

Gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut


Contoh

Lidah, bibir dan gigi bawah

4

Bersifat statik kerana tidak boleh bergerak.

Sifat

Tidak bersifat statik kerana boleh bergerak

Perbezaan fonetik dan fonologi

Perbezaan fonetik dan fonologi

Bil.

Fonetik
Fonologi

1

Fonetik merupakan subdisiplin linguistik, iaitu kajian tentang bunyi sebagai fenomena dalam dunia fizikal, fisiologi, anatomi, neurologi dan psikologi manusia yang menghasilkannya.


Fonologi merupakan subdisiplin linguistik yang mengkaji bunyi bahasa iaitu tentang fungsi, perlakuan dan organisasi bunyi sebagai item linguistik.

2

Fonetik ialah kajian tentang sifat-sifat semula jadi, produksi dan persepsi bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan.

Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut secara umum. Segala yang berkaitan dalam bahasa iaitu pasangan terkecil, fonotaktik dan sebagainya.


3

Kajian ini dapat dipecahkan kepada tiga iaitu fonetik akustik, fonetik artikulatori dan fonetik auditori.

Kajian ini adalah berkaitan dengan hubungan antara butir-butir leksikal lain yang membentuk ayat.


4

Fonetik mengkaji unsur setiap bunyi.

Fonologi merupakan kajian yang berkaitan dengan penelitian pola-pola intonasi.


5

Fonetik menghasilkan transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa.

Fonologi menghasilkan sistem ejaan sesuatu bahasa.



Sarjana Latin zaman Rom



Zaman Rom
Orang Rom telah mengambil ahli bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Mereka telah mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu.
Setelah runtuhnya zaman Iskandariah, pusat pengajian berpindah ke Rom. Usaha-usaha yang dibuat oleh orang-orang Yunani dalam bidang tatabahasa telah dilakukan khususnya terhadap bahasa Yunani tetapi terlalu sedikit kajian yang telah dibuat terhadap bahasa Latin. Orang-orang Roma mendirikan peradaban dalam bidang tatabahasa tradisional ini menyambung sahaja usaha-usaha yang telah dilakukan oleh orang-orang Yunani sebelum darinya. Cuma yang berbeza adalah dari segi bahasa yang dikaji itu sahaja. Orang Yunani mengkaji bahasa Yunani, manakala orang-orang Roma sama sahaja dengan yang telah dilakukan oleh oran-orang Roma sama sahajadengan yang telah dilakukan oleh orang-orang Yunani terhadap bahasa yang dikaji oleh mereka itu. Kajian di zaman Yunani banyak mempengaruhi pemikiran dan pengkajian tatabahasa zaman Roma. Orang-orang Roma telah terpengaruh dengan sifat pengkajian orang-orang Yunani seperti Aristostle. Pengaruh orang-orang Iskandariah dan Stoik misalnya, jelas sekali terlibat dalam kerja-kerja Vorra yang membuat kajian tentang bahasa Latin. Ahli-ahli tatabahasa Roma meniru model atau contoh-contoh orang Yunani bukan sahaja dari segi pandangan dan andaian-andaian terhadap bahasa, bahkan juga dari segi aspek-aspek lain yang lebih halus dalam bahasa, persamaan yang dikatakan hayati yang terdapat antara bahasa Yunani dan Latin menimbulkan satu anggapan bahawa beberapa kategori seperti golongan perkataan, kasus, nombor, sistem kala, dan sebagainya adalah merupakan ciri-ciri yang seharusnya ada dalam semua bahasa di dunia. Anggapan seperti ini berterusan hingga ke zaman pertengahan. Dalam zaman ini juga, pengkajian linguistik berlaku dengan agak pesat juga. Sebenarnya, apa yang berlaku pada zaman ini adalah bahawa orang-orang Roma ituhanya mengubah suai tinggalan bijak pandai Yunani tetapi digunakan untuk bahasa Latin. Dengan kata lain, pengkodifikasian pemikiran dan konsep tatabahasa Yunani telah dilakukan di zaman Roma ini. Ada beberapa ahli tatabahasa Roma telah banyakmembuat sumbangan dalam bidang ilmu linguistik, khusunya dalam bidang tatabahasatradisional. Mereka itu ialah Appolonius Discollus, M.T. Varro dan Priscian.

Friday, June 22, 2012

Salam

Assalamualaikum sumer~ Apa khabar? Nampaknya blog aku nih dah bersarang kot.. Lama tak update.. Anyway, blog aku ni aku makin banyak post pasal nota pulak kan? Aku tak tau nak post apa, so, aku post pasal nota untuk memudahkan orang mencari nota yang berkaitan. Kebanyakan nota ni, nota yang aku guna sebelum ni.. So, aku nak post balik nota ni supaya ada manfaat kat orang lain pulak.. Lau ada orang yang baca nota yang aku post ni, Alhamdulillah.. At least dapat pahala gak kan.... Ok la... Aku malas nak taip panjang-panjang.. Lain kali kalau aku ada masa, aku akan post pasal benda lain yang menarik perhatian aku.. Bai-bai...

Tajuk 1: Pengurusan bilik darjah Sekolah rendah


Kompetensi pengajaran dan pembelajaran


Kompetensi P&P yang harus dipupuk oleh guru efektif ialah seperti berikut:
1. Kandungan mata pelajaran:
-Meliputi lebih daripada fakta, istilah dan konsep umum.
Contoh: Guru yang efektif akan berusaha memperoleh ilmu dan kemahiran cara mengurus idea serta membuat perkaitan antara idea, kemahiran berfikir dan berhujah, pola perubahan yang terkandung dalam satu-satu disiplin, dan kebolehan memindahkan idea antara satu disiplin ke disiplin yang lain.
2. Strategi pengajaran
-Seiring dengan penggunaan pendekatan konstruktivis dalam proses P&P
Contoh: Guru yang efektif akan member penekanan kepada kolaborasi antara murid dalam usaha mereka menuntut ilmu, dan memahami diri sendiri.
3. Kemahiran penentuan matlamat dan perancangan pengajaran.
Contoh: Guru yang efektif akan memperuntukkan masa dan usaha yang mencukupi dalam memastikan pelaksanaan pengajaran adalah selaras dengan perancangan dan matlamat tercapai.
Dalam masa yang sama, beliau akan membuat refleksi bagi mendapat maklum balas dan menambahbaik pengajaran agar menjadi lebih baik,menarik pada masa seterusnya.

Kemahiran mengurus bilik darjah
Merupakan salah satu aspek bagi seorang guru yang efektif.
Kebolehannya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan membentuk peraturan bersama murid-murid, memantau aktiviti bilik darjah, dan menangani masalah tingkah laku murid.

Kemahiran motivasi
Seorang guru yang efektif semestinya mempunyai strategi-strategi tertentu untuk memupuk motivasi kendiri murid-muridnya melalui peluang pendidikan yang diberikan dan pengalaman pendidikan yang disediakan selaras dengan minat dan matlamat dan kebolehan mereka.

Kemahiran komunikasi
Meliputi komunikasi lisan dan bukan lisan.
Contoh: Guru efektif yang mengamalkan prinsip bercakap bersama dan bukannya kepada murid-murid, ibu bapa, pentadbir, dan sebagainya. Seterusnya guru efektif juga mengekalkan kritikan pada tahap minimum, mempunyai gaya komunikasi bersifat asertif berbanding agresif, manipulatif atau pasif, dan yang terakhir berusaha meningkatkan kemahiran komunikasi mjurid-murid melalui latihan, praktis dan sebagainya.

Kemahiran teknologi
Guru efektif seharusnya menguasai kemahiran teknologi selaras dengan perkembangan sains dan teknologi semasa dan seterusnya mengintegrasikan teknologi tersebut dalam proses P&P di dalam kelas serta mempelbagaikan bahan multi-media sebagai alat sokongan.

Wednesday, May 9, 2012

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010



PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010

PendahuluanModal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara mencapai Wawasan 2020 yang telah digagaskan. Merekalah yang akan meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara dalam mendepani cabaran dan tekanan besar persaingan abad ke 21. Agenda membina dan memupuk modal insan yang menjadi benih generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara.
Ringkasan Teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010
· Membina negara bangsaMemperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa.

· Membangunkan modal insanMeningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, memupuk pelajar memiliki kemahiran, ketrampilan dan disiplin.

· Memperkasakan Sekolah KebangsaanMenambah program prasekolah, memantapkan kepimpinan pengetua/guru besar dan kualiti guru serta kurikulum dan kokurikulum.

· Merapatkan jurang pendidikanMembangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar, mengurangkan keciciran dan meningkatkan bilangan guru terlatih di kawasan pedalaman.

· Memartabatkan profesion keguruanMenambah baik sistem pemilihan dan persekitaran kerja guru, memantapkan latihan perguruan, kerjaya, perancangan dan pengurusan sumber manusia.

· Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikanMemilih guru berkebolehan dan berkemahiran tinggi dan mewujudkan sekolah kluster yang memberi lebih autonomi kepada sekolah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...